Assalamualaikum
.
Hi korang ,
Since dari
last november aku update blog , maka hari ni terbuka pintu hidayah nak update. Hahaha
sebenarnya nak cerita pasal hari keluarga yang berlaku pada bulan Disember
lepas
(22 disember 2016) . You know what , supposedly all my family was a
‘family yang tegas’ erti lain nya sebuah keluarga yang bersifat serius dalam
semua hal . dia punya konsep kau tak boleh nak bergurau senda mengunakan
perkataan yang boleh mencarut . Like ‘’babi’’ , ‘pantat’ and ‘’puaka’ contoh k
contoh . Dilarang sesama sekali . And my unty yang dekat sarawak tu ada boleh
so boleh la buat aktiviti macam ni . I’m proud with all my family. Ohh lupa bagitau , hari keluarga ni sebelah keluarga mak aku .
Sebelum
Dalam group whatsapp rahsia
Me : apa
kata this year kita buat family day . which have a game . air dalam botol ,
gula gula dalam tepung. Oke dak ?
Typing....typing....
My unty :
okey , setuju . boleh jugak idea tu .
My unty yang lain typing .....
Okay boleh
gak ....
************************ starting preparation **********************
Baju T-Shirt Seragam
Sebelum nak
buat sesuatu event haruslah ada persediaan yang banyak dan rapi. Tak kisah la
kau buat event apa sekali pun. So , aku ditugaskan untuk menempah baju untuk semua ahli keluarga *nak nangis
dan aku mula menelaah facebook , ig shop and twitter nak cari mana yang boleh buat baju untuk semua ahli keluarga yang murah2 . And tetiba teringat kawan sendiri ada buat baju utnuk segala acara . and dia stay dekat JB ok. gigih la minta tolong , alhamdulillah baju siap 2 hari lagi nak hari keluarga .
Senang
berurusan dengan kawan sendiri ni , sebab masa tu dah terhad sangat (seminggu)
dia berjaya siapkan and semua ahli keluarga suka dengan baju yang aku tempah tu , memasing awal lagi dah pakai and lepas ni nak buat untuk
majlis kahwin pulak kaww . Settle !
Hadiah
Hadiah pun
penting dalam sesuatu majlis . Alah untuk seronokkan kan lagi majlis je
sebenarnya . Hadiah ni untuk hari keluarga kali ni, Makcik aku yang sarawak
tu yang uruskan. Tapi pergi beli sesama
jugak. Kitaorang cari dekat kedai RM2 and buat hamper tu sendiri . Senang kalau
dapat makcik yang dah pakar bab bab ni . Jimat pun Jimat . So settle.
Tempat
Tempat
pulak memasing banyak idea . Yelah memasing akai nak berjalan lebih . Caitttt.
Ada yang suggest dekat Melaka . ada yang suggest dekat Teluk Senangin Lumut and
last not least idea mak aku jugak yang diterima . Kitaorang buat dekat Taman
Tasik Taiping ( depan rumah) T_T. Senang nak ulang alik ambik barang . hahaha
Makanan
Yang ni pun
penting jugak , dah kalau kau buat event mesti kadang kadang tujuan utama
adalah nak datang makan jer kan . *alah jangan nak membongak. Dua hari sebelum hari keluarga, baru terfikir nak makan apa . Nak order catering macam tak
berbaloi sebab family kitaorang kecik (masa ni lah) which is tak sampai 50
orang . Masing-masing tengok hang aku . *tingg!! Aku bagi idea dan diterima .
Aku yang suggestkan Nasi Ayam Puan Ibu . :D , semua setuju sebab senang , tak
leceh nak masak banyak lauk . just ayam and soup include sos sos nya sekali .
habis kau semua nasi dengan ayam . ( lebih dua ketul)
**********************
22 Disember 2016 / Khamis
Di pagi yang hening kala ayam berkokok , puan ibu dah mula masak nasi ayam . Sebab nak fresh makan takda la ayam tu lemau je and tak sedap pulak nanti. Nak bersiap satu hal , nak kejut tido lagi satu hal . Beria la semua bersiap , pung pang pang pung. Pukul 11 jugak keluar rumah pergi taman. Cuaca masa tu alhmadulillah okay , tak panas sangat . Sampai sana terus cari 'port' nak duduk dekat mana . Setting setting barang semua , kita amik
' family photo' dulu .
Banyak jugak acara yang dipertandingkan masa hari tu , mau taknya . Macam macam idea dari zaman sekolah lagi keluar.
antara acaranya ialah :
Membawa bola ping pong dalam sudu
mengendong ahli kumpulan
'' passing '' getah straw
bawa belon berpasangan
Anak mencari ibu
Bola beracun
Lari ikat berpasangan
Bowling buah kelapa
Isi air dalam botol
4 x 100 meter
Mencari gula gula dalam tepung
lari itik.
Actually aku cuba nak meng 'grid' kan gambar ini , namun tidak berjaya sebab banyak sangat gambar and photo editor aku pun tak berapa nak okay . So, kasi upload je lah yeaaa....
And ofcourse , kumpulan yang menang adalah kumpulan aku .
Black Panthers = 135 markah
Mighty Duck = 110 markah
Hello Kitty = 85 markah
nombor 3 |
champion |
no dua |
So keseluruhan hari keluarga aku samgat sangat best . Masa nak ambik gambar seluruh ahli keluarga masa tu , kelihatan langit cemburu dengan kitaorang . Cuaca gelap menandakan hujan akan turun. So , lepas dah settle penyampaian hadiah . terus snap gambar and balik.
it's a wrap ! |
Oh yaaa , aku ada buat pakej bercuti termurah . Nanti sis update untuk entry akan datang okay! waiting !
Situs Judi Slot Online 2021 1xbet korean, DANA BESMI
ReplyDeleteSitus Judi Slot Online Dan Terpercaya 2021 #1 deccasino Daftar 1xbet Situs Slot Online Pragmatic Play, slot88, pragmatic choegocasino play dan slot88.