Tuesday, 17 August 2021

pengalaman ambil lesen kereta auto ( kena tukar cikgu )

Assalamualaikum 

Hai dah lama aku tak update blog. Last entry aku 2019. Lama betul . Since PKP ni and why not aku share dekat orang pengalaman aku ambil lesen memandu diusia 28 tahun T_T ( ya daku tahu dah lambat) but is better late than never kan . 

tercetusnya idea aku nak ambil lesen ni sebab aku senang nk pergi kerja (masa tu)l la , aku senang nak bergerak kemana-mana . betul jugak cakap parents aku why not take my own license and bolehh pergi berjalan jalan .


07.02.2019

aku pergi daftar dekat salah satu institut memandu dengan ibu aku ( sebab ayah taktahu) . Aku daftar sesorang weh takda sorang pun aku kenal . Then terus masuk kelas 6 jam T_T. tersengguk sengguk dengar ceramah . Nasib cikgu yang explain tu oke ,tak bosan . Aku duduk depan sekali konon rasa paling cemerlang la masa tu . 


09.02.2019

Ujian komputer day! which is kena ambik dekat Myeg .Sama ada pergi sendiri atau kena pergi dengan orang yg uruskan dekat pusat memandu tu. selalu kalau yg jauh dorang tolong bawakan . Masa ni muka aku konpiden teruk . '' dah ready ke ??'' mak aku tanya . ''dah'' . berbekalkan keyakinan aku , so aku lulus ! HAHAHA. sebab  ramai aku baca dorang kena repeat ujian tu . so aku lulus cukup makan . 42/50 . Alhamdulilah settle bab tu.

konon balik rumah nak suprise ayah aku . hmm ayah buat muka sardin je . cisss.

masa ni aku dah dapat Lesen Belajar Memandu which is (Lesen L ) . Then ayah tanya bila nak start belajar . Punya la aku excited terus esok tu pergi .

datang waktu pagi . kena tunggu proses bayaran and dorang tengah arrange kan aku dengan cikgu yg akan ajar aku . 


cerita bermula


aku dapat cikgu lelaki . oke fine . Aku harap dia oke la mengajar . dia suruh aku masuk kereta . then dia cakap kereta yang dia nak ajar aku tu minyak abis . then dia bawa kereta tu pergi isi minyak , aku dah tak sedap hati dia pandang aku atas bawah atas bawah. Then dia patah  balik pergi pusat memandu . Dia suruh aku tukar tepat duduk , aku driver ( korang nak tahu tak yang sebenarnya aku takpandai memandu LANGSUNG ! ) WHAT DO YOU EXPECT ?! terus aku pandai even aku amik lesen even tu auto . 

takpe aku bawa jugak . kiri kanan kiri kanan aku bawa . then ada sampai part dia tunjal kepala aku ! awak ni tak reti bawa kereta ke ? lah dia cakap mcm tu . 

Malam tu aku cakap dengan ayah . nenangis nak tukar cikgu ! nak cikgu perempuan . Esok tu ayah aku datang ke pusat memandu dengan aku sekali .


okey alhamdulillah ayah taknak panjangkan kes aku 


so dapat tukar cikgu! bapak best ! sampai cikgu tu cakap aku is the best student dia ngajar . hahaha


ok , so the point is aku dapat Cikgu M ( nickname la akubagi) , perempuan ok . So first thing first ya dia tanya aku boleh drive ke tak ( and me said NO!) then dia yakinkan aku cakap aku boleh bawa . and aku first time drive terus pergi Bukit Merah! ya awloh . Jalan lama ya . bukan highway . aku bawa lambat (kura-kura pun gelak agaknya T_T ) 

okey dah sampai institut balik . aku disuruh praktis di Litar which is Latihan Praktikal di Litar KPP02 (5 1/2 jam) merangkumi Selekoh 'S' , selekoh 'Z' , mendaki dan manuruni bukit , memarkir sisi , pergerakan tiga penjuru dan tanjakan . 

rasanya no need aku explain mcm mana semua latihan tu boleh google sendiri. Aku praktis for all tu total 3 hari semua . 

Then Latihan Praktikal di Jalan Raya KPP 03 (10 jam) - yang ni best sebab aku boleh keluar berjalan jalan . at the end kita boleh pilih nak jalan A atau B tapi tidak untuk masa hari JPJ . 

seterusnya ujian QTI (30 minit) - and aku pass ! 


21.05.2019 - Hari JPJ


beria aku bangun pagi sebab JPJ aku start pukul 8 pagi . nak terkencing nak makan nak baca doa tido nak segalanya semua ada . gelabah tahap dewa . Mak aku teman masa ni . tapi aku suruh balik . 

memula kitaorang kena buat RSM dengan RPK . masa batch aku semua kena buat serentak which is 10 sekali (lega) . and my turn last sekali T_T .

lepas dah settle semua orang buat RSM dengan RPK . start untuk praktikal ujian Praktikal II & III (JPJ) . semua kena tunggu turn dekat bawah khemah . sorang sorang aku tengok muka . ada yang senyum tu sebab dorang lepas and lulus lah . kot yang muka masam tu kena repeat . 

sampai turn aku ( tengok keliling semua da balik ) 

aku start dengan Praktikal II ( muka takut cuak semua ada ) . bismillah . Aku start enjin ..fuhh hidup beb . kereta yang aku bawa tu aku suka . sbb aku dah biasa bawa dia masa latihan . Semua part Selekoh , naik bukit tu aku pass and rupanya masa aku buat semua ujian tu Cikgu aku perati ! seronok dia cakap aku pass ! T_T . 

Then sebelah petang dah start untuk jalan raya . aku dapat pegawai JPJ yang da berumur sikit but its better kan . kang dapat yang handsome mau gigil aku bawa. 

selama ni expectation aku yang pegawai JPJ ni sombong nak mati ! uka berlagak padahal tak pun (maaf all JPJ) hahaha . Aku tanya dia nak explain tak tentang RSM '' awak last kan''? emm takyah la saya da letih , 30 orang tadi saya dgr , :P haha ! 1 point aku dapat ! Then , aku tanya ak jalan yang mana A atau B sebab semua calon tadi dorang pegawai JPJ lain yang bagi . Pastu lagi best da jawab suka hati lah jalan mana awak nak , jangan balik rumah sudah .  


Then dalam pukul 5 camtu aku dah abis semua ujian . Slow and steady aku bawa dengan yakin ! hahaha . Alhamduillah lulus ! Trun dari kereta aku jerit dekat cikgu aku ! Cikgu !!! LULUS ! hahaha gelak gelak pegawai tu . 


maybe aku punya entry agak membosankan tapi aku harap dapat memabntu korang yang baru nak ambil lesen macam aku . Ya aku penakut tapi kadang kadang ni untuk persediaan if kita kecemasan kena drive sendiri . Tapi tula if ada lesen Auto kita takboleh bawa manual . but itsokey daripada tak tau langsung . 

kenapa takda gambar ?? sebab aku ambik lesen 2019 . so phone aku tukar then all gambar aku hilang , skrg dah 2021 . hopefully aku boleh activekan balik . Doakan aku rajin dan istiqamah ! HAHAHA..



OKE SAMPAI SINI SAHAJA ENTRY AKU . 

HOPEFULLY AKU BOLEH SAMBUNG PART III (sarawk trip ) 


xoxo

-aida-