Tuesday, 28 April 2015

Tanggungjawab

Assalamualaikum 

T-A-N-G-G-U-N-G-J-A-W-A-B

haaa, tanggungjawab. Semester lima , aku diberi tanggungjawab untuk mengalas jawatan sebagai Ahli JawatanKuasa Usrah RAPI PMS .

bagai ditimpa batu 20 kilo , *taktipu
yelah, tiba-tiba datang perjumpaan rapi hari pertama untuk perjumpaan pertama semester baru tiba-tiba nama naik jadi AJK Usrah, mau tak terkejut, padahal baru je sekali jadi Naqibah pada semester tiga dulu . . 

''Kak aida sebagai AJK Usrah Muslimat ''
''OK ??'' 
''InsyaAllah . ''

'' Hafiz AJK Usrah Muslimin''

lagi bagai hempap lori simen ! dengan tak kenal nya, boleh ke nak tolerate, haihhhh =,=

Tapi alhamdulillah, dah abis semester pun 
sebagai AJK Usrah aku rasa dah cuba sedaya upaya buat yang terbaik untuk RAPI. 

Ramai yang tanya macam mana aku kekalkan perjumpaan dengan anak usrah seramai macam tu sampai habis sem , actually usrah aku yang aku sampai kan simple. 

ni aku senaraikan LIMA BELAS CARA buat usrah.  

1.    Naqib dan Naqibah haruslah mempunyai cara yang tersendiri untuk menyampaikan usrah .

2.    Naqib dan Naqibah perlu memberi usrah atas tajuk tajuk yang sesuai, jangan terlalu memberi tazkirah dengan topik yang terlalu ‘tinggi’ ( contoh : topik  haji , zakat : akan membosankan pelajar )


3.    Lebih kan kepada tajuk-tajuk yang ‘simple’  dan selitkan dengan nasihat
: contoh : pergaulan , aurat , cinta kepada Allah , Couple , ibu bapa )

4.    Naqib dan Naqibah haruslah korban kan waktu dan masa dengan melakukan riadah dengan anak-anak usrah  dgn melakukan aktiviti :
ü  Jamuan ‘potluck’ bersama anak-anak usrah  ( di Tasik PMS , di luar kawasan poli).
ü  Ajak anak-anak usrah dengar kuliah.
ü  Berjemaah di Pusat Islam bersama anak-anak usrah.
ü  Buat group whatsapp bersama anak-anak usrah.
( buat jadual bersama anak-anak usrah dengan salah seorang daripada harus menyampai kan sesuatu topik setiap  hari , bertukar-tukar topik  . selitkan unsur ‘ one topic for sharing to caring with us’)

5.    JANGAN anggap anak usrah itu adalah satu beban kepada kita ( Naqib dan Naqibah)

6.    Banyakkan menggunakan bahan-bahan yang mampu menarik minat anak-anak usrah seperti menggunakan slide show, melukis dan penceramah jemputan.


7.    Cara menyampaikan usrah haruslah yakin , ceria and ‘have-fun’ , senyum . anggap anak-anak usrah adalah rakan kita ataupun adik-adik.

8.    Cuba lakukan usrah ATLEAST  dua kali seminggu
( 1 kali seminggu pun sudah memadai )

9.    Ambik berat terhadap anak usrah   ( tanyakan  kerja mereka , tanyakkan  masalah mereka )


10. Tidak semestinya hanya menyampaikan usrah di Pusat Islam ( cuba lakukan di Luar kawasan pusat islam untuk persekitaran yang lebih baik ) :
·        Kedai makan
·        Tasik
·        Surau
·        Library


11. Jika pelajar tidak dapat datang untuk  perjumpaan , jangan ‘paksa’ jangan gunakan istilah untuk mengugut
( contoh:  tidak mahu mengambil peduli tentang pelajar tersebut)

12. Banyakkan program di luar kawasan Politeknik Muadzam Shah.

13. Perlulah membuat pertukaran waktu kelapangan waktu bagi Naqib dan Naqibah.

14.  Cuba bertegas sekali sekala , bertegas tak semestinya garang dengan anak-anak usrah . Guna penekanan yang baik dan harmoni.

15. Cara penyampaian usrah yang terbaik akan disukai oleh pelajar. Usrah kita cara kita .




***************************************************************************************************


Farewell Party 
Tasik PMS
tarikh tak ingat , haha


adik-adik perempuan saya

order saja

''akak , tak pernah penat layan karenah kalian semua , study elok-elok. belajar rajin-rajin..

tengok masa depan masing-masing

thanks for being my sister's

''kenapa pilih akak jadi Naqibah korang ?
Entah, tergerak hati nak pergi kat akak ....HAHA

ingat

Usrah dah abis TAPI hubungan akak dengan kalian takkan pernah habis , INGAT

planning asal memang nak jumpa budak-budak ni , tapi hari tu jugak ada rehersal event . sebab esok akan diadakan event kitaorang jugak. ''Diluak mati bapak , ditelan mati anak'' 
dah tu ? dua-dua penting aku kena pergi , tapi thanks dekat fara ...aku berlari-lari. kejap ke event kejap kesini. 

 Usrah dah abis TAPI hubungan akak dengan kalian takkan pernah habis , INGAT


ya , akak tahu yang akak garang dengan kamu semua tapi jauh disudut hati tak berniat pun. 
tq sebab jadi anak-anak usrah akak, maaf sebab tak sempat nak habiskan silibus...

semoga kamu semua berjaya dunia dan akhirat =)

xoxo



Monday, 27 April 2015

#SpeckyGirls Birthday !

assalamualaikum, 

sengaja aku asingkan entry ni, sebab ni entry khas untuk dua budak bertuah tu iaitu ahli Group Speacky Girls . Dee dgn Farah 

Nurul Hidayah Esa (1/04/2015)

haaaa, memang dah plan lama dengan Fara . . Nak buat apa for birthday budak kecik ni , punya plan plan decide nak bawa g makan kat jentayu ja sebab hari sabtu cofirm budak kecik tu nak ikut keluar p pasar . then decide nak  buat kad sekali ! gigih tau , anggap tu assignment last kitaorang berdua siapkan kad! petang-petang semua penghuni kamsis tido , kami berdua gigih buat kad ! *hiks ! 

simpan taw , nanti dah ada anak boleh tunjuk kad anak and husband balik . muehehe. . 


ikhlas dari hati kami berdua untuk awak dee ! :)

dah puas rotate , still terbalik!


Okey , takda apa pun yang diharapkan. 
cuma : 
Terima kasih sudi jadi pendengar masalah
Terima kasih sudi jadi penyelesaian masalah
Terima kasih sudi jadi kawan terbaik
Terima kasih sebab selalu ajak and cuba something yang baru
Terima kasih untuk semua Hidayah Esa .  *sedih nieh lap hingus!

Farah Amirah Ishak ( 18/04/2015)

Ehem ehem , yang ni pulak ! birthday specky yg kedua haruslah di planning dengan dee , takkan dengan fara pulak . . Plan asal nak bawak dia g makan kat KFC ! tak menjadi sebab mak si fara datang sebab nak angkut barang-barang dia nak balik for cuti sem . 

#plankedua ( Pergi bandar dgn dee then beli kek , sambut dalam bilik fara ) *ok cun ! 

hahaha , yg birthday fara ni  mmg kelakar . pagi tu whatsapp dgn dee , 
''nak g bandar tak ??''
'' taknak, kirim kawan je lah beli kek '' 
''ok''
''akak! jum g bandar , lapar ''
''hahahaha, jum! ''

mesej lah dengan si geng bodyguard JKM guwa , heee 
keluar makan dengan dorang , g beli kek then g pasar . . 
singgah bilik dee sebab nak balut hadiah fara sebab baru beli ''selotep'' kat bandar. HAHAHA. . 

''fara! awk buat apa ''?? *tak reply !

15 minit ! 

''baru bangun tido ! ''
''nak datang ? makan pavlova ...
''datanglah....''

haaaaaa, ok sangat tu

punya nervous dengan dee kat tangga blok fara , padahal bawak kek je pun! hahaa, so suprise menjadi :) *Thumbs UP! 

tak sempat nak buat kad birthday for farah tapi kitaorang belikan dia kad dengan hadiah sekali =) 

lap air mata 

-FARAH-
kek boleh sama pulak macam mak farah belikan . haha

Okey , takda apa pun yang diharapkan. 
cuma : 
Terima kasih sudi jadi pendengar masalah
Terima kasih sudi jadi penyelesaian masalah kedua 
Terima kasih sudi jadi kawan terbaik tergila haha
Terima kasih sebab selalu ajar for those subjek-subjek yg i olssz lemah
Terima kasih untuk semua Farah Amirah .  *sedih nieh lap air mata 


okey dah ! tq for everything and hope persahabatan kita sampai seven eleven
tutup!


semester lima kejap sangat

assalamualaikum. . .

lama aku tak updated kan ? 
rindu nak berblog balik , sampai ada lah seseorang kawan aku ni tanya
''tak updated blog dah ke ?? '' haha. . ni ha , tengah up-to date! 

actually semester lima ni ,tough sikit la bagi aku , sebab semester ni kitaorang ada subjek yang kena menguruskan event , subjek principle management , and of course accounting of tourism. sobs sobs . 

nanti aku akan ceritakan jugak macam mana aku sambut birthday girl #speackygirls dua orang tu ( Dee and Rara ) and pasal RAPI sedikit iaitu pasal aku dilantik sebagai AJK Usrah dengan menguruskan 'anak-anak' seramai 42 orang --' sendu guwa 

semester lima ni , aku ambik subjek  English , Tourist Behaviour , event management, principle management, accounting, errrrr...tak ingat dah, ada lagi ke tak --' 

so, untuk batch kitaorang JPH sesi semester ini , kitaorang bersepakat membawa berkat dengan mengadakan ' Karnival pelancongan JPH ' , haaa, dengar macam gempak. so better is it ok laaa , semua smoothly. tipu la kalau kata takda yang bergaduh, bermasam muka, maki hamun, and semua tu kan. dah nama pun event. tiba-tiba aku teringat masa kat UiTM dulu , untuk subjek event jugak :( RINDU

aku ditugaskan sebagai AJK Makanan dengan dee and ada lagi beberapa orang. Nak masukkan gambar tapi beriban gambau dia yang hado . so, aku pilih masukkan satu je lah --'


satu sudah lah . Last moment bila dah selesai semua

keseluruhan event , alhamdulillah semua yang dirancang ok. 
untuk subjek-subjek yang lain, macam biasa takda buat event pun tapi adalah test-test-quiz-quiz it's normal la kan ! hope semua lulus . Doakan hakak aida taw! 

#next entry ! 
prank birthday dee and Rara :)