Saturday 7 February 2015

peng-ala-man

assalamualaikum

terlintas di fikiran nak menaip entry ni , peng-ala-man ??

pengalaman ada satu benda yang pernah kita lakukan dan itu dipanggil pengalaman . ehh! *assif kalau salah. 

pengalaman memang banyak mengajar aku , sejak masa keluar dari UiTM ari tu lagi , aku bankit sebagai seorang yang mempunyai cita-cita dan harapan. segala tohmahan , kata-kata kesat yang aku terima dari saudara mara telah aku tutup mulut mereka dengan kejayaan aku sekarang, ya . dulu aku seorang yang teruk , yang tidak mempunyai cita-cita. aku fikir masuk UiTM hanya fikir untuk berseronok tapi takdelah sampai tak datang kelas. 

pengalaman juga mematangkan kita, ianya boleh dijadikan iktibar. dan boleh dijadikan panduan agar kita tidak lagi melakukan kesilapan yang sama. 

pengalaman aku di politeknik sekarang ni , aku manfaatkan kepada adik-adik junior aku . ya kami SENIOR sebab ? kami lebih PENGALAMAN.itu lah hakikat yang perit dan harus diterima oleh junior. kami tak minta nak korang hormat kitaorang macam askar kena tabik bagai , tak perlu.. dulu kami pun macam korang jugak , dibuli teruk oleh senior dulu-dulu. takut dengan senior. takut dengan peraturan yang ada di poli.. punctual datang kelas, punctual datang perjumpaan umpama 'Lipas Kudung' berlari. 

jangan anggap yang senior tu sombong, buang pemikiran yang sedemikian . sebab kitaorang pun student biasa sahaja. ilmu yang kita ada adalah sama , subjek kita sama . cuma kami dulu yang belajar subjek tersebut. 

Family JPH 

so kepada junior-junior.
good luck ! 
korang pun akan jadi senior jugak 

xoxo