Sunday, 10 September 2017

ayah admit hospital , homestay penang ( The Light Linear ) dan raya haji

hai , assalamualaikum . 

Lama tak update blog ni , memula target sebulan wajib sekali update . Ni dah bukan sebulan lagi dah , dua bulan sekali . heh ! 

al-kisah bulan lepas memang bulan or minggu - minggu yang mencabar sebab ayah tak berapa sihat . Mula mula just sakit perut biasa , sapu minyak angin then okay lah but makin teruk sampai dua tiga kali ke kecemasan hospital taiping . So , nak dipendekkan cerita supposedly rupanya yang sakit perut tu disebabkan batu karang yang dalam perut ayah . Tak besaq pun ( 1 .5 cm) . 

Dah tak tahan sangat , kena pergi ke hospital kat penang . So, proses dia agak mencabar tapi biar la aku je yang tahu dengan ibu . So , parents korang yang nak buang batu karang dalam perut tu aku cadangkan buat kat Island Hospital . Bajet dalam 8K macam tu . 



korang kena cari Dato Dr Liong Men Long

selepas operation ( 5 hours) 


selepas dah tunggu ayah kat luar bilik operation tu , kitaorang balik sebab takda siapa nak teman aku tido kat homestay . Ayah ok je cuma mamai lepas operation but its normal . Tapi bila bangun pagi esok , 1 pinggan nasi lemak ayah bedal tu tak masuk makan 1 pinggan nasi tengahari lagi . Kemain ekk! lapo . 

Then , dah settle semua kena jumpa doktor balik untuk set appointment seterusnya which is bulan 10 pulak sebab nak buang wayar dalam perut ayah . Ohh! wayar tu utk pulihkan buang pinggang . Tapi dah okay da sekarang . Ayah pun tak MC lama sebab taknak dia kat rumah nak bagi dia cergas balik.  


Homestay 

kali ni punya trip pergi penang bukan untuk seronok seronok tapi bila kawan ibu offer homestay dia . Just amik and check-in ! happy me :) 


indah CiptaanNya 

tak sangka dapat homestay menghadap laut , menghadap jambatan pulau pinang macam ni . Tenang sangat rasa . Tapi tak berapa best sebab ayah tak okay lagi masa ni . Homestay ni dekat ''The Light Linear '' . Lepas jambatan pulau kedua then ke kanan terus nampak . So sesiapa yang teringin nak booked pm me kat facebook
satu malam RM  450 ( completed ) 

Basic semua dah completed dalam rumah tu , ada mesin basuh , peti ais , periuk nasi , oven , tea , gula , pinggan , cawan and kena datang tengok . ! semua bilik ada 3 bilik dan peraturan swimming pool hanya utk yang pakai swimming suit sahaja . kalau korang pakai track shuit jangan la nak mandi (sebab aku kena halau) 20 minit je aku mandi dalam kolam tu. 

bilik utama


balkoni ( aras 13) 


ruang makan 




swimming pool 


ruang tamu depan 


nice view


bilik kedua 








waktu malam 

actually siang tu uncle razi ( which is kawan ibu , tuan punya homestay) bawa kitaorang pergi makan nasi kandaq and pagi esok tu dia bawa pergi ''Transfer Road pekena roti canai ayam banjir pedas gila tok hang ! ) 


indah betul 



pedaih tak main main 


stay kat homestay tu 3 hari dua malam sebab ayah nak rest sehari kat situ , but it's okay . Then ayah p telefon pakcik aku yang kat kedah tu suruh datang . sebab anak dia mmg suka nau dengan swimming pool ( 5 jam tak reti nak naik ) geram . Tapi best tgk dorang mandi.






dah settle bebudak ni tukar baju then kami pun check out ! alhamdulillah semua dah okay so ayah pun dah tak merungut sakit . Cuma lepas ni appointment bulan sepuluh ! 


Raya haji 

family potret raya haji



seriously guwa ingatkan raya haji tahun ni paling membosankan tapi tak ! raya haji tahun ni dapat jumpa semua saudara mara sebelah  ayah ( tahu ayah lepas operate ) . 


baju raya recycle 

Pagi raya tu lepas solat raya terus gerak ke kedah ! sampai di sungai petani dalam pukul 11 macam tu terus nampak dia ni 


encik kambing ( tak makan pun T_T) 



then jalan-jalan ke beberapa buah rumah lagi then baru pergi ke rumah maklang aku sebab nak tido kat situ ( anak-anak maklang semua balik ) 











so , alhamdulillah dapat jumpa semua for this time on raya haji .! 

tiga tajuk aku tepek kan sekali dalam satu entry . Jimat kertas ! hahaha boleh ? sesiapa nak booked homestay dm aku kat facebook and happy reading ! 

Sunday, 6 August 2017

minggu ber - Korean

Assalamualaikum 

since dah lama tak updated so hari ni aku nak tepek entry ''food review' sikit . Takda la review mana pun cuma ikut tekak aku la , tekak korang mana aku tahu . Nanti aku cakap sedap , korang cakap tak sedap . So ikut lah . 

Minggu ni aku tak tahu kenapa semua yang aku makan benda yang kena mengena dengan korea . Dah boleh pergi korea lepas ni gamaknya sebab dah ''food test '' makanan dorang . 


SPICY KOREAN BURGER 


taraaa ( bukan pakej dengan pisau ) 

Burger ni ni viral since last week tak silap aku . Bila bukak tv terpacak iklan dia , bila bukak facebook terpampang nah orang lain dah makan dulu dah , bila bukak twitter lagi sakit hati sebab ramai yang dah makan , Instagram jangan cakap lah . Ada komen-komen yang aku baca ...

'' tak la pedas sangat , over je '' 
'' tak pedas macam meggie ramen pun ''
'' pedas weh ! macam ramen ''
'' gila sedappp '' 
'' tak tau nak komen , ikut tekak memasing '' 


bila baca komen memasing kemain semua , takut ada gak nak makan . tapi bila dah try and test . And this my komen . 


'' Bila makan , terasa la jugak pedas dia sampai ke hidung . campuq dengan kimchi and sos pedas dia . Daging dia so tebal and nice . Sedap . Fries petak -petak tu sedap , ranggup makan dengan sos , rasa dia sangat best . Set air dia just biasa je sebab air gas kan . '' 


hitam betei 

since ipar ada kat sini , semalam dia geram sangat tengah memalam dia ajak aku pergi drive-thru , punya la panjang line-up orang beratuq nak beli and berkat kesabaran dapat jugak . T_T 

so bagi korang yang nak try tu boleh la cuba 


SEOUL GARDEN HOT POT 





sebab utama nak pergi makan dekat sini pun sebab nak meraikan makcik aku yang dah habis pantang dan dia dah nak balik KL . Yela dah hampir dua bulan lebih dia stay kt rumah aku . So cuti dah habis kena la balik . Mula tak tau nak makan apa semua , and last since adik aku pun kerja dekat sini , so kita pergi makan kat sini senang . 

Seoul Garden ni ada dua jenis yang kita boleh pilih nak makan . Sama ada steamboat buffet or Hot Pot . Kalau diikutkan mmg nak makan yang steamboat buffet tu tapi dah selalu sangat makan yang tu kita tukar selera . Sebab ayah pun suka buffet . So kita try benda baru .

Jom tengok buku menu hot pot ni 













drinks 

jangan meleleh air liur dulu , yang steamboat kita kena bayaq dulu baru boleh makan tapi yang hotpot ni kita boleh order macam kedai makan macam biasa tu . Ala-carte , boleh order nasi and ada mee jugak . 

Ni apa yang kitaorang order 



Ice Honey Green Tea + Peach and Mango tea + Ginseng Red Dates Cold 


minuman tak berapa banyak pilihan sangat sebab cuma ada 1 page je untuk minuman but you all must try Peach and Manggo Tea tu . Sebab melampau sedap . Abg aku siap rembat air aku lagi . Harga pun berpatutan, bawah RM10 setiap jenis . 


Kimchi

Kimchi ni rasa dia sama je dengan mana-mana kimchi pun , cuma masa aku makan ni rasa dia mcam masam masam sikit . So , tak berapa nak sedap ah but korang yang suka makan benda ni should try this too ! 


Nasi Putih 

Kalau korang order Nasi Putih dekat sini , mereka akan bagi Nasi dalam bekas macam ni . Tapi nasi dia cepat kenyang sebab '' Nasi Sushi '' . Bila korang makan 1 bekas tu pun dah boleh kenyang tersandar , sebab cepat kenyang . Harga dia RM 1 . tapi better order 1 dulu lah . Kalau nak lagi boleh tambah order . 



Ginseng Chicken 

Ni Main dish kat sini . Wajib ! try . Portion dia banyak boleh makan 4-5 orang . Sup dengan ginseng . memang layan bila korang makan dengan nasi sushi tadi . Sebab nsi tu macam melekit sikit , letak kuah ni so better boleh makan . Memang sedap sesangatttt . Harga dia RM26.90 . 



Korean Stir-fry Beef Glass Noodle 



Kot yang taknak makan nasi , korang boleh cuba Glass noodle ni . Mee dia diperbuat daripada Ubi Kayu . Sebab tu nampak macam ''So-un '' . berkaca je . Mula aku ingat ni So-un ,tapi bukan hahaha . Ada 3 jenis which is , Korean Stir -fry Chicken Glass Noodle 

( RM12.90 ) dan lagi satu Korean Stir-fry Seafood Glass Noodle ( RM 14.90) 

Yang Glass Noodle ni seap gak ah , mee dia kenyal kenyal rasa dia . Puan Ibu dengan adik aku order yang ni . Aku suka yang beef . Ibu order yang ayam , rasa macam tak boleh kena dengan tekak aku . Harga dia RM16.90



Deep Fry- Mandu


Benda ni memang layan beb , panas - panas lagi masa dihidang kan . Aku suka benda ni , banyak gak lah aku makan 5 ketul ke 6 tak silap . Inti dia ayam je cicah dengan sos manis pedas pedas tu mmg umphhhh . Ni pinggan kedua tak silap aku , sebab yang pertama tak cukup ! hahaha . Wajib try ! Harga dia RM 9.90 




Marinated Slice Beef Hot - Plate


yang ni pun sedap jugak bila makan dengan nasi panas-panas . Tak silap dia ni yang habis dulu . Ada campuran cendawan shitake + Kucai + beef (lembut) sangat wehhh!! 

Ada tiga jenis jugak , yang lagi dua Marinated Chicken Slices Hot Plate 
(RM 14.90) dengan Stir-Fry Squid Hot Plate ( RM 16.90 ) . Kitaorang order semua sekali tapi lupa nak snap gambar sebab dah lapo sangat . heks hek . Kalau diikutkan memang aku pilih beef sebab aku '' hantu daging'' . Tapi puan ibu suka ayam and abang dengan isteri dia suka sotong . So lain lain citarasa . But nice . boleh order ! recommended ! 
harga dia RM 17.90 . 



Deep Fry Chicken Stick with ---- coating ( lupa nama ) haha

Ayam merah lagi bergaya ni nampak je rupa dia pedas tapi tak pun. Rasa dia manis weh , boleh la siapa yang suka memanis tu . Aku tak berapa suka , so yang ni ikut korang nak order ke tak . Ada yang lagi satu jenis tapi macam biasa aku lupa nak snap . Nama dia Deep fried wing stick . Ada dalam menu dekat atas . yang ni harga dia RM12.90 . 

So far semua menu dia memang boleh layan dan dinikmati kalau yang nak tukar tukar selera tu . boleh la cuba ! kirannya macam test food sebelum korang nak pergi korea . Hahaha . 

actually ada menu lain . Bibimbap + kimchi jagea soup + Dubu Jagae hotpot dan macam macam lagi . Takkan nak try semua . Yang lain tu kita akan datang lagi nanti . 



where the food . Where . 

kitaorang satu family memang macam gini kalau makan dekat luar , tolong kemas sebab jenis kesian kan waiter nak kutip satu satu apa yang kita makan . So senang kalau dah macam ni . hampa pun boleh buat . Apa salah nya membantu kan kan . 






So , itu je kot review untuk kali ni . Lepas ni kita buat minggu ber- Thailand or India pulak Ehhhh! 

Nanti ada masa aku update lagi . 

xoxo
aida 



Sunday, 16 July 2017

Syawal pertama 2017

assalamualaikum 

dah lama tak update blog since last entry kisah penang  . Teruk betei rasa . 

Tiga hari nak raya aku dah balik ke kampung . Well this year giliran ibu so balik lenggong, perak je . Sebab dekat situ rumah utama aku jugak so senang semua beraya kat sana sama-sama . Syawal tahun ni semua adik beradik ibu balik beraya termasuk anjang aku yang dekat sarawak tu (bukan senang nak sampai giliran dia ) haha . 

Sehari nak raya , normal la semua rumah di mana mana pun mesti sibuk buat persiapan raya, time tu lah kau nak jahit tepi baju kurung , jahit labuci , gantung langsir and macam macam . 

nak buat kuah kacang 


my lil bro uruskkan pelita 

petang tu jugak semua juadah raya kena siap buat and dalam masa yang sama lauk berbuka pun kena prepared jugak , so kelam kabut nya boleh bayangkan tak macam mana =='

and kitaorang memasing dah dibahagi kan tugas masing-masing . So, not really kelam kabut nanti nak raya .


pak lang yang buatkan =_=

see , sebelah saja umah opah 


menu berbuka untuk last berpuasa 

sebenar nya tak cukup pun nak tido dekat umah aku reramai . Sebab tu separuh family makcik makcik aku semuanya tido umah opah kat sebelah rumah (8 langkah) sajo . So, makan minum semua dekat umah aku . senang sikit . Rumah aku tak la sempit tapi dorang tak selesa nanti . 

Malam raya tu aku tido pukul 3 pagi M_M . sebab ??? 

yea ! sebab aku seterika baju raya . memang berhantu bila pegang seterika dimalam raya , kau nak gosok shawl je tiba tiba ada dua baju melayu and empat pasang baju kurung makcik kau minta tolong gosokkan . 


*** PAGI RAYA 

'' Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.
Aku bangun pagi tu , aku dengar suara takbir . Sayu je hati dan bermula lah episod berebut tandas ! Ya . bila dah ramai ramai ni , jangan la kau berangan fefeling nak nyanyi Nazam Lebaran dipagi raya dalam toilet . 10 minit pun belum tentu . berebut weh . 
Nasib lah aku ni bijak bistari disukai ramai . Aku bangun pagi-pagi then aku yang mandi dulu then settle . Siap siap nak pergi surau untuk solat sunat hari raya . 
Balik solat  raya tu 
jawatan bibik aku ditukar kepada mak andam ! semua sepupupupupupu and makcik- makcik aku masuk dalam bilik aku sebab dorang nak makeup and suruh tutorial kan tudung dorang . 
Siap amik giliran suruh aku bentukkan tudung depa , last last tudung aku yang tak jadi dipagi raya T_T ! (tahun depan kunci pintu bilik )! 
saja letak ayah jadi model 

tungggu kaum wanita bersiap 

my heaven

Bila semua dah balik dari solat raya . Mula jugak acara wajib iaitu 'Photo 0f Raya' . Ruang tamu rumah dah dijadikan studio untuk bergambar , so jimat raya tahun ni . Jom kenal dengan ahli keluarga aku sebelah ibu . 


testing camera 

my angah 

Keluarga saya 

siblings 

1. keluarga pak lang
2. keluarga anjang
3. keluarga acik
4 . keluarga ateh

bersalam-salam 


Sesudah semua bersalam salam antara satu sama lain . 
last photo session 

Selamat Hari Raya .


Itu lah kisah raya aku untuk tahun ni . Selamat hari raya maaf zahir dan batin aku ucapkan . kosong kosong yea if aku ada post benda yang tak sepatutnya aku post . 


Love 
NAKR