Sunday, 31 July 2016

My Convocation Day ( Diploma )

Assalamualaikum 

dah lama kan tak update blog , actually sebab yang utama tiada cerita yang best pun nak share dengan korang . 

baru -baru ni aku telah selamat berkonvo , ya hampir setahun and baru konvo T_T

21 Julai 2016 ( Khamis )

bangun pagi tu dengan keadaan aku demam , selsema batuk semua cukup . Allah tarik nikmat  sihat sebab terlalu exsaited nak konvo kan . so aku lemah gila masa tu , then pukul dua ayah hantar pergi stesesen bas , bas ke TBS pukul 2.30 but kita merancang allah uji aku lagi , bas aku sampai almost 3.30 . Ya 3.30 aku tunggu tercongok dengan stesen bas tu , and kebetulan ada seorang kakak ni nak naik bas sama gak dengan aku . cuma destinasi dia lagi jauh la , dia nak ke Bandung , Indonesia and flight dia 11 malam . Sampai TBS dalam pukul 9 , nah bayang kan lah akak tu terkejar-kejar nak naik LRT bagai ke KLIA . masa tu aku fikir kalau aku ada kuasa superhero kan bagus , HAHA :P

Okay ,setelah bersalam dengan akak tu . Aku pun bawa haluan pergi tunggu dekat subway sebab nak jumpa makcik aku kat situ . Then terus balik kajang , tak beli makan apa pun sebab aku dah lemau masa tu. Malam tu lepas rehat mandi semua , makan ubat terus aku tido sebab keesokkan bas ke Muadzam Shah pukul 9 pagi . 


22 Julai 2016 ( Jumaat )

Selesai solat subuh terus aku siap-siap , sebab nak hantar makcik aku ke UPM and hantar Isy ke Taska . Then baru pakcik aku hantar ke TBS . Sampai TBS terus cari toilet sebab masa tu rasa nak muntah , batuk , sakit dada semua ada . Then dapat panggilan dari dee 

'' ada mana kak ? ''
''TBS "

mata melilau cari dia sebenarnya 

nah , rupanya
''Kami satu bas ke Muadzam ''

sabar je la , suprise sangat kan 

then, dah check-in semua and masa atas bas nampak kelibat Iqbal (geng BNJB) aku 
angain jumpa iqbal . hahaha

sampai seremban , nampak ama and eida . Satu bas jugak ke Muadzam . Lepas rindu dah dekat Ex-roomate masa tu T_T

Dah sampai Muadzam 
ajak Iqbal and Dee makan , lapaq bak hang . Walaupun mulut aku pahit tak lalu nak makan apa pun aku kena makan jugak , sebab puan Ibu dah bebel dekat telefon and mesej tak berhenti . 

Our First Selfie at Jentayu Kopitiam

and beli barang and kasut dee terus balik ke poli sebab kitaorang stay dekat kamsis  . Masuk poli almost dalam 4.30 macam tu and rara tak sampai lagi . kitaorang terus berpecah 
(dee amik kunci and me pergi bilik alin nak pinjam iron) masuk bilik heaven gila masa tu , penat jangan cakap lah bawa beg berat gila and boleh rehat kejap sebelum even malam tu (Malam Pra Graduation untuk semua graduan) .

and pukul 5 macam tu , si farah amirah pun tiba . Haha , lagi penat dia sebab lambat sampai and masa tu aku and dee dah gosok baju and dah dapat rehat walaupun kejap. 

so , dah pukul 6 petang and semua decide nak siap-siap awal . and pukul 7.50 kami turun ke Poly Bizz Mall tempat dimana Pra Graduan di rai. 



actually turun makan pun sebab dah bayar , kalau diikutkan memang tak larat nak turun langsung . Muka tak ceria and bengang sebab cabutan bertuah tak dapat . HAHAHA

and masa tu dah pukul 10 lebih macam tu , decide nak pergi kafe sebab dahaga sangat-sangat , dekat makan malam tu just air sirap jer . Mana la boleh hilangkan haus . hohoho

And malam tu just rehat and borak-borak three of us , hilangkan rindu and tido bertiga for the our last moment together. pukul 2.30 pagi jugak la baru dapat tido . and orang yang last tido adalah fara. 

23 Julai 2016 ( Sabtu )

Bangun pagi and sesiap semua document and terus pergi mendaftarkan diri untuk berkonvo, ruapanya boleh tahan payah gak ek nak konvo ni , kena istiadat-istiadat bagai . Semua settle dalam pukul 9 pagi macam tu . Ehh cepat pulak , then decide dengan fara and dee nak sewa kereta for separuh hari sebab nak shoot Pra-Konvo. Nasib ada kereta yang nak disewa , and terus call my junior which is Ain minta tolong dia jadi Photopgrapher kami bertiga.

Ready ! 

jom


















kira hebat la juga si Ain ni bidik gambar konvo kitaorang but yang edit tu aku la , cost larik so edit sendiri . Haahaaa . Then , bawa si fara ke Tasik Biru . teringin kekdahnya sebab sepanjang study kat Muadzam beliau tak pernah pergi , so kita bawa dia . 





Ada lagi gambar -gambar Pre Konvo kami tapi biar la simpan sebagai kenangan peribadi .
Terima kasih dekat ain sebab layan kerenah kami bertiga yang annoying kuat gelak. hahaha. 

Pukul 2.30 petang ada rehersal konvo kekdahnya. Dah penat masa tu nak g rehersal pun lemau semacam , Hahaa. Habis rehersal dalam pkul 6 macam tu terus balik bilik . Dah lembik sangat aku masa tu , nasib la solat boleh jamak. So tertido masa maghrib and Dee cakap dalam Group BNJB ada mesej , The boys ajak makan dekat kafe . and memandangkan aku teringin sangat nak makan nasi kukus kafe so aku gagah jugak turun sebab seharian tak makan apa apa langsung . Hebat rasa masa tu T_T .Tapi seorang lagi takda masa malam tu , which is Proff a.k.a Hafiz Johari . Dia yang mesej tapi dia yang takda . 

Biar Nakal Janji Berakal


dua orang takda which is Fitri and Hafiz . Fitri ada masa ni tapi sebab 'orang rumah ' dia ajak makan so dia ke meja lain . *macam pelik ayat aku , gasak lah :D

Dah makan Dah sembang Dah boomerang and semua dah . So naik kebilik and rehat rehat apa yang patut sebelum konvo sebenar adalah esok. Masuk bilik pukul 12 mcm tu sebab pergi ke bilik Ain dulu settle gambar mana yang patut. Hew Hew .

Masuk bilik gosok baju and tudung yang nak pakai masa konvo and semua rehat and tido awal . Awal ke ehh ?? Pukul 2 lebih gak laaa T_T


24 Julai ( Ahad )

The day was is today . Bangun seawal 5 pagi sebab nak berebut bilik mandi and then semua full . Dee and fara ajak mandi di aras bawah which is aras 2 and we are stay aras 3 . Turun naik sebab nak g mandi . kang ada sejarah tercipta budak nak konvo tak mandi T_T

Dah siap solat subuh , siap pakai jubah , make-up and semua dah rapi . Maka turun lah kami semua gerak ke Dewan Kuliah tempat di mana semua graduan ditempatkan untuk berbaris masuk ke dalam Dewan Besar Poli. 

Masa tu aku gelabah jugak , mana taknya dengan pass ibu bapa tak bagi lagi dekat parents. Dengan kasut aku dekat mak lagi tak tukar. Nasib ada makcik aku yang sudi jadi runner tukar kan kasut aku masa tu :)


Nur Khaleeda Bt Abd Rahman ..............

kaki aku melangkah , ya aku bangga .kini aku seorang graduan and alumni Politeknik Muadzam Shah . setelah masa lepas aku dulu aku kecundang , kini aku mampu bagi ibu segulung Diploma . Ya orang pandang Diploma je , tapi mana lagi teruk dengan SPM je ?

jangan pandang rendah dengan graduan politeknik and kami semua berbangga dengan usaha sendiri :) 

untuk semua family yang sokong aku dari belakang 



and muka bangga ada pada wajah mak ayah aku, ya anak dia kini dah konvo . and hope lepas ni aku dapat sambung lagi pelajaran aku and dapat menjadi seorang pendidik. Aku tahu allah ada aturkan rezeki untuk aku dan aku kena terus berdoa . Allah suka hambanya yang meminta . :)






My convocation



ada jugak gambar konvo aku ni , boleh tunjuk dekat anak cucu nanti . Hahaha

moga seorang aida mencapai cita-citanya dan boleh menjadi seorang yang berguna untuk keluarga , keluarga mertua dan semorang ! :) 








xoxo
Aida Rahman


No comments:

Post a Comment