Tuesday 27 May 2014

Shopping Buku (Part 1 )


Assalamualaikum ,

Korang kalau yang bergelar student IPT or IPTS mesti dapat voucher buku kan ? Bohong kalau kata tak dapat. . alaa yang RM250 tu tu , yang kena beli buku-buku tu . .*bape kali aku nak tu tu tu . . tettttt ttttttt

okeyh meyh nak cita sikit pasal buku-buku yang aku beli dekat Popular Taiping hari tu , 
actually pergi dengan adik masa tuh , aku pun apa lagi gunakan dia la jadi driver aku and merangkap P.A. . hihihi

Ni buku buku yang aku beli 



aku nak komen sikit tentang semua buku-buku yang aku beli and baca ni . .  :) 

Buku pertama : SUAMI AKU USTAZ ( HANNAH DHANIYAH)



Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

 kOMEN :

** Bagi aku novel ni best sebab , bila aku baca jer aku terbayang watak si Hafiz tu Adi Putra, cehhh serius, memang aku bayangkan dia. . handsome dgn watak ustaz dia tuh...cair lah kalau korang baca. . ohsemmm!! Watak Alisa tu best , sweet jer , manja and dia tetap ikut cakap parents dia walaupun dia degil kadang2 . .

Buku Kedua : PELANGI CINTA BUAT SUAMI ( ACIK LANA )




Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja. Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

                                “Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”


 Komen : 

Ni bila aku baca memula aku geram gila dengan Si Qalif ni , mana tak nya dengan berlagak dengan selekehnya...orang buat baik dengan dia berlagak gila, cerita ni memang penuh dengan emosi segala bagai . . Dan Imanina tetap dengan pendiriannya mahu berkahwin dengan Qalif dan akhirnya mereka bahagia . Dan baru aku tahu yang Acik Lana adalah seorang penulis novel yang terkenal sekarang.. you did't good job sis ! adore u !

 Buku ketiga : SEPASANG KURUNG PINK ( NUREEN MIRZA)



Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya. 

Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. 

Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya


Komen : 

it's quiet boring , sebab penuh dengan keegoan si Syahrin , namun akhirnya dia mengalah dan menerima Diza sebagai isterinya . 


Buku keempat : 13 JAM A380





 13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR

Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.

Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI

"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA

"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI

"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA

Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...

“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR


KOMEN:

Actually , novel ni aku tak habis baca lagi sebab macam mana suspen suspen gittuw , lagi pun tak berapa paham citer dia . . hummmm, konflik dia berliku . . haaaaa katakau. .  Diantara Hana Sofea , Fawwaz and Syed Haydar



Okey , ada lagi 3 buku aku sambung nanti ok ! wait and read

BACA BOLEH COPY JANGAN ! 

Taktau nak letak tajuk apa

Assalamualaikum , 

ya ampun bukk , bapak2 . . udah lama ya gue nggak update blog ...*ni dah kenapa cakap indon . . tukar bahasa . . 

ok , sorry kalau lama aku tak update blog ... 
*ni pun sebab dee yang tanya , tak update ke .
bukan apa , ya aku tau korang nampak aku update dekat facebook , instag and twitter yang sekarang ni aku memang tengah cuti semester...dah berbulan kot aku cuti , lama pulak cuti aku sem ni , rasa bosan pun ada gak ...Rindu nak pergi kelas , rindu nak bangun pagi-pagi pergi kelas. . makan dengan classmate...haaaa gittuw. . 

so , cuti ni aku buat apa ???? 

kalau aku citer memang aku tau dah korang bosan kalau baca . 
pedulik apa ,baca la jugak . . 

bangun pepagi , 
buat apa yang patut 
tido kejap 
bangun , mandi , breakfast
tgk tv 
buat apa yang patut
tgk tv ( temptation of wife ) 
mandi 
tgk tv
tido. . 

korang bayangkanlah benda yang kat atas tu aku kena rutin setiap hari ...
ok... setiap hari .

kalau pergi kuliah pun jadual dia berbeza , ni tak beza langsung...


dah la income aku tak da , 
kalau dekat poli dapat jugak aku duwet belanja

aku ngadu la kat si dee , 

' dee jom g vacation ' 
'  duwet takda kak , kita kan tak sekolah '
' betul jugak si minah dee tu cakap '
dengan kau yang takda duit nak pergi vacation kunun , cehhh.... nak tido kat mana ? dalam khemah ? 


 *tu je kot , next entry aku citer pasal komen ak tentang novel2 yang aku beli dekat popular hari tuh , guna voucher. . okey ,