Sunday 6 September 2015

Trip to Thailand : Krabi Day 1



Assalamualaikum

Ok , jujur . .  
seharian aku murung sebab nak pilih gambar untuk masukkan dalam update Day 1 ni . Mau tak gila 1000++ gambar dalam nikon tu tak termasuk selpiaq dalam camera fone Rara and Dee lagi plus camera orang lain lagi kena pilih yang terbaik dalam 15- 30 keping untuk masuk dalam entry ( murung sebab kedua adalah rindu Krabi ) , Ok nanges T_T lepas tu fikir nak divide entry lagi , nak divide macam mana , entry makanan , baru 4 hari 3 malam dekat Krabi ! 4 hari ! haha *unsur riak ada sikit yea dalam blog aku ni . Ingat senang nak berblogging ? Job part time yang boleh membuatkan seseorang blogger itu stress haha. tpi income ? jeng jeng 

Seperti yang digembar gembur kan dalam Facebook aku , twitter segala bagai semua . maka bergerak lah aku bersama classmates ( 2 kelas) but still my classmate  pada 01.09.2015 (selasa) pukul 6 petang dari Politeknik dengan menaiki dua buah bas . 


Starting dalam bas lagi masa mula naik aku dah start tido , infact duduk sorang diri so heaven sangat bertemankan nikon dan bantal . Kitaorang banyak pick stop sebab perjalanan jauh kan , so banyak gak la tempat yang berhenti rehat . yang pertama berhenti di Kuantan , memasing muka bangun tido , pastu lapar...itu tak termasuk yang mabuk  pastu makan ubat mabuk then tido , sedar -sedar dah sampai...haaa kau...

Pukul 10.00 malam cenggitu berhenti di Hentian Genting Sempah pulak untuk solat isyak , boleh lah berjamak . kau jangan pulak takbuat , haa yang tu Jamak TakPayah buat , dah nak g seronok seronok tapi kau taknak solat. 

Then pick stop yang last sekali di RTC Changloon Kedah untuk Solat Subuh dan cuci muka sahaja (kantoi takmandi ) haha. 
Lepas dah selesai semua kitaorang breakfast di Kedai Makan Cina *ehhh. Siam ....? ehhh ?? melayu ...tah..


Breakfast 


Mula-mula rasa memang taknak makan langsung sebab almost 10 jam lebih dalam bas , muka serabai memasing turun bas pastu makan . 
dengan persekitaran kedai tu ada anjing berjalan-jalan then ada jual arak , but don't worry still halal untuk dimakan . 

taknak makan , tapi ambik jugak roti yang dee beli *haha



lepas dah breakfast dah kenyang , ada sedikit taklimat kecik oleh Tour Guide kitaorang Encik Azahar . dia just ingatkan pasal pasport and apa aktiviti kitaorang pada hari pertama. 

check passport



Nak g Thailand kena ada passport tau ! jangan nak redah ja, mentang la dekat dengan Malaysia... okey ! aku passport sendiri so cepat sikit prosesnya , yang classmate dorang passport bergroup so take time la sikit.

so passport dah lepas, jommmmm. . . masuk Thailand. . :)

*******************************************************

Okey , sekarang dah masuk Thailand tau ! Sawadikap! :P



yang ni tempat check passport , ni dah bahagian Thailand tau 
Okey , lepas dah check passport semua .
pindahkan barang-barang beg kitaorang dari Bas ke Van VIP ( 4 buah ) yang disediakan oleh Encik Azahar.
kitaorang kena bahagikan kepada 4 kumpulan , so 1 van dalam 12 orang cam tu (yang tu entry nanti ya)
Perjalanan dari pintu masuk Thailand ke Krabi mengambil masa selama 6 jam (macam ulang alik KL ke Muadzam ) * dah la dari poli ke Bukit Kayu Hitam dah 10 jam lebih ni nak hadap lagi 6 jam , haaa bayangkanlah . T)_T(

signboard Thailand!

Driver van kitaorang ( ayah wae ) 
 Then kitaorang berhenti makan di MK Restaurant untuk lunch! yeayy!


kedai-kedai yang berhampiran

Lunch for me *pedas gila T_T
minuman di Thailand dorang sediakan macam ni 

gerai buah-buahan
our 1st selfie at Thailand

our 2nd selfie 

Our 3rd selfie . *hahaha
Then teruskan perjalanan lagi 2 jam untuk sampai di Ao Nang , Krabi. 
kitaorang sampai di Ao Nang Beach pukul 4 petang , tour guide bagi masa 1 jam untuk hilangkan lenguh-lenguh sendi-sendi di dalam van dengan bagi tengok permandangan yang cantik ! 


Group Photo Time =)

Ao Nang Beach

kesayangan


Lepas dah bergambar selfie selpiag semua bagai , teruskan perjalan untuk check-in hotel . Kitaorang menginap di Cozzy Hotel ( entry hotel nanti yaa ) . Tour Guide bagi masa sampai pukul 7 untuk siap mandi solat rehat semua then kena turun di Lobi untuk pergi makan malam yeayyy! Bergerak dari Hotel untuk tengok matahari terbenam di 
Ao Nam Maopier ( sunset view ) subhanallah sememangnya cantik ciptaanNYa . 


No Edit! 


*in BM jangan terjun kot , haha

guna editor di Nikon

kitaorang stop di tempat sunset tu agak sekajap  sekejap  , cuma hanya 15 minit. okey la tu kan ! sebab bergerak dari hotel pun dah lambat ! *sendu 

Then ! makan time 

dinner di Rohanee Thai-Malay Seafood , 
kitaorang punya pakej makan minum semua sendiri . 

so malam tu decide makan yang simple-simple ja , just nasi goreng for us bertiga =) 

The Menu's


here's 


The Drink's

Seafood Fried Rice
Then da settle bayar bill semua ( entry makanan pun nanti yaa ) , tour guide beri masa sejam untuk jalan-jalan di Ao Nang Street , untuk 1st day ni aku decide tak beli apa-apa lagi , just survare-survare tgk **jangan terkejut kalau ada gadis-gadis yang cantik cun melecun bagai nak tercabut hati anda todyaaa. ehem ehem mereka bukan gadis asli yaaa.... larikkkkkkkkkkkkkkkkkk......... 

Model - model kakak

ikan besar ni ada dekat Ao Nang Street



takbuat cam tu pun hmmm

antara yang ada di Ao Nang




lepas dah cukup sejam , naik van 
jom balik tidoq ! penat nak oiiii . naik bas naik van berbeza dengan naik kapal terobang . Y_Y pengalaman ni . =) 


*kedai-kedai di Ao Nang Street kebanyakkan tutup pada pukul 11.00 malam waktu thailand * kalau kat malaysia 12.00 tengah malam. 
Thailand waktu di sana lambat sikit berbanding di Malaysia 



#Next Entry! Heaven Seven and Technical College of Krabi!

Stay tune! * baca boleh copy dilarang