Tuesday 14 March 2017

Trip to Penang II : Wonderfood Museum


ASSALAMUALAIKUM 

Kita bersambung pada hari kedua aku di pinang . Ehhh , penang . 

Selepas kitaorang chek-out . Alin dah cakap awal-awal dalam kereta yang dia nak pergi bank . Infact dalam masa yang sama nak sarapan jugak . So, pergi lah sarapan dulu . Perancangan Allah lebih hebat rupanya . Alhamdulillah bank yang alin nak pergi dekat dengan tempat sarapan kami . Memang berhadapan . So lepas pergi bak terus sarapan dekat . . . . . . Okay tak ingat  T_T 


dalam bulatan

roti bakaq telur leleh


Rupanya roti bakaq telur meleleh version orang penang dengan perak lain sikit. Kalau dekat penang depa ada tambah buh gula pasir dalam 1 sudu macam tu kat tepi pinggan . Kalau dekat tempat aku takda lagu tu . Tempat hampa ??? Rasanya not bad la , sebab manis kan . Aku habiskan roti tu je . Ikut kan nak order roti canai teluq , Nasi Lemak . Tapi ilekk. Sebab kau datang pun dah pukul 10.00 pagi . kenapa cepat sangat orang penang sarapan ? dah tu tinggai la kat kami sikit pelancong-pelancong ni . Merajuk dengan orang penang . 

Sesudah sarapan ( macam sesudah subuh)  T_T  , kitaorang ukut plan asal . Di mana nak pergi wonderfood museum . Buka waze and jumpa ! 


Wonderfood Museum 

Masuk muzium makanan pada hari isnin . Siapa je yang nak masuk melainkan kami . Di saat orang lain tengah bekerja dekat office , rilek je kitaorang masuk muzium dengan takda orang. Dilayan seperti princess gittuw dengan staff-staff . Hahaha . 

Sebelum tu aku nak minta maaf takut la gamabq yang aku buh ni banyak sangat . Tapi nak share jugak . Kot anak-anak cucu nak baca and untuk tatapan orang yang bakal ke muzium =) 

This is not big ! The biggest is inside 


Pintu masuk 



Makan tak habis 

Nak makan nenas pun jenuh dikk

taknak beralah

Lauk nasi kandaq 

tak habis 4 tahun

chef awak 

chef diri sendiri 

Semua replika makanan dalam muzium ni menunjukkan makanan yang ada di asia dan juga makanan untuk pelbagai jenis budaya , di mana ada China dan India . Sebaik sahaja korang melangkah masuk ke dalam muzium akan dipamerkan pelbagai jenis makanan , ada lauk nasi kandar , Nasi lemak , laksa , cendol . 








Muka alin sejahat abis nak pekena aku 


Satu perkara yang terbaik dalam muzium ni adalah , semua makanan dalam ni menunjukkan seperti makanan itu nampak keadaan betul dan benar . Bila kau nampak laksa depan kau tpai kau takboleh makan , sedih rasa . Dia dibuka pada 21 November 2015 oleh MR.Sean . Aku sendiri tahu pasal muzium ni dari facebook . So, aku suggest dekat alin. And dia pun setuju. 






semua benda dalam bilik ni adalah emas betul! makanan yang termahal di dunia 

tak sedap . Basi dah tapi haus 



mee keras tak dap


satu perkara yang wajib anda tahu . Benda ni betul terjadi pada aku . Sebelum masuk muzium ni . aku caangkan lebih baik korang makan dulu . Kalau tak terliur wehhhh . Serius. Actually ada lagi gambaq tapi aku simpan buat tatapan aku lah . Ni just yang menarik untuk aku share dengan korang . untuk yang terakhir korang akan jumpa dia ni 


terperanjat gila aku - menjerit lagi T_T



WonderFood Museum
Address: 49,Lebuh Pantai, Georgetown 10200 Penang
Contact: 04-2519095
Business Hours: 9am – 6pm Daily, Last admission at 5pm
Fee: MyCard adult RM15, Children RM10, Senior RM10
Foreigner adult RM25, Children RM15 



jangan tinggal guwa

Lepas dah keluar dari muzium . Masa tengah berjalan berpimpin tangan indahnya suasana di masa itu . Ternampak satu pameran kanak-kanak istimewa then masuk la tengok-tengok kejap . Dah keluaq si alin nak beli jeruk pak ali . Singgah kat kedai utama jeruk pak ali and perut lapaq ! kami singgah ke Nasi Kandaq Line Clear . 

Tak habis  T_T , sebab bagi aku kurang sedap . Nak upload gambaq pun malas. So sampai di kamunting pukul 5 lebih and solat di masjid untuk membahagi kan harta . Hahaha . 

Alin sampai kat rumah aku kena makan lagi . Sebab puan ibu dah masak nasi minyak dengan ayam masak merah . Then dorang pun balik ke Nismilan . 

itu je lah pengalaman aku di penang dengan kembaq aku sorang ni . InsyaAllah bulan 4 aku trip ke penang lagi tapi dengan orang lain pulak . Jom Siapa nak ikut ! teman aku please.













Sunday 12 March 2017

Trip to Penang I : Bukit Bendera

ASSALAMUALAIKUM 

hampir seminggu aku pergi trip penang ni . Niat dah lepas balik dari trip ni terus nak update sebab takut lupa nama-nama tempat and nama jalan . Tu paling takut sekali , tapi apakan daya . Angan angan mat jenin semata-mata . Aku tak update pun sebab ada hal yang tak dapat dielakkan gittuw. InsyaAllah , aku cuba ingat balik ke mana aku pergi masa trip ni. 

Sebenaqnya trip ni tak dirancang pun . Ehhh , ke rancang ? Ohh , ya aku pergi dengat BFF aku a.k.a kembaq aku la , nak tengok perangai aku , gaya aku , haa tgk minah ni. Aku pergi dengan Fazlin . 

** Throwback chat what'sapp sebulan sebelum. 



Fazlin : Kak doa laa kot bulan 2 kita g perak taw 

Me : Okay , takkan nak berdoa . Datang je laa 

Fazlin : kot ado duit den tumpang kawan den .

Me : datang jo la , kot takdo duit makan dekat umah den . kalau keluar kita bawak bekal .

Then , panjang lagi . Malas taip . 




25 february 2017 

Dalam masa yang nak tunggu tarikh dia datang tu , Aku dah dup dap dup dap takut tak jadi datang . Taknak la bagi harapan kat diri sendiri , kang eksaited sangat takut dia tak datang. And tiba-tiba kitaorang bertiga ni teringin nak g penang. Aku ni nama je berjiran dengan Pulau Pinang tapi dah lama tak datang . Since , last aku datang pergi bertunang pakcik aku. ehhh , g masuk umah tunang dia terus balik. Takda pulak rombongan meminang terus jadi rombongan sekolah sebab aku teringin nak g Bukit Bendera . T_T

Okay , hari yang si alin ni datang . Mak aku dah beria masak macam macam sebab takut la tetamu nak datang umah kang takda apa nk makan . Prepare awal-awal dah, siap pakej ada kek birthday . Sebab masa tu birthday si alin. Then, lepas da sampai .Dah rehat bagai ,rasa rugi tak bawa minah tu ke Taman Tasik walaupun masa tu dah dekat pukul 7 malam . Orang dah nak balik kau gigih bawa orang nismilan datang tasik. Just datang semata-mata selfie dekat signboard then balik rumah. HAHAHA. * nanti datang lain yaa. 

26 february 2017 - Penang 

Penang! Apa yang best ? Bagi aku penang ni tak lari daripada jem dan sesak kereta ! selain daripada syurga makanan yang sedap . ohoi , dia punya sesak sangat mencabar keimanan walaupun bukan aku yang drive . Sedang menikmati jem kereta tu , mata terbaca-baca signboard sambil tangan pegang 'waze' yang bengong. Since, dah lama tak guna waze . Waze aku boleh tunjuk GPS di Jitra Kedah! siapa tak marah . kau pun pelik apasal nak pergi Bukit Bendera sampai 90 KM ( dari Jitra ) hampeh. Ok, dah puas bebel takda siapa yang dengar. First place yang kitaorang pergi mesti lah Bukit Bendera. Taknak la buang masa . sebab kitaorang ada dua hari untuk jelajah penang. Itu pun tak cukup. 

Lepas dah melepasi jambatan pulau pinang kedua . Aku suruh alin bukan waze . Sebab waze dia yang elok pun. Then, sampai satu selekoh tu kitaorang jadi ''blur" . Masa tengah tunggu lampu trafik light '' buka tingkap , ada kereta polis kat sebelah. '' Aku suruh alin guna kebolehan yang dia ada. And yes ! polis tu tunjuk jalan yang betul. . 


Bukit Bendera

Dah park kereta and turun la kami bertiga *** jap! aku tak cerita lagi kan siapa lagi sorang??  Okay , si alin ni tumpang kawan dia . Mean kawan dia tu dah jadi kawan aku dalam masa setengah jam . Hahah . Tiga-tiga kepala ting tong. 




Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-Kanak : RM3

Warga Asing
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM5

Okay, nak menunggu giliran naik kereta kabel tu azab jugak la. Sebab kitaorang pergi hari Ahad. So, kemain panjang barisan nya pun. Sesungguhnya , kami dalam golongan orang-orang yang sabar. Sebab kalau dah tak sabar dah lama beli tiket yang 'Fast-line' punya . Alah tak berbaloi RM30 . Rugik! sama je train pun . Bukannya kau naik atas puncak tu dengan guna helikopter. 


non-edit 

Elok je turun dari kereta kabel tu kan . Aku cakap dengan alin '' Menyesal gilaaaaa tinggalkan Nikon dalam kereta ''. T_T 

It's okay . Kita guna Iphong pun cantek what . but not mine. Then , boleh tahan mengah la nak jalan jalan atas tu . Besar jugak kawasan dia , ada taman - taman tertentu. But kitaorang cuma fokus dekat dua benda . Iaitu : 


still counting 

kakak adik abang 



tempat ni lah . Sedih tau tengok dah ramai yang datang sini then ambik gambaq sedangkan kita nganga saja . Dah la nganga tengok gambaq depa then kena 'Like' pulak tu. :( 

Love lock apa tah . Yang macam dekat korea tu . Sampai jugak hajat . Gila tak happy ! pergi pulak dengan BFF kau . banyak gak la yang kitaorang snap kat sini . sebab takda orang nak guna tempat ni. buat muka sardin je amik gambaq lelama kat sini. hahaha. Nampak je gambar ni cantek kemain posing , tapi panas ya amat.... tapi alhamdulillah tak hujan :) 

Misi kedua . 

Dah puas snap snap kat situ . Ohoiiii , tekak dahaga . sebab cuaca memang panas . so cari kafe . Actually kafe ni dekat dengan 'Love Lock ' tu jugak. 


Tiga orang adik-beradik makan 


Tak habis - Manis ! 

Makan benda ringan - ringan je dulu sebab dah terbayang nasi kandaq kat bawah sinun! Just order Onion Ring , Twist Fries , Cendol and Abc . Tak habis , kitaorang bungkus bawa turun makan dalam kereta . Hahaha . Jumlah harga tak ingat dah weh . Tapi bawah RM20 tak silap. 

Then, dah makan. Ingat nak teruskan meneroka tapi semua tempat yang kami nak masuk kena bayaq . So, not this time . Nak turun pun kena beratur taw. Cuaca pun masa tu actually dah mendung tapi tak hujan lagi. 


Nun jauh- Bukit Bendera 


Lepas dah turun dari Bukit Bendera . Masa tu dah masuk Zuhur , decide nak pergi cari masjid and tiba-tiba aku teringat Masjid Kapitan Keling ! So, bukak la balik ' Kawan Baik Kitaorang ' yakni Waze . Then , Jumpa ! 

Masjid Kapitan Keling 

Subhanallah . Indah ciptaan manusia . sememangnya cantik . Bersih . Landskap pun lawo weh . Tak Silap pada waktu malam pintu pagar dorang kunci sebab takut pelancong tido dalam masjid kot. 


Ehsan Google

Ada gambar aku dalam masjid . Tapi tak perlu lah tunjuk . Baik aku tunjuk gambaq aku solat sekali. Cukup la sekadar pengetahuan nak solat kat mana . :) 

Dah solat , lapaq balik! HAHAHAHA. trip ni makan je kerja :P 

Bukak balik waze . Kami google Padang Kota . ! 

Padang Kota 

pusing -pusing kot tu je penang ni sebenaqnya . Dekat sangat . Tak sampai 15 minit bukak waze dah jumpa . Kitaorang ni kira bernasib baik kerana mudah dapat parking . hikhik. 

Cari foodcourt yang berhadapan dengan pantai . Asal boleh and ada pasembuq kami bedal saja . Guwa dengan alin la yang pi pilih benda benda pasembuq ni . Driver kami ?? Kami bagi rehat dan ditugaskan jaga beg . Hahah . Jangan terkejut kalau tiba tiba je korang disergah dengan semua peniaga , sebab memasing nak promote gerai makan dorang . huhh . memang saingan hebat beb. 


Syurga Makanan




Dah pilih pilih tadi . Ni la hasil dia !
pinggan kosong ada snap, nak tunjuk malu la pulak sebab licin. Hahahaa 

Pasembuq - Rm17 tak silap ! ehhh maaf kalau salah. 



pipi apo kembung alin ouii
Lepas makan kitaorang pergi balik ke Masjid Kapitan untuk Solat Asar . Keluaq masjid masa tu pukul 5 petang . And next destination is Penang Art Street! 


Penang Art Street

Lepas solat asar di Masjid . Apa lagi mari lah kita menelaah 'Waze" . Hahaha 
So, waze punya waze . Jumpa dah penang art street ! dekat je ( 10 minit) . Then , cari parking . Masa jalan nak ke art street tu tiba-tiba ada seorang pakcik ni . 

'' adik , nak sewa basikal ?''

' haaa ? berapa pakcik ? '' 

ikut jenis basikal . and basikal kitaorang pilih boleh naik bertiga . So ON kan saja. 

''basikal kitaorang berharga RM20 '


Pakej naik basikal ni dapat dengan peta arah untuk ke tempat tempat dinding bergambar yang ada di situ.  * macam lain je ayat aku . ehhh 

contoh peta . Ehhh bukan contoh , mmg macam ni peta dia



Aku cakap dekat alin . kalau kita bertiga masuk explorace , lepas tu ada permainan kena snap semua gambar berdinding . Cofirm kita kalah . Sebab kita TAK JUMPA ALL ART STREET ! gerammmmmmm. Infact masa tu kelam bin kabut sebab nak hujan . Sobs Sobs . but atleast dapat pergi and snap dua tiga art jugek . bersyukur please  ( T_T )








yang ni yang utama - nasib jumpa  L_L 











Sedang elok mengayuh basikal . Then tengok langit , dah berangin-angin mendung nak hujan gelap semua ada dah . Apa lagi , speed kayuhan basikal bertambah !  X0X0
Nasib sempat masuk dalam kereta walaupun dah renyai - renyai sang hujan . Ok titik ! 

decide dalam kereta . Nak tido ke tak Nak tido ke tak Nak tido ke tak 

Okay . kita tido penang . So ? Mana mungkin tido dalam kereta . 

searching hotel lah ! 

ada dua tiga hotel jugak lah yang kitaorang cari . Yelah nak cari yang murah murah je tapi atleast selesa . i did not say yang kitaorang ni berduit tapi atleast kita nak yang selesa untuk tido which is selamat untuk stay , yang  mana ada security ada cctv and all of us dapat rasa benda tu selamat . Turun naik kereta , cari cari cari cari hotel . And ! we found it ! which is Hotel Tune Penang . Selesa kau . 

Siap tunjuk jenis bilik lagi reception dekat hotel tu sebelum kitaorang check-in . Very humble ! thumbs up ! hotel tune penang . Lima bintang ***** .
So , we check in and rest for a while . 

************************

Kitaorang bertiga lupa yanggggggg dari siang tadi , tak makan nasi lagi ! heyyyy 
padan la lapaq . so bukak waze and cari balik Masjid Kapitan . Sebab Nasi Kandaq yang paling sedap ialah Nasi Kandaq Beratur sebelah masjid and bukak pukul 10.00 malam -sampai habis . 


menyesal mintak nasi separuh  T_T


Lepas dah licin pinggan nasi kandaq kau makan . teringin nak tengok laut .So, pergi ke Padang kota balik and tengok laut =) 




muka puas jumpa laut 

kembaq 


spotted me 

Tak silap jam masa tu dah dekat pukul 11.30 kot . Maaf kalau salah info , terus balik ke hotel and rest cukup -cukup . Rest ??? dengan alin arabi kau nak rest ? tak dapek laaa. Tunggu dia pejam mata baru dia diam  P__ P   . *( aku tahu alin akan baca post ni ) hahaha.

set alarm pukul 6.30 . Doing as usual la kan . You know what , kalau kat rumah lepas solat aku akan tido balik kejap and dekat hotel aku Tak Tido !!!! dongar alin punya ceghita . It's okay , layan la sebab kawan tu datang dari jauh . =) 

Pukul 9.30 kami check - out hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya , akan bersambung ....

** kitaorang amik bilik hotel dua bilik okay . Nak tahu pasal bilik Hotel Tune Penang , sila check google okay ( sebab aku dah lupa ) T_T 



~ to be continue ~ 

XoXo