Lama tak update blog ni , memula target sebulan wajib sekali update . Ni dah bukan sebulan lagi dah , dua bulan sekali . heh !
al-kisah bulan lepas memang bulan or minggu - minggu yang mencabar sebab ayah tak berapa sihat . Mula mula just sakit perut biasa , sapu minyak angin then okay lah but makin teruk sampai dua tiga kali ke kecemasan hospital taiping . So , nak dipendekkan cerita supposedly rupanya yang sakit perut tu disebabkan batu karang yang dalam perut ayah . Tak besaq pun ( 1 .5 cm) .
Dah tak tahan sangat , kena pergi ke hospital kat penang . So, proses dia agak mencabar tapi biar la aku je yang tahu dengan ibu . So , parents korang yang nak buang batu karang dalam perut tu aku cadangkan buat kat Island Hospital . Bajet dalam 8K macam tu .
korang kena cari Dato Dr Liong Men Long |
selepas operation ( 5 hours) |
selepas dah tunggu ayah kat luar bilik operation tu , kitaorang balik sebab takda siapa nak teman aku tido kat homestay . Ayah ok je cuma mamai lepas operation but its normal . Tapi bila bangun pagi esok , 1 pinggan nasi lemak ayah bedal tu tak masuk makan 1 pinggan nasi tengahari lagi . Kemain ekk! lapo .
Then , dah settle semua kena jumpa doktor balik untuk set appointment seterusnya which is bulan 10 pulak sebab nak buang wayar dalam perut ayah . Ohh! wayar tu utk pulihkan buang pinggang . Tapi dah okay da sekarang . Ayah pun tak MC lama sebab taknak dia kat rumah nak bagi dia cergas balik.
Homestay
kali ni punya trip pergi penang bukan untuk seronok seronok tapi bila kawan ibu offer homestay dia . Just amik and check-in ! happy me :)
indah CiptaanNya |
satu malam RM 450 ( completed )
Basic semua dah completed dalam rumah tu , ada mesin basuh , peti ais , periuk nasi , oven , tea , gula , pinggan , cawan and kena datang tengok . ! semua bilik ada 3 bilik dan peraturan swimming pool hanya utk yang pakai swimming suit sahaja . kalau korang pakai track shuit jangan la nak mandi (sebab aku kena halau) 20 minit je aku mandi dalam kolam tu.
bilik utama |
balkoni ( aras 13) |
ruang makan |
swimming pool |
ruang tamu depan |
nice view |
bilik kedua |
waktu malam |
actually siang tu uncle razi ( which is kawan ibu , tuan punya homestay) bawa kitaorang pergi makan nasi kandaq and pagi esok tu dia bawa pergi ''Transfer Road pekena roti canai ayam banjir pedas gila tok hang ! )
indah betul |
pedaih tak main main |
stay kat homestay tu 3 hari dua malam sebab ayah nak rest sehari kat situ , but it's okay . Then ayah p telefon pakcik aku yang kat kedah tu suruh datang . sebab anak dia mmg suka nau dengan swimming pool ( 5 jam tak reti nak naik ) geram . Tapi best tgk dorang mandi.
dah settle bebudak ni tukar baju then kami pun check out ! alhamdulillah semua dah okay so ayah pun dah tak merungut sakit . Cuma lepas ni appointment bulan sepuluh !
Raya haji
family potret raya haji |
seriously guwa ingatkan raya haji tahun ni paling membosankan tapi tak ! raya haji tahun ni dapat jumpa semua saudara mara sebelah ayah ( tahu ayah lepas operate ) .
baju raya recycle |
Pagi raya tu lepas solat raya terus gerak ke kedah ! sampai di sungai petani dalam pukul 11 macam tu terus nampak dia ni
encik kambing ( tak makan pun T_T) |
then jalan-jalan ke beberapa buah rumah lagi then baru pergi ke rumah maklang aku sebab nak tido kat situ ( anak-anak maklang semua balik )
so , alhamdulillah dapat jumpa semua for this time on raya haji .!
tiga tajuk aku tepek kan sekali dalam satu entry . Jimat kertas ! hahaha boleh ? sesiapa nak booked homestay dm aku kat facebook and happy reading !