ASSALAMUALAIKUM
hampir seminggu aku pergi trip penang ni . Niat dah lepas balik dari trip ni terus nak update sebab takut lupa nama-nama tempat and nama jalan . Tu paling takut sekali , tapi apakan daya . Angan angan mat jenin semata-mata . Aku tak update pun sebab ada hal yang tak dapat dielakkan gittuw. InsyaAllah , aku cuba ingat balik ke mana aku pergi masa trip ni.
Sebenaqnya trip ni tak dirancang pun . Ehhh , ke rancang ? Ohh , ya aku pergi dengat BFF aku a.k.a kembaq aku la , nak tengok perangai aku , gaya aku , haa tgk minah ni. Aku pergi dengan Fazlin .
** Throwback chat what'sapp sebulan sebelum.
Fazlin : Kak doa laa kot bulan 2 kita g perak taw
Me : Okay , takkan nak berdoa . Datang je laa
Fazlin : kot ado duit den tumpang kawan den .
Me : datang jo la , kot takdo duit makan dekat umah den . kalau keluar kita bawak bekal .
Then , panjang lagi . Malas taip .
25 february 2017
Dalam masa yang nak tunggu tarikh dia datang tu , Aku dah dup dap dup dap takut tak jadi datang . Taknak la bagi harapan kat diri sendiri , kang eksaited sangat takut dia tak datang. And tiba-tiba kitaorang bertiga ni teringin nak g penang. Aku ni nama je berjiran dengan Pulau Pinang tapi dah lama tak datang . Since , last aku datang pergi bertunang pakcik aku. ehhh , g masuk umah tunang dia terus balik. Takda pulak rombongan meminang terus jadi rombongan sekolah sebab aku teringin nak g Bukit Bendera . T_T
Okay , hari yang si alin ni datang . Mak aku dah beria masak macam macam sebab takut la tetamu nak datang umah kang takda apa nk makan . Prepare awal-awal dah, siap pakej ada kek birthday . Sebab masa tu birthday si alin. Then, lepas da sampai .Dah rehat bagai ,rasa rugi tak bawa minah tu ke Taman Tasik walaupun masa tu dah dekat pukul 7 malam . Orang dah nak balik kau gigih bawa orang nismilan datang tasik. Just datang semata-mata selfie dekat signboard then balik rumah. HAHAHA. * nanti datang lain yaa.
26 february 2017 - Penang
Penang! Apa yang best ? Bagi aku penang ni tak lari daripada jem dan sesak kereta ! selain daripada syurga makanan yang sedap . ohoi , dia punya sesak sangat mencabar keimanan walaupun bukan aku yang drive . Sedang menikmati jem kereta tu , mata terbaca-baca signboard sambil tangan pegang 'waze' yang bengong. Since, dah lama tak guna waze . Waze aku boleh tunjuk GPS di Jitra Kedah! siapa tak marah . kau pun pelik apasal nak pergi Bukit Bendera sampai 90 KM ( dari Jitra ) hampeh. Ok, dah puas bebel takda siapa yang dengar. First place yang kitaorang pergi mesti lah Bukit Bendera. Taknak la buang masa . sebab kitaorang ada dua hari untuk jelajah penang. Itu pun tak cukup.
Lepas dah melepasi jambatan pulau pinang kedua . Aku suruh alin bukan waze . Sebab waze dia yang elok pun. Then, sampai satu selekoh tu kitaorang jadi ''blur" . Masa tengah tunggu lampu trafik light '' buka tingkap , ada kereta polis kat sebelah. '' Aku suruh alin guna kebolehan yang dia ada. And yes ! polis tu tunjuk jalan yang betul. .
Bukit Bendera
Dah park kereta and turun la kami bertiga *** jap! aku tak cerita lagi kan siapa lagi sorang?? Okay , si alin ni tumpang kawan dia . Mean kawan dia tu dah jadi kawan aku dalam masa setengah jam . Hahah . Tiga-tiga kepala ting tong.
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-Kanak : RM3
Warga Asing
Dewasa : RM30
Kanak-Kanak : RM5
Okay, nak menunggu giliran naik kereta kabel tu azab jugak la. Sebab kitaorang pergi hari Ahad. So, kemain panjang barisan nya pun. Sesungguhnya , kami dalam golongan orang-orang yang sabar. Sebab kalau dah tak sabar dah lama beli tiket yang 'Fast-line' punya . Alah tak berbaloi RM30 . Rugik! sama je train pun . Bukannya kau naik atas puncak tu dengan guna helikopter.
|
non-edit |
Elok je turun dari kereta kabel tu kan . Aku cakap dengan alin '' Menyesal gilaaaaa tinggalkan Nikon dalam kereta ''. T_T
It's okay . Kita guna Iphong pun cantek what . but not mine. Then , boleh tahan mengah la nak jalan jalan atas tu . Besar jugak kawasan dia , ada taman - taman tertentu. But kitaorang cuma fokus dekat dua benda . Iaitu :
|
still counting |
|
kakak adik abang |
tempat ni lah . Sedih tau tengok dah ramai yang datang sini then ambik gambaq sedangkan kita nganga saja . Dah la nganga tengok gambaq depa then kena 'Like' pulak tu. :(
Love lock apa tah . Yang macam dekat korea tu . Sampai jugak hajat . Gila tak happy ! pergi pulak dengan BFF kau . banyak gak la yang kitaorang snap kat sini . sebab takda orang nak guna tempat ni. buat muka sardin je amik gambaq lelama kat sini. hahaha. Nampak je gambar ni cantek kemain posing , tapi panas ya amat.... tapi alhamdulillah tak hujan :)
Misi kedua .
Dah puas snap snap kat situ . Ohoiiii , tekak dahaga . sebab cuaca memang panas . so cari kafe . Actually kafe ni dekat dengan 'Love Lock ' tu jugak.
|
Tiga orang adik-beradik makan |
|
Tak habis - Manis ! |
Makan benda ringan - ringan je dulu sebab dah terbayang nasi kandaq kat bawah sinun! Just order Onion Ring , Twist Fries , Cendol and Abc . Tak habis , kitaorang bungkus bawa turun makan dalam kereta . Hahaha . Jumlah harga tak ingat dah weh . Tapi bawah RM20 tak silap.
Then, dah makan. Ingat nak teruskan meneroka tapi semua tempat yang kami nak masuk kena bayaq . So, not this time . Nak turun pun kena beratur taw. Cuaca pun masa tu actually dah mendung tapi tak hujan lagi.
|
Nun jauh- Bukit Bendera |
Lepas dah turun dari Bukit Bendera . Masa tu dah masuk Zuhur , decide nak pergi cari masjid and tiba-tiba aku teringat Masjid Kapitan Keling ! So, bukak la balik ' Kawan Baik Kitaorang ' yakni Waze . Then , Jumpa !
Masjid Kapitan Keling
Subhanallah . Indah ciptaan manusia . sememangnya cantik . Bersih . Landskap pun lawo weh . Tak Silap pada waktu malam pintu pagar dorang kunci sebab takut pelancong tido dalam masjid kot.
|
Ehsan Google |
Ada gambar aku dalam masjid . Tapi tak perlu lah tunjuk . Baik aku tunjuk gambaq aku solat sekali. Cukup la sekadar pengetahuan nak solat kat mana . :)
Dah solat , lapaq balik! HAHAHAHA. trip ni makan je kerja :P
Bukak balik waze . Kami google Padang Kota . !
Padang Kota
pusing -pusing kot tu je penang ni sebenaqnya . Dekat sangat . Tak sampai 15 minit bukak waze dah jumpa . Kitaorang ni kira bernasib baik kerana mudah dapat parking . hikhik.
Cari foodcourt yang berhadapan dengan pantai . Asal boleh and ada pasembuq kami bedal saja . Guwa dengan alin la yang pi pilih benda benda pasembuq ni . Driver kami ?? Kami bagi rehat dan ditugaskan jaga beg . Hahah . Jangan terkejut kalau tiba tiba je korang disergah dengan semua peniaga , sebab memasing nak promote gerai makan dorang . huhh . memang saingan hebat beb.
|
Syurga Makanan |
Dah pilih pilih tadi . Ni la hasil dia !
pinggan kosong ada snap, nak tunjuk malu la pulak sebab licin. Hahahaa
Pasembuq - Rm17 tak silap ! ehhh maaf kalau salah.
|
pipi apo kembung alin ouii |
Lepas makan kitaorang pergi balik ke Masjid Kapitan untuk Solat Asar . Keluaq masjid masa tu pukul 5 petang . And next destination is Penang Art Street!
Penang Art Street
Lepas solat asar di Masjid . Apa lagi mari lah kita menelaah 'Waze" . Hahaha
So, waze punya waze . Jumpa dah penang art street ! dekat je ( 10 minit) . Then , cari parking . Masa jalan nak ke art street tu tiba-tiba ada seorang pakcik ni .
'' adik , nak sewa basikal ?''
' haaa ? berapa pakcik ? ''
ikut jenis basikal . and basikal kitaorang pilih boleh naik bertiga . So ON kan saja.
''basikal kitaorang berharga RM20 '
Pakej naik basikal ni dapat dengan peta arah untuk ke tempat tempat dinding bergambar yang ada di situ. * macam lain je ayat aku . ehhh
|
contoh peta . Ehhh bukan contoh , mmg macam ni peta dia |
Aku cakap dekat alin . kalau kita bertiga masuk explorace , lepas tu ada permainan kena snap semua gambar berdinding . Cofirm kita kalah . Sebab kita TAK JUMPA ALL ART STREET ! gerammmmmmm. Infact masa tu kelam bin kabut sebab nak hujan . Sobs Sobs . but atleast dapat pergi and snap dua tiga art jugek . bersyukur please ( T_T )
|
yang ni yang utama - nasib jumpa L_L |
Sedang elok mengayuh basikal . Then tengok langit , dah berangin-angin mendung nak hujan gelap semua ada dah . Apa lagi , speed kayuhan basikal bertambah ! X0X0
Nasib sempat masuk dalam kereta walaupun dah renyai - renyai sang hujan . Ok titik !
decide dalam kereta . Nak tido ke tak Nak tido ke tak Nak tido ke tak
Okay . kita tido penang . So ? Mana mungkin tido dalam kereta .
searching hotel lah !
ada dua tiga hotel jugak lah yang kitaorang cari . Yelah nak cari yang murah murah je tapi atleast selesa . i did not say yang kitaorang ni berduit tapi atleast kita nak yang selesa untuk tido which is selamat untuk stay , yang mana ada security ada cctv and all of us dapat rasa benda tu selamat . Turun naik kereta , cari cari cari cari hotel . And ! we found it ! which is Hotel Tune Penang . Selesa kau .
Siap tunjuk jenis bilik lagi reception dekat hotel tu sebelum kitaorang check-in . Very humble ! thumbs up ! hotel tune penang . Lima bintang ***** .
So , we check in and rest for a while .
************************
Kitaorang bertiga lupa yanggggggg
dari siang tadi , tak makan nasi lagi ! heyyyy
padan la lapaq . so bukak waze and
cari balik Masjid Kapitan . Sebab Nasi Kandaq yang paling sedap ialah Nasi
Kandaq Beratur sebelah masjid and bukak pukul 10.00 malam -sampai habis .
|
menyesal mintak nasi separuh T_T |
Lepas dah licin pinggan nasi kandaq kau makan . teringin nak tengok laut .So, pergi ke Padang kota balik and tengok laut =)
|
muka puas jumpa laut |
|
kembaq |
|
spotted me |
Tak silap jam masa tu dah dekat pukul 11.30 kot . Maaf kalau salah info , terus balik ke hotel and rest cukup -cukup . Rest ??? dengan alin arabi kau nak rest ? tak dapek laaa. Tunggu dia pejam mata baru dia diam P__ P . *( aku tahu alin akan baca post ni ) hahaha.
set alarm pukul 6.30 . Doing as usual la kan . You know what , kalau kat rumah lepas solat aku akan tido balik kejap and dekat hotel aku Tak Tido !!!! dongar alin punya ceghita . It's okay , layan la sebab kawan tu datang dari jauh . =)
Pukul 9.30 kami check - out hotel dan bergerak ke destinasi seterusnya , akan bersambung ....
** kitaorang amik bilik hotel dua bilik okay . Nak tahu pasal bilik Hotel Tune Penang , sila check google okay ( sebab aku dah lupa ) T_T
~ to be continue ~
XoXo