Tuesday, 14 March 2017

Trip to Penang II : Wonderfood Museum


ASSALAMUALAIKUM 

Kita bersambung pada hari kedua aku di pinang . Ehhh , penang . 

Selepas kitaorang chek-out . Alin dah cakap awal-awal dalam kereta yang dia nak pergi bank . Infact dalam masa yang sama nak sarapan jugak . So, pergi lah sarapan dulu . Perancangan Allah lebih hebat rupanya . Alhamdulillah bank yang alin nak pergi dekat dengan tempat sarapan kami . Memang berhadapan . So lepas pergi bak terus sarapan dekat . . . . . . Okay tak ingat  T_T 


dalam bulatan

roti bakaq telur leleh


Rupanya roti bakaq telur meleleh version orang penang dengan perak lain sikit. Kalau dekat penang depa ada tambah buh gula pasir dalam 1 sudu macam tu kat tepi pinggan . Kalau dekat tempat aku takda lagu tu . Tempat hampa ??? Rasanya not bad la , sebab manis kan . Aku habiskan roti tu je . Ikut kan nak order roti canai teluq , Nasi Lemak . Tapi ilekk. Sebab kau datang pun dah pukul 10.00 pagi . kenapa cepat sangat orang penang sarapan ? dah tu tinggai la kat kami sikit pelancong-pelancong ni . Merajuk dengan orang penang . 

Sesudah sarapan ( macam sesudah subuh)  T_T  , kitaorang ukut plan asal . Di mana nak pergi wonderfood museum . Buka waze and jumpa ! 


Wonderfood Museum 

Masuk muzium makanan pada hari isnin . Siapa je yang nak masuk melainkan kami . Di saat orang lain tengah bekerja dekat office , rilek je kitaorang masuk muzium dengan takda orang. Dilayan seperti princess gittuw dengan staff-staff . Hahaha . 

Sebelum tu aku nak minta maaf takut la gamabq yang aku buh ni banyak sangat . Tapi nak share jugak . Kot anak-anak cucu nak baca and untuk tatapan orang yang bakal ke muzium =) 

This is not big ! The biggest is inside 


Pintu masuk 



Makan tak habis 

Nak makan nenas pun jenuh dikk

taknak beralah

Lauk nasi kandaq 

tak habis 4 tahun

chef awak 

chef diri sendiri 

Semua replika makanan dalam muzium ni menunjukkan makanan yang ada di asia dan juga makanan untuk pelbagai jenis budaya , di mana ada China dan India . Sebaik sahaja korang melangkah masuk ke dalam muzium akan dipamerkan pelbagai jenis makanan , ada lauk nasi kandar , Nasi lemak , laksa , cendol . 








Muka alin sejahat abis nak pekena aku 


Satu perkara yang terbaik dalam muzium ni adalah , semua makanan dalam ni menunjukkan seperti makanan itu nampak keadaan betul dan benar . Bila kau nampak laksa depan kau tpai kau takboleh makan , sedih rasa . Dia dibuka pada 21 November 2015 oleh MR.Sean . Aku sendiri tahu pasal muzium ni dari facebook . So, aku suggest dekat alin. And dia pun setuju. 






semua benda dalam bilik ni adalah emas betul! makanan yang termahal di dunia 

tak sedap . Basi dah tapi haus 



mee keras tak dap


satu perkara yang wajib anda tahu . Benda ni betul terjadi pada aku . Sebelum masuk muzium ni . aku caangkan lebih baik korang makan dulu . Kalau tak terliur wehhhh . Serius. Actually ada lagi gambaq tapi aku simpan buat tatapan aku lah . Ni just yang menarik untuk aku share dengan korang . untuk yang terakhir korang akan jumpa dia ni 


terperanjat gila aku - menjerit lagi T_T



WonderFood Museum
Address: 49,Lebuh Pantai, Georgetown 10200 Penang
Contact: 04-2519095
Business Hours: 9am – 6pm Daily, Last admission at 5pm
Fee: MyCard adult RM15, Children RM10, Senior RM10
Foreigner adult RM25, Children RM15 



jangan tinggal guwa

Lepas dah keluar dari muzium . Masa tengah berjalan berpimpin tangan indahnya suasana di masa itu . Ternampak satu pameran kanak-kanak istimewa then masuk la tengok-tengok kejap . Dah keluaq si alin nak beli jeruk pak ali . Singgah kat kedai utama jeruk pak ali and perut lapaq ! kami singgah ke Nasi Kandaq Line Clear . 

Tak habis  T_T , sebab bagi aku kurang sedap . Nak upload gambaq pun malas. So sampai di kamunting pukul 5 lebih and solat di masjid untuk membahagi kan harta . Hahaha . 

Alin sampai kat rumah aku kena makan lagi . Sebab puan ibu dah masak nasi minyak dengan ayam masak merah . Then dorang pun balik ke Nismilan . 

itu je lah pengalaman aku di penang dengan kembaq aku sorang ni . InsyaAllah bulan 4 aku trip ke penang lagi tapi dengan orang lain pulak . Jom Siapa nak ikut ! teman aku please.













No comments:

Post a Comment