Assalamualaikum ,
Ingat tak hari tu dah updated pasal trip ke Pulau Tioman , kali ni nak story pulak pasal trip ke Macau ! eh eh Malacca . . eh eh ...ok melayu MELAKA . .
hari tu yang trip ke Pulau Tioman under for subjek Marine , then this time untuk subject 'Guiding' pulak . . bunyi nya macam nak guide tourist la cenggitu kekdahnya...
so kitaorang satu kelas pergi pada 25-27 March 2014 (isnin - rabu)
gerak pepagi tu dengan pendaftaran dekat lobi ,
malam sebelum tu baru aku kemas beg segala bagai , hangkut beg packs tu ..si Farah boleh je bawa beg nak balik kampung gayanya...huhh =.= aku je yang dah terbiasa dgn back packs ...cisss. ..
yang atas tu masa pendaftaran
yang ni pulak tentative ke Malacca
Okey masa kitaorang semua dalam bas tu , dah ada 'Tour Guide' yang uruskan kami semua ..so actually dia macam ni , satu tempat tu akan bertukar-tukar "Tour Guide' , so setiap group akan bertukar tukar jadi tour guide , setiap group akan ada 4-5 orang ahli . . Check it out!
#Group pertama
*Dee , Wani , Neyna and Suman ( Taman Botanical Melaka)
dorang punya start guide daripada poly lagi , so Madam Yana a.k.a Mak Tiri aku dah bawa keluar phone Note 2 dia nak amik markah , *kenapa mak tiri ?? haa , baca sampai habis
sampai melaka dalam pukul 12 cenggitu then terus p ke Apartment kitaorang dekat sana iaitu De Mawardah Apartment , letak letak beg terus p lunch dekat dekat dengan Apartment . Sampai dekat kedai makan sudah sedia pun kitaorang punya lunch , yang ni melibatkan AJK Makanan . Setiap orang ada jawatan dia tersendiri bukan sekadar menjadi Tour Guide .
Time dekat melaka , setiap satu bilik ada dua ahli
Bilik Utama ( sama je semua bilik ) *okey tukar , Bilik depan Madam Yana sesorang
Bilik Kedua , Sue and Dee
Bilik Ketiga, Niza and Nad
Bilik Keempat , Aida dan Farah
Bilik last sekali , Mas and Ira
ni katil Queen
ni bahagian belakang , ada peti ais
ada dua toilet , so takde berebut sangat
ni lunch kitaorang hari tu ( Gulai Lemak dengan Taugeh)
okey lepas makan dah kenyang-kenyang , let's go to Taman Botanical
lepas dah dengar taklimat daripada Tour Guide maka kami diberi peluang untuk menaiki basikal untuk mengelingi satu Taman , best . .Pengalaman yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila #naik basikal dengan classmate dan juga Madam !
2 choices Buggy or Bicycle
Cik Rara
walaupun kaki sakit =_=
Madam Liyana
Semua dengan basikal memasing kau
pisssshhhh, yang belakang tu !
Tour Guide
Haaa, lepas semua dah puas menunjukkan skill kekonon pandai bawa basikal tu . .
turun basikal semua muka letih macam panjat gunung , hihi . . tapi we are enjoy for riding basikal
hashtag #naklagi +_+
berjalan kaki ke . . . . .
Muzeum Lebah !!! hang tau dak lebah pun ada muzeum , lepas ni jangan terkejut kalau nyamuk pun ada muzeum tapi pasal denggi la. . *okey taklawak. .
Muzeum lebah ni sebelah je dengan Taman Botanical ni , so tidak mengenakan sebarang bayaran pun kalau masuk dan korang boleh tengok semua jenis-jenis madu yang ada . . tapi peringatan Sila cuba madu yang dicampur tongkat Ali , sedap weh ! hihihihih. .
adik -adik jangan ikut aksi kakak berdua nieh .. Hahaa
yang ni bahagian luar muzeum , bahagian dalam muzeum satu pun x snap sebab semua nak merasa madu . . Lol ! so malas nak snap picture , masa ni kaki dah start sakit balik . haipppp! shhhhhh. .
okeyh , lepas ke Melaka .. kitaorang ke Mydin untuk makan malam .
so , jalan-jalan di Mydin tu cari tempat makan ..masa ni semua dah berpecah p cari makan sendirik ..
Aku , Farah and Dee , ehh sorang lagi Madam Yana satu group haa kau , siap bergroup lagi pergi makan dekat foodcourt , tapi jalan-jalan kejap dekat Mydin tu. .tak beli pa pe pun haaa... >,< tahan nafsu sopin!
Next Guiding ! Zoo ! Melaka ...
okey ni Zoo Melaka ni kali pertama aku masuk , sebelum ni Zoo Taiping depan umah dah selalu sampai free je kot nak masuk , jemu nengok badak ...
then zoo Negara tempat P-Ramlee dating dah masuk gak dah ...
haa kali ni zoo Melaka pulak ...tapi kitaorang masuk sebelah malam... ohsem!
#GroupKedua
Kak Zaini , Eida , Niza and Nadya (Zoo Melaka Night Safari)
yang nak masuk zoo ni pulak aku yang exsaited tapi tak berapa nak tunjuk sangat , sebab tak pernah masuk kan , Alahh ! sama je pun semua binatang ..lain la kalau korang eksaited nyamuk , lipas semua serangga dalam zoo... =-=
ada animal show
kak zaini pegang ulor ! *lari dulu aku
saya tak ada T_T
ha amik kau
tak da jugak ==''
haaa , lepas dah puas nengok semua binatang dalam zoo . Maka dengan itu habis lah percutian di melaka ...eh eh eh , untuk hari pertama. . :)
lepas pergi zoo , ada yang balik apartment untuk rest. . penat wei . .
Balik apartment bukannya terus tido , sempat lagi melantak ...
penuhkan perut...hihiih...sahur sahur...
yang tak tahan , madam pun join sekali . Hahaha...
*next entry
BACA BOLEH COPY JANGAN
No comments:
Post a Comment