Saturday 29 September 2012

Dah Tinggal Baru Sesal


Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku



**Moral of the story , sebelum nak tinggalkan kekasih anda sila fikir fikirkan dulu sebelum menyesal. .sudah sesal  tidak berguna lagi, dayung sampan boleh undur, bila putus habis la sudah macam gaya karam sigh walia ler pulop. . 



the worst feelings in life





























Kisah Encik Crab!

hello, assalamualaikum everybodi! 

lately ni selalu pulak aku update blog, that's why mata pun dah sedikit kabur gara-gara 24 hours mengadap lappy ok tipu! 
Al-kisah tersebut lah kisah seorang gadis begitu teringin nak makan encik crab!. . berbekal kan muka kesian malam semalam, maka pagi tadi pun ayah g pasar walaupun lewat sebab ada hal yg perlu ayah settle kan  dulu. . . 

zasssssssssssssss ----------> ayah ke pasar. . 

**balik dari pasar, rupanya !! ada TIGA EKOR JE ENCIK CRAB~!

S-E-D-I-H! , hummmm. .



Betul Tiga Ekor Ketam ! Tak Tipu ! 









Kuah Si Ketam Untuk Berenang-renang sedang 
Mengelegak! betul ke ejaannnn -_-






Taraaaa ! Encik Crab sudah sedia untuk di Ngapp!!



Aku : Mak , ambik la ketam ni satu. . kita kongsi-kongsi laa. . 

Mak : Xpe, angah makan laa. . mak tak kesahhhh. . mak ambik dah, sikit pun  
         ok. . cukup...'

Aku : Ayah, nak ketam ambik laaa. . 

Ayah : Xpe , ayah berkorban demi anak-anak. . ( how sweettt !! )

**moral of the storey , bertanyalah kepada ibubapa anda dahulu sebelum anda ingin habiskan semua . . agagaga. . . 




Munge ! yg di Shoot petang tadi ! 





ni lagi satu bunga Bougenvilla !










Friday 28 September 2012

‘IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK'?

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.



Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.



Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang ras
a grand?


Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.



Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.



Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.



Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.



Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!



Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?



Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.



Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.



Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula



Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin.

kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.


Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat 


parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan



Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.


“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32).





Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.



Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.



Bapa G : serius lah sikit.



Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.



Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.



Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.



Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,


Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”


“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.




















Copy paste dalam wall facebook ak :)



















Thursday 27 September 2012

Kenapa Letak Nama Anak Panjang-Panjang

Tahukah kalian jika letak nama anak panjang hanya menyusahkan anak itu sendiri bila dewasa. . ?? cuba fikir kejap duaminitsetengah , macam mana nak sebut nama anak kalau nama macam ni, Lina Surihana Ladyana Lily Mawwar Qasehnya Laila. . macam mana tu, kalau anak sorang tak pa. . cer kalau ada lima orang anak . .

contohnya nama-nama sepupu aku, adik aku ada tiga perkataan nama dia n aku n along jer dua perkataan. . S-E-D-I-H , tau tak. . 
Meh aku senaraikan nama dorang. . 

**AMIR SYAMSURI
**MUHAMMAD AMIR SYAZMIN
**MUHAMMAD HIZAMI
**NUR ANIS SOFEA
**MUHAMMAD ADIB SHAUKI
**AISYAH NUR SHAUQINA
**ALYA NUR IRDINA
**ASFARNURNISRINA
**AISYA NUR QISTINA
**ASFA' NUR BATRISYA
**LISA NUR LIYANA
**MUHAMMAD HARIS AFFIQ
**AINA NUR SAFFIYA
**AIRIN NUR ANNISA

--okey, dah. Berpeluh-peluh ak fikir, hebat juga ingatan aku. .. aku rasa dah tak da yang lainn. . ramaikan ! so, bayangkan kalau dorang ni semua ada kat rumah aku kalau cuti. . x macam taska namanya, makan minum mandi semua sekali ramai-ramai aku tak la. . 

bagi ak la kan, kalau nama anak tu dua perkataan pun dah okey dan memberi maksud. apa guna kalau nama panjang-panjang dan xde maksud ? yer dop, 
tengok nama tok aku , 
cuma lima huruf jer ( Che' AH ) x pasal-pasal ak promote tok ak 

Nama-nama yang terpilih dalam islam ( gabungan ) : 

Huzaifah Arsyad : Arsyad = Yang sangat Cerdik
                         Huzaifah = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW

Aliah Zara Batrisyia : Aliah =Yang Tinggi
                              Zara =Cerdik, Pintar
                              Batrisyia = Princess

Muhammad Syazwan Azfar : Azfar = Yang berjayam yang menang
                                       Muhammad = Praised ; the name of the Prophet
                                       Syazwan = Haruman kasturi

Dhia Raisha Amanda : Amanda = Lovable
                                Dhia = Sinaran
                                Raisha = Pemimpin Raja

Muhammad Daim : Daim = Yang berpanjangan
                           Muhammad =  Praised ; the name of the Prophet

Ada jugak islam melarang umatnya meletakkan nama anak mereka yg membawa maksud terlarang , antaranya :

Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Jariah = Hamba suruhan perempuan
Kaibah = Yang sedih 
Lahab = Bara api
Sahiah = Pelupa
Razilah = Yang keji lagi hina
Syatimah = Maki hamun

*dll. . 

kadang-kadang ak terfikir kenapa letak nama anak panjang-panjang ??
yer, ak taw aku belum berkahwin dan belum punya anak . nanti ak cakap lebih-lebih korang marah pulak yer dopp. . huhu. tapi kan, katakan sekolah yang anak korang belajar tu kena pakai tag nama, ok lagi boleh singkatkan. . cam ne kalau cikgu nak panggil ?? 
''Muhammad Al-Fattah Hakimi Afiq Syafarin bin Muhammad Fadly Asaruddin al-haj , datang tak hari ni. . ?? 
nampakkk! tak ke mengah cikgu tu, lima minit nak sebut nama dia. . 

dan jugak, korang tak kesian ke kalau nak buat IC anak tu mentang aku baru buat ic , berbelit staff JPN tu nak masukkan nama anak. . 



ni maksud nama aku, 

NUR KHALEEDA : Khaleeda = Abadi
                        Nur = Cahaya

NUR AIDA' KHALEEDA : aida' = keberuntungan, imbalan, hadiah
                                 Khaleeda = Abadi
                                 Nur = Cahaya


 
NUR KHALEEDA
NNaif
UUntung
RRamah
KKomited
HHarum
AAmanah
LLemah-lembut
EEmosional
EEgoistik
DDinamik
AAlim
Apa ada pada nama?

ambik dekat sini !  http://nama.crazyartzone.com/index.asp

kalau ikut kan hati + sikit dengan nafsu nak hupdate semua nama kawan-kawan yang lain memang sampai bagi pun x habiss. . yela,ingat kawan-kawan aku dua orang jer ker. . ?
kita ramai kawan okey, sebab tu kite femess...perasann blahh!! Aeh! itu bukan perasan, itu perasaan okey, HAHA. . . 

kita penat dah, dah rehat kejappp! 
byeee. .  :)
**renung-renungkan dan selamat berfikir nama anak anda. . 







dah tua baru nak buat

assalamualaikum. . 

Dah tua baru nak buat ??? haisshhhh. . amenda tu???
ouuhhh kad pengenalan.....semalam ak n parent's g buat kad pengenalan baru, alaa yg ada dua gambar kita tuuuu. . errmmm, tak tau aehhh?? aeh lupa pulak, kitaorang pergi buat dekat ipoh. . 


kejappppppppppppppppp!!!


CONTOH,

lebih kurang cam ni laa rupanyaa, ada dua gambar , then lesen memandu. .
senang jer kalau korang nak g buat,

-amik nombor giliran
-bila nombor sampai, pergi kat kaunter. .
-akan di tanya, alamat rumah yg baru (jika ada, but kena isi borang)
-nombor telefon
-cap jari kiri n kanan ( malang ak hari tu, cap jari kiri x der. . jenuh staff kat situ letak losyen, punya nk ada cap jari ak. . )huhu, SEDIH!!
-Then, pergi bhgian amik gambar. . jgn korang pergi buat peace pulak, dan jangan buat muka 'duckface'. . 
- tunggu tiga hari, dan pergi lah ambil kad pengenalan anda itu. . 

**services yg diberikan tersangat superb dan cekap n semua staff kat situ ramah-ramah n ganteng-ganteng belaka. . bhahaahaha. . sempat lagi...



ni nombor giliran ak, sebelum tu 1067 ( AYAH ) 1068  ( MAK) 


Ni hah! IC lama . . derjah enam, wottt!!! malu malu, babyface lagi muka. . 

Lepas pergi buat IC, pergi Mall MYDIN. . alarhhh, depan pejabat pendaftaran tu jer. 




Pintu masuk


punya syok-syok jalan-jalan sambil cuci mata, tiba-tiba diri ini terpandangggg!!! 


Istiadat Konvokesyen Pertama MYDIN ???


dalam otak mula terfikir-fikir, kalau kerja kat MYDIN pun ada konvokesyen??
wowww, kenapa x kerja MYDIN je dulu. . hummmm.
rupan-rupanya, ni utk student yg belajar tapi diseponser kan oleh MYDIN. . so, macam syarikat MYDIN nak celebrate laa kejayaan dorang tuh. . aehhh, ye ke...?? suka aty ak jer. . hummm, ntahhh. . ak dengar sipisipi je dorang cakap. . 




kuih tiau yang tak sedapppp


Nasi Ayam yang sedap, ( mak punya , ak yg habiskan ) 


Model sambilan aku. . 


ni Model Tetap ! 


Masa kecik dulu xde, that's why teringin nak main. . 


Ni model Tetap Jugakkk. .  ! 

gambar aku ????? xde!!! huhu, xde mood ak nak berposing hari tu. . that's why semua gambar parents jer. . 



Weight : 79.6 kg
Height : 168.8 
Blood Preassure : 137 / 73 mmHg
Pulse Rate: 78 ppm

You have: 17.5kg ( over-weight )
standard weight 53-70 kg

( ayah punya ) 


tu tengah sukat, darah tinggi.  . ( macam nak sukat gula jer bunyi ) 

benda ni RM 1 jer, then boleh print slip. . tapi tak tau la betul ke tak, for suka-suka boleh laa. kalau nak yg betul-betul g jumpa dokter. . 




hasil kutipan di MYDIN, HAHA. .  
**Ladies Pashmina 68 kali 170 cm. . 12.90 each! duapulaktuh
siapa punya entahhh, hikhik. .


T-O-T-A-L errrrkkkk, 
agak mengerunkan, punya excited ambik apa sahaja then sumbatkan dalam trolly !
hamekkk kau ! RM 226.88 sen. . lalalaalala

* sambil pandang sipisipi then blahhh. . HAHA. . 



last kopek, g nursery bunga. . my mum nak beli pasu. . 

**ni pun snap dalam keta jer, ak tak larat nak turun sakit kaki. . ! alasan , padahal x minat munge. . 


signout

Wednesday 26 September 2012

Makan SAMURAI BURGER sebab TENGOK ORANG MAKAN

Makan SAMURAI BURGER sebab TENGOK ORANG MAKAN ?? pe hal pulak, dah orang makan sedap jer nampak , x kita pun nk try . . kan. . 
bukan main dekat Tv, facebook, twitter, instagram semua upload pasal burger sejibik nie. . 


BURGER SAMURAI
ni hah , yang samurai tu. . tang mana samurai pun ak tak tahu. . 
yang pasti lepas makan ak tak jadi samurai, huhhh. . selamat ye dok...
Actually, bagi ak burger ni biasa-biasa jer. . bagi yg tekak pedas macam ak, rasa burger ni tawar,  tak pedas langsung,sebab sos teriyaki, ape ntah yang melimpah ruah dan dan langsung tak pedas macam tak sesuai ngan tekak ak. . HUHU. . 

burger ni ade set, dapat air fruzz ke frezz pun ak tak tau ( campuran Ribena dengan 7-up ) dgn kentang french fries perisa kari katsu ( nama jepun kot )
--Tapi, yang ak beli ari tu xde set pun, just ala-carte. . Sebab mak ak rasa tension tgk french fries mekdi yg berlambak tuh. . mana taknya, setiap beli burger mesty dapat kentang tu. . 


agak serabai burger ni kan, sampai sos tu melimpah-limpah. . huhu. . boleh lah rasanya, not bad. . harganya murah ler jugoppp. RM33.50 ( large size, 1 single , 1 double patty ) 

so, korang boleh la cuba makan. . yerr. . 

''adik , apa kata adik cuba burger Limited edition nie'. kata akak mekdi

( amboi akak, macam baju pulak ader limited edition bagai. . ) 





M-O-T-I-F 

Next entry!!