Sunday 30 October 2011

.......

salam followers....

hurrmmm..korang faham kan..????
aku xnk citer lebeyh...
x semua orang couple bahagia....
msti ada gaduh...msti ada pahit manis....

salam...

Saturday 29 October 2011

oooo...Baru Tahu 4....

TIP-TIPS MEMILIH KAWAN


memilih kawan adalah tergolong dari golongan yang cerewet dan ‘perasan bagus’, malah ada yang
Ramai yang menganggap bahawa seorang individu yang
 mengkritik tindakan seumpama itu dengan mengada-ngada serta tidak wajar dijadikan amalan.
Namun hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa Islam sebenarnya menggariskan kepada umatnya untuk memilih di dalam menjalin persahabatan.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1.Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3.Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5.Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakansesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Justeru itu, dalam memilih sahabat kita hendaklah bersikap memilih yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.Sebagai umat Islam di zaman moden dan serba maju ini, sewajarnya kita berhati-hati dalam memilih rakan kerana persahabatan itu mampu mempengaruhi kehidupan sama ada membawa kebaikan atau hanya bakal mendatangkan kerosakan kepada kita. Sesungguhnya Islam memberiahu bahawa rakan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, manakala rawan yang tidak baik pula hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

MAKA RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERKAWAN.....


Friday 28 October 2011

menambah USIA. . .

Allah selamatkan kan kamu...
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan NUR AIDA KHALEEDA
 Allah selamatkan kan kamu,,,,

HAPPY birthday to you..
happy BIRTHDAY to YOU...
HAPPY bithday to AIDA KHALEEDA...
happy BIRTHDAY to you...


huhuhuhu....TIDAKKKKK!!...
18 + 1...jadinyaa...???lu fikir la sndiri.......hahahaa..

sempena hari jadi ku yang sudaa tiba ini...
harap aku sukses selalu....
berjaya dalam...




study aku...

n semoga aku menjadi orang yang setabah IBU ku...
harap aku berjaya mendapat apa yang ibu impikan...
SEMOGA aku sihat...
SEMOGA aku berjaya...
SEMOGA aku dapat peneman yang baik n setia...
SEMOGA aku dapat kawan-kawan yang baik...
SEMOGA ku dapat someone yang special...
SEMOGA aku jumpa Mr.A aku...
SEMOGA result aku LULUS N CEMERLANG..

NUR AIDA KHALEEDA PASTI BLEH TEMPUHI...
YEAHHHH!!...

HAPPY BIRTHDAY NUR AIDA KHALEEDA BINTI ABDUL RAHMAN...







Monday 24 October 2011

Hobi Baru.. .

salam followers...
daa lme x update...blog...huhu...

berpandukan tajuk di atas...girl..girl...ingin mnyatakan 
bahawa hobi baru girl..girl adalah...

dgr lagu....then cari lirik lgu tu..then..nyanyi sorang2...hahahah....

x la hobi sgt...sebab my mum pun bnyak daa koleksi lirik lgu kt dye..haha..

ni lirik lagu faverite sye..hihih...

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

walau di landa ribut  cinta kita bersatu....???

errmmmm...ley caye kee...huhuh.....

ckp pasal cintan cinton nie...
best ke bercinta..??
x takut maksiat ke..??
klau kawan je x boleh..??
klau kawan jew  x boleyh..???

MR.AIDA KHALEEDA & MRS AIDA KHALEEDA...

WHO WANT TO BE MY MR A. . . ??????

weeee...weee...


bye..bye...nk mkn rndang ayam my mum....huhuhu...

 (^_^)
outt..




Sunday 16 October 2011

oooo...Baru Tahu 3

SEKADAR RENUNGAN.....






Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."






halooo....

haloo...
salam....
udah seminggu teman idak upload belog tercinte nie...
huhuhu...

xde mende pun nk citer....cuma 
mnggu lepas jalan2 n hanging out with my beloved mummy....
jusco..bowling...wayang....

insan kerdil...ahakkkss....uweelkkk..
weeeeeeeeeeeeee...........

m00d skrang

in-fact...baru balik dari kedah...
umh t0k syer....udah setahun teman x balik kampung...huhuh...lme daah ke tuh..??
x kott..ahakks....

well happy la jugak..walaupun 2 ary...
it's enough for me....
my mum said:raya haji kita balik lagi yeaah,,!!..huhu...
My tok's said:awat hang pa balik awai sangat....
huhuh...ksian tgk t0k tdi .sedeyh je...huhu...

time  otw balik tadi...
bapak ramai ketaa...haiyooo...
kereta yg arah ke penang jam berberry-berry betul....coz de accident...huhu.
ksian...hurrmm...

**jum tukar citer lain...???

hurrmmm...maleh lahh...sbb seseorang telah spoil kan mood aku....haissshh...
ikut m00d dye je...time mcj2 mcj...time x..xpun...ngokkss...
ingat aku ni pe...tnggul ke..
dia hntar mcj..aku balas...
aku hntar mcj..event dah berkali2 miscall??? n mcj
dia buat buduh jew...
SENTAP aku!!!



. . .st0p checking your phone aida, he's not going to text you. . .

wasalam..bubbye....

=)








Saturday 8 October 2011

Cuti Semester

halooo...
folowerss...

lme x upadate kan.....
hurrrmmm....
tajuk diatas...???CUTI SEMESTER kembali..!!!..

hoyaaaaaa....... 
I LOIKE....ngehhh...ngehhhh...


nak buat ape cuti nie...??
kerja.??lepak...???jalan-jalan..???makan tido...??

hurrrmm...
aku x bape happy cuti semm.....
takut nk tnggu result aku....nnty....hurrrrmm....

aku balik perak 4 ary bulan ari tu...
mak , pah cik n tok cik yg ambik aku....
sbelah aku ary tu budak uum....

dalam AKU happy cuti sem nie....ade yg bnda yg mengembirakan aku...

bored n so sadddd...
 x mau la cerita...biar aku pendaam....


HAPPY MOOD:

sebenarnyerr..cuti sem nie aku teringin nk pergi pulau pangkorr....
harap2 termakbul.....hurrm...
boley smbut besdaayy...hahaha...


aku pun x tahu npe aku nk pergi sgt ke PULAU tu.....

sekiann...
xde m00d... 

~~Out~~







Thursday 6 October 2011

~TauTan HAty..~

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha
 Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui
 dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan
 manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir.
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. 
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang
 dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan
 saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan 
yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita

8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.





~MAKANYA...JANGAN SEDIH JIKA KAU MASIH SINGLE- 
KERANA TUHAN TELAH PUN TULISKAN JODOH YANG TERBAIK UNTUKMU~
HANYA PERLU SAAT ITU DATANG. .  

^__^

LOTS OF LOVE...
NAKR



Tuesday 4 October 2011

oooo...Baru Tahu 2


Inai lukis atau henna...




Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai..

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."

Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..

* Sapa2 yang nak share xperlu mintak kebenaran,sudah menjadi tanggungjawab kita semua berpesan2 dan ingat mengingati.. (^_^)

kawen....adat atau../???

cantik jugakkk...hurrmm...


kreatif....





Sunday 2 October 2011

Bosan + Sedih

salam followers....
m0rning...

lme jugak x update kn..???
xde cite bwu tu x update tu...

aku outing lagi dua hari yg lalu...dgn zura....
daa nk abez sem niee...
saje lepak2..ngan dye....x prgi mne pown ...trmeloh je...
 tngok gmbar je lah....x tau nk tulis pe....sebab xde m00d...sbb nk blk daaa....(cuti semm)...

bas metro...dihatiku...

model....temerl0h..

gadis arab...

zura...ira...me...


alyn... ^_^...peace..

berniaga sambilan..ngehh..ngeh...


internet..lembab aarr....

nnty sye smbung lgi ok...???