Saturday, 5 October 2019

Trip to Sarawak ( part 1 )

Assalamualaikum 

Since dah lama aku tak update . Kali ni mood nak update datang secara tiba-tiba disebabkan oleh tengok gambar dalam phone hazabedah banyak sangat . why not kita letak kat blog sebagai kenangan dihari tua nanti . Setelah ditapis sebanyak 1897 gambar yang ada cuma beberapa sahaja yang berjaya masuk saringan final ke blog aku . haha. entry kali ni banyak gambar dan juga banyak aku nak bebel . Malahan mengandungi unsur-unsur kekeluargaan . ** dah aida cepat start .


10 September 2019 ( isnin )

Aku gerak ke KL this day . Petang lepas aku dengan adik aku habis kerja , so dalam pukul 6.30 petang dah pacak kat KTMB Taiping . Train aku pukul 7.00 malam . Sampai KL Sentral pukul 11.30 malam macam tu dan Paklong Maklong aku yang ambik kitaorang kat sana . Sampai umah makcik aku kat Kajang pukul 1.00 pagi macam tu . Takda buat apa pun malam ni sebab memasing penat , then cuma rest and well . Kena tido awal sebab esok flight pagi and kena ada dekat sana 3 jam awal as usual . 

11 September 2019 (selasa)

Aku bangun awal pagi ni . Konon dengan harapan aku la yang paling awal padahal paling kedua lambat .  Yang paling lambat harus lah adik aku . 4.30 pagi aku bangun . Sesiap semua . Then, sampai di KLIA2 pukul 6.25 pagi . So dah settle daftar masuk tiket semua . 


gigih la tengok 




Kitaorang kena menapak jalan kaki untuk ke pintu 6 ? ehh 7 . 9 ?? Aku lupa . Dia punya jauh ya rabbi . Aku first time naik flight dari KLIA2 dan tak jangka sejauh itu >,< 


our first vacation together






family makcik aku 

Tujuan asal aku ikut makcik aku ni atas sebab beliau ada khusus di sana. So kitaorang join sebab nak jaga anak anak dia sementara dia tengah khusus. So kesempatan la join sekali cuti cuti incase aku ada lagi sorang makcik ( Anjang ) aku kat sana . Last aku pergi sana masa aku darjah 6 . Tu pun masa anjang aku kawen and now dia dah ada 5 orang anak baru aku g pulak . 


mak muka tak keruan dah . neves 
Since dari hari tu lagi aku teringin tengok orang makan brand 'santan' ni but cuma ada dalam flight Air Asia why not aku ambik peluang ni nak rasa . Kalau ikutkan aku nak rasa signature dorang which is Nasi Lemak but dah sold out la pulak  . 



sedap
but not bad this Chicken Teriyaki . Portion banyak jugak and cukup.  bagi aku sangat mengenyangkan . Dengan harga RM15.00 , korang akan dapat Nasi Putih , Hirisan Ayam Teriyaki dengan Cendawan , Telur Dadar hancur is enough for you . Air apple yang aku order masa tu tak sedap . Mungkin sebab masam yang melampau so aku tak suka , rasa macam cuka apple macam mana tah . 


Air Apple dalam cawan tu 


sayap view 

Setelah perjalanan selama 1 jam 45 minit atas awan , sampai lah kami di Bumi Kenyalang. Berada atas awan terfikir nya ku betapa Indahnya Ciptaan Allah S.W.T yang menciptakan langit dan bumi . Rasa bersyukur dapat peluang ni dalam hidup untuk melihat budaya masyarakat sana . Bagi kita yang jarang sekali da[at berjalan jauh macam ni , ia merupakan satu peluang aku untuk pergi melawat sedara mara aku dekat sana . 


sampai 

Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia sebelum pembentukkan persekutuan Malaysia . Kaya dengan hasil semulajadi . Mengkhususkan eksport Minyak , Gas , Kayu dan kelapa sawit . Malahan sektor perkilangan dan perlancongan yang kuat . Mempunyai banyak etnik antarannya Melayu , Cina , Bidayuh , Iban , Melanau serta Orang ulu . 

Sampai je dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching . Pak njang aku datang jemput . Terus dia bawa makan . ( Part ni aku minta maaf , gambar aku hilang T_T ) .

Aku blur masa ni taktau nak order apa . Bantai p order Laksa Sarawak . konon macam bayangkan macam laksa Kuala Kedah . Sekali yang datang serupa bihun sup T_T . tapi macam kuah lemak ada udang . Aku rasa dua sudu je . Sorry orang sarawak i cannot go Laksa Sarawak and for me tak kena dengan tekak . Lepas ni aku try rasa and makan lagi okeh . 


Lepas makan . Terus ke Hotel . Btw kitaorang C/in Hotel Merdeka Palace Kuching . As usual mana mana hotel akan C/in pukul 3.00 petang . But disebabkan anak anak makcik aku dah tantrum so masuk bilik awal sejam sebab bilik dah siap . Bukan la bilik . It's look like apartment suite . 

tunggu dekat lobi 
 Cuaca dekat sana tidak begitu baik . Tahap IPU masa aku pergi agak tidak sihat . Ehh memang tak sihat . Sekitar 190 lebih macam tu . Sebab tu kena pakai topeng 24 jam kalau boleh . 


ni je yang selamat ada simpan 

Gambar hotel , Lobi Hotel , Pool Hotel memang aku dah snap tapi hilang T_T 
Korang google la eh . Apartment kitaorang ni ada 3 bilik and sangat sangat selesa untuk ramai ramai . but kitaorang cuma 4 dewasa dan kanak kanak 3 orang . 

Malam pertama lepas kitaorang sampai . Maknjang aku datang dengan anak anak dia dari Samarahan ke Kuching semata mata nak jumpa kitaorang . So Eksaited . Ya tiap tahun dorang balik semenanjung but this time kita datang tempat dorang siapa tak seronok . 



Puan Ibu , Ateh & Anjang 








Lepas jalan jalan atas jambatan gantung tu dalam 15 minit . Kitaorang ke hadapan DUN Kuching nak tengok water show kat situ . Not bad best jugak . Air pancut gerak gerak ikut lagu . Lagu gerak air pancut keluar ( haaa faham faham je lah ) . 
Then pergi makan . * gambar aku hilang jugak 


DUN Sarawak 




dah selesai makan . Balik hotel and rest .

bersambung kay 

part II