Tuesday, 12 November 2019

Trip Part II Sarawak ( Samariang Waterpark )

assalamualaikum 

rasa malas betul nak update part II Sarawak ni . Tiap kali nak menaip tu yang malas apatah lagi nak edit gambar yang beribu ya ampun . 

Okey part II **yang mana aku ingat k , kot la ada yang terlepas story 






semua gambar dalam ni aku random . Ni masa jalan jalan dekat mall depan hotel . Saja tengok apa best mall kat sini. But sama je . 


12 September 2019 (khamis)

Lepas makcik aku habis conference pagi ni terus kitaorang c/out . Request late c/out . Nasib boleh tanpa caj . Tunggu dekat lobi dengan bebudak tu . berlari bekejar kejar jangan cakap lah .  

si sulung , Taufiq

Tepat 12.30 . Ngam ngam makcik aku habis conference dia . Anjang aku datang dengan ank buah dia , which is Ain . Sebab kena bawa dua kereta . Jauh jugak perjalanan Kuching ke Samarahan . Which is 40 minit la kalau naik kereta . Aku bantai tidoq . 


End up dah sampai Samarahan . Anjang ajak makan dulu . Sepanjang aku dekat sini , nak order makanan memang aku yang paling lambat sekali bila nak order .


Teh Beng Pandan ** betul kot 

Mee Kolok 

Aku order Air Tea dengan Mee Kolok Goreng sebab tu Signature Dish dorang . But Recommended ! sedap weyyy . but not paling sedap . Nanti aku update , ada lagi yang paling sedap aku makan . Ha Ha . But mee yang atas ni aku habiskan . 

Lepas makan , kitaorang ke homestay . Senang nak bergerak bila stay kat rumah sendiri . 
Malam tu takda aktiviti apa pun . Just rest and well . 



13 September 2019 (Jumaat)

Bangun lambat for today . Haha . Decide nak pergi Samariang Waterpark lepas solat Jumaat . Before that main masak masak dulu kat rumah . Anjang nak jugak masak untuk kitaorang semua . 

Then lepas solat . Terus gerak ke Samariang . Little bit lambat sikit . Yelah nak handle kanak-kanak berapa ramai . Perjalanan nak ke Samariang tu kemain jauh nya pun . tersengguk-sengguk tido lagi aku . Destinasi kat sarawak ni bagi aku , semua satu tempat ke satu tempat sangat jauh k. Tak dekat macam kita zoo taiping dekat Taman Tasik je. 



Muka aku tak make-up >,<



Samariang Waterpark 

Kitaorang datang pada hari Jumaat gais . Dahtu pukul 3.30 pulak tu sampai sini. Kau jangan expect yang orang ramai . Kereta kat parking masa tu cuma kereta kitaorang je dengan kereta semua staff . :D 





Tiket masuk sini tersangat berbaloi bagi aku 

Dewasa : RM 30.00 
Kanak-Kanak : RM20 
Orang Tua : RM20



Gambar dekat dalam waterpark ni takda banyak sangat . Normal la mana mana kalau pergi waterpark , takkan nak bawa phone dengan basah kena air . Korang boleh google . Tak semu slide kitaorang boleh main. Sebab masa memang tak cukup. Ohh dorang tutup waterpark ni pukul 6.00 petang ok. Masa kitairang sampai pukul 3.40 baru dapat masuk then berapa jam je dapat main semua tempat . Ohh ya . Tiket yang korang dapat tu boleh redeem makanan free dekat kafe. 


mak je ada gamabr ni 

tunggu dapat tiket


tak cukup ahli

nak naik tapi tak sempat 


pintu masuk 





tu je yang ada . Tunggu Yicam sampai kita shoot dalam air pulak k. Okay dh pukul 5.30 masa tu decide terus nak tukar baju sebab takut tak sempat pulak kalau tukar lambat . Malam tu kitaorang ada dinner dengan Family Sarawak . So sementara nak tunggu malam tu sempat la ronda ronda dekat Kuching Riverfront 




muka mandi takpuas






dah puas jalan jalan kat riverfront tu . Terus pergi restoran untuk makan malam . Actually makan malam dengan YB Samarahan which is salah seorang ahli keluarga aku . Kakak kepada Paknjang aku. 















Malam tu aku dapat rasa makan 'Midin' which is macam pucuk paku . Rasa dia sedap weyy. Aku sorang je makan untuk group meja makan aku. Memang dibahagikan makan meja sendiri macam tu. Dewasa meja dewasa , orang lebih tua meja satu group . 


ikan siakap sweet sour , udang goreng tepung , midin belacan, sup sirip yu+ketam, ketam goreng
and up lagi satu aku lupa . Beliau macam sotong but bukan sotong.



sumpah semua sedap . Sampai 3x tambah nasi . Tersandar kenyang but bersama family is the best better kan tapi tu lah family yang lain tak ikut takberapa best . Kalau ada ayah and semua yang lain mesti lagi riuh dah aku rasa . 


Okay . lepas makan . Terus balik rumah . bersambung esok pulak .


Nanti aku update lagi ok. 



Part III

Culture Village Sarawak & Muzium Kuching yang ada kucing besar 




xoxo