Monday, 29 April 2013

JODOH

ASSALAMUALAIKUM!, 

JARANG kita ambil peduli siapa diri kita hari ini. Yang sering menjadi tanda tanya pada akal dan fikiran, soal jodoh iaitu siapa jodoh yang ditakdirkan untuk kita dalam kehidupan ini. Dalam pencarian untuk menemukan jodoh itu berada, kita terlupa satu perkara yang perlu di titik beratkan dalam mengenali kriteria mencari pasangan yg baik dan secocok dgn diri kita.


10 petanda dia JODOH KITA !! 


1. Bersahaja.
Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama
Walaupun anda selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya.
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur.
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai.
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.




6. Senang Bekerjasama.
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita.
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan kelemahan.
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati.
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal.
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Kepada Bakal Imam ku, 

Tidak ku minta yang handsome, cukup sekadar sedap mata memandang
Tidak Ku minta yang kaya, cukup sekadar mampu menjaga ku.
yang mampu membahagiakan ku, 

siapa kah pemilik hati ini ???? 




*tetiba bila tengok semua orang nak kawen bertunang bagai terasa diri ini sunyi dan memerlukan peneman hidup, tidak lah daku terlalu terdesak. . ^_^ hanya Menanti dari yang maha Esa :) 

Siapa yang berjaya masuk dalam hati ini :) 
siapa yang berjaya mengembirakan hati ini ? 
daku terima seadanya :)











Habeh dah Semester satu !

Assalamualaikumm! kalau tak jawab dosa kalau jawab sayang. . 
ehhh ! trademark sape tu ehh... ^_^ sorryla lama tak hupdated , bukan xnak updated nak sangat updated, macam giliran-giliran tajuk dah menanti nak updated, tapi tak sempat sorry laaa yer.  . =,=

Gembira ria akak  kepochi korang yer sekarang, sebab al-maklumlah dah abes final paper , huhu. . jangan suka sangat nanti dapat result ko yang berduka Aida'! aduyaiii. . wish me luck hokey! nebes habis bila fikirkan balik apa yang dijawab , rasa macam ni

''errrr, apa yang aku jawab tadi ehh ''.? 

'nak mintak balik kertas tu boleh ? nak jawab lain ?? '' plissss. . *sambil buat muka gwiyomi! 

HOHO


HT102 - TOURISM AND HOSPITALITY PROFESIONAL DEVELOPMENT
HT104 - TOURISM MALAYSIA
HT101 - FUNDAMENTALS OF TOURISM AND HOSPITALITY
HH101 - EXCELLENT HOSPITALITY AND CUSTOMER SERVICE
HT 205 - TOURISM GEOGRAPHY

subjek-subjek berikut pliss be nice to me ! ;) 

dalam kekangan buzy menjawab final exam tu, sempat lagi akak kepochi korang sambut besday classmate dia, di Jentayu * kalau di KL , jentayu ni ala-ala hard rock kafe gituw, beliau sangad femes di muadzam. . HAhaha. . opsss . . 



Birthday Girl


auckssss...


blur =,=


No Emotion


budget gwiyomi


hehehe


warna-warni kan air kitaorang!


Chicken Chop Jentayu


Fish n' Chips Jentayu


Scallop Chicken Jentayu


kek sebelah Jentayu ^_^


Huhu. . 



Nganga ! aummm. . 



tak tahu lah nak buat ayat penutup macam mana ?? 

''dah penutup kud '', Hahaha. . makin bosan pulak blog aku ni, tapi aku tak anggap ianya blog pun, dan ianya hanya diari akak kepochi ajer deh. .  ^_^























Wednesday, 17 April 2013

Final is Around here

Assalamualaikum, hollaaa!

lama tak hupdated kan, ? ermmm, malu pulak rasanya. . hehehe..

pisssstt! pissstt! meh dekat sikit nak story mory ni, 

Semester satu bakal berakhir, dan final makin dekat. . hoho

nervous nyer alahai , nak final tu. . walaupun dah ada pengalaman dulu . . 




nah! jadual exam ! 

lima subjek! 

HT102 - TOURISM AND HOSPITALITY PROFESIONAL DEVELOPMENT
HT104 - TOURISM MALAYSIA
HT101 - FUNDAMENTALS OF TOURISM AND HOSPITALITY
HH101 - EXCELLENT HOSPITALITY AND CUSTOMER SERVICE
HT 205 - TOURISM GEOGRAPHY

haaa, tu semua subjek-subjek yang akak kepochi akan ambik.! :) 

ohsem kan, padahal tak study lagi nieh. . 

sibukkan diri dengan blog tourism ari tuh, walaupun dapat saguhati atleast dapat duit gak, dasar mata bling-bling $_$ , kekeke. . 

akak kepochi korang cukup takut dengan subjek AA101 , adalah merupakan subjek yang mementingkan keagamaan. . aduhhh! cam ne la result nyer nanty yer. . 




Busy! get ready to final ! :) 



tapi tak dela  jadi sampai cam ni =,= 

*nak makan sat then nak lepak kat Library . . hehe. . lepak ? wow ! akak kepochi korang semakin improve untuk belajar, hehe. . wish me luck to get a AKJ ! :) 





Friday, 5 April 2013

Dah Start dah!

Assalamualaikum, 

nak cuba update blog sepantas mungkin, hummm. . dari mana nak bagitau. . 
actually akak kepochi korang sangat-sangat sibuk mengalahkan perdana menteri bak kata ' besar . . hehe. . siapa besar ?? ahaksss. . 

kitaorang tengah struggle siapkan report tourism malaysia, customer service, tourism geographic, fundamental n bla bla. . 

so sorry okey, jangan marah-marah. . okey chow!

*wish me luck untuk siapkan sume kerja-kerja tu okey! :)