Friday, 11 November 2016

food review : melepak di ' lepak kitchen' taiping

hi korang , 

aku sebenarnya buntu nak menulis macam mana entry untuk food review ni , dah lama hazabedah kot tak buat . Rasa jakun nak menaip pasal makanan , malu pun ya jugak . Mana tak nya kot-kot makanan yang aku review tu bagi hampa tak sedap and tak okay tapi aku beria-ria promote. 

so, malam ni adik aku la yang cadangkan makan dekat sini sebab dia kata dia dah 2-3 kali datang sini makan . Sebagai kakak yang misali , kena la cuba makanan yang dia kata sedap sampai dia dua tiga kali datang makan tu . Actually , dah lama aku dok dengar pasal
 ''Cafe hipstur '' ni . 


Nama Cafe : Lepak Kitchen 

Nama dia sesuai dengan persekitaran yang ada which is kerusi dan meja yang sesuai untuk melepak , parking senang and ada band yang menyanyi . gittuw . ( macam aku makan tadi , band tu nyanyi lagu '' sayangku kapten mukriz '' ) **fefeling aku makan nachos '' hahahaha 


penuh (sampai ada yang berdiri nek menunggu meja ) *Aku la tu Y_Y


tajam kan mata korang (nampak band tengah menyanyi)


Makanan

Sebelum tu aku nak minta maaf kalau entry makanan ni buat korang terliur ,dah nama pun makanan siapa yang tak suka . Kan . So , check it out makanan dorang prefer : 



Air yang aku order adalah : 

1. Apple Suam (tanpa gula) for both of my parents 
2. Orange Juice (adik) 
3. Ribena Laici (me ) 

yang orange dengan apple tu tak perlu la aku komen but my Ribena Laici tu is ohsemmm!!
dorang campur kan Ribena + Laici + Lemon + Soda = sedappppp . 



Kuew Tiau Goreng ( 4/5 bintang) 



Kuew tiau goreng ni ayah aku yang order sebab ayah jenis yang tak suka western food . Sedap jugak kuew tiau ni pun , cukup rasa and masin . 



Nasi Goreng KDK (5/5 bintang) 





Nasi goreng KDK ni, adik aku yang suruh aku order sebab dia pernah makan dah . So, aku tanya la KDK tu apa ? dia bagitau KDK tu ' Nasi Goreng Kedai Depan Kubur ' . Tiba tiba aku rasa menyesal order . Dah order nak buat lagu mana , makan gak la . Nasib baik sedap hang! Actually dia macam paprik but not paprik . ( Ada ayam goreng , ada sayur-sayur and telur mata ). Dan dan aku tengok depan kedai , sungguh adik aku tak muhong ( depan kedai memang tanah perkuburan islam ) X0X0



Spageti Carbonara and Fried Fries ( 4.5/ 5 bintang )


Carbonara tu untuk mak aku , meriah betul kuah carbonara tu . Pasaipa hampa tak kedekut weh. siap ada udang , kepah , ayam . Kuah dia pekat-pekat dan memang sedap untuk yang mengemari makan spageti . Kentang goreng tu takkan nak review jugak , melampau la kot noh . Rasa macam hampa goreng kat rumah je lah . but kentang goreng sini kalau goreng bagi garing lagi , lagi best :D 



Nasi Goreng Grill- Chicken (4/5 bintang) 



Kalau tak order yang pelik tu bukannya nama adik aku la , dia mmg kalau bab bab order yang nama nama pelik ni dia suka . Grill chicken ni not bad rasa dia . Nasi tu rasa macam nasi ayam pun ada gak. Siap ada coeslow tau , tu pun ada wedges lagi . (kenapa hampa baik sangat ) hahaha 



Nachoss (5/5 bintang ) 



untuk nak kunyah-kunyah sebelum makanan utama kau sampai , aku suggestkan benda ni korang order . Rasa dia , amboi babab kang ! sedap sangat awak ni . Ada tomato ada daging lagi . sedap ! saya suka awak :D Tak sampai 15 minit habis . 

Dekat sini macam-macam makanan yang korang boleh order . Ada Chicken Chop (RM5) , ada lamb chop and makanan seperti pulut mangga (side dish yg best , tapi tak sempat aku rasa )  mee goreng , mee hailam pun ada gak . And aku tak sempat nak snap menu book depa , amboi cepat betul dia datang amik order .

Servis dia mmg terbaik , dah la orang ramai . Aku expect dapat makanan almost setengah jam or sejam but not . Kira cepat la jugak bagi kedai yang ''full'' macam tu . Makanan pun sedap , hampa robot ke wehhh . Hahaha . And aku tak nampak ada pekerja perempuan (kot aku yg rabun tak tau lah ) , aku nampak all staff lelaki . Sebelum aku datang sini aku tengok feedback dekat facebook (semua kata staff handsome ) amboi korang , cuci mata ekk . 



Rate : 4.5 / 5 bintang 
servis : 5/5 bintang 
makanan : 5/5 bintang 
kebersihan : 4/5 bintang 


dan yang paling penting aku mesti datang lagi sebab nak cuba makanan lain pulak ! Tahniah sebab bukak cafe yang macam ni . Korang yang nak datang boleh ke alamat ni : 

Jalan Taman Kaya, 
Taman Sungai Mas,
 34000 Taiping, Perak, Malaysia 

( tak jumpa jugak hampa guna ''waze '' ) 



Sunday, 6 November 2016

Spritzer Eco-Park Taiping

Assalamualaikum

Spritzer Eco-park ? aku kalau dengar 'spritzer' ni memang bayang kan air mineral yang sedap and very freshie malah tersangat lah segar bila minum tambah lagi bila kau dah letih berlari 200 meter kah kah . 

so , yesterday such a boring day ! so my ipar ajak ke ''Spritzer Eco-Park '' di Air Kuning Taiping . Rasa bersalah jadi orang taiping but tak pernah pergi langsung , lepas ni tak la malu sangat nak bawa budak selatan datang sini sebab dah pernah pergi . 




So, bila hampa turun dari kereta hampa semua akan nampak perkataan gergasi ni 


peta perjalanan hampa nanti 


Nak masuk eco-park ni free of charge , tak perlu kena bayar pun . Antara tarikan yang ada dekat sini adalah Heart -lock , 18-hole mini golf , kafe dan cactus rock. 


pintu masuk utama

Cactus Rock

Cactus rock ni dah tua usia dia , bertahun - tahun -tahun lamanya almost 200 tahun kot . bentuk dia kind-of -look macam cactus and maybe sebab tu dia dapat nama sebagai ''rock of cactus'' . Staff disini kata boleh buat hajat , but as muslim takpayah la kita buat noh . khurafat dik . :) 




Heart-Lock

Heart-lock ni istilah kepada ' ku kunci cintaku untukmu di kunci mangga ' Hahaha
siapa yang datang berdua dengan pasangan tu boleh la ''kunci'' kan cinta korang dekat sini , well sama macam yang dekat Bukit Bendera tu , siapa kunci cinta dekat sini umpama cinta korang akan kekal selamanya . 




Forever  Love

bukan yang cheq na

18-Hole Mini Golf

dekat sini kalau rasa-rasa nak menjadi seorang pemain golf yang berkaliber dan berwawasan tinggi boleh la try and test cuba mini golf dekat sini * apa ayat aku tu T_T

starting on hole nombor 1 hingga 18 , sambil-sambil korang pukul bola golf tu boleh la berjalan-jalan makan angin di sekitar nya . sejuk damai ada bunyi air terjun lagi . 

Masa ni aku rasa menyesal sebab tak bawa baby Nikon sebab memang cantek , shoot wedding pun okay for me :D 

harga for Mini-Golf :

Dewasa : RM 12.00
Kanak-kanak : RM 8.00
Warga emas : RM 8.00

percuma bola golf dan botol air bola golf
Tambahan harga RM 4.00 untuk bola yang kedua atau bola tambahan

RM 25.00 jika penukul bola golf tidak dipulangkan balik 



boleh la nak belagak macam orang orang kaya main golf :




Landskap Eco-Park 




boleh la hampa selfie berkonsep kan love forever gittuw dengan pakwe engko kalau datang sini 




kayu kayu or papan papan yang aku pijak dalam gambar atas tu adalah kayu yang digunakan masa landasan kereta api pada zaman dahulu dimana landasan kereta api yang pertama dibuka di taiping .



ibu mertua awak 

girl girl


dekat sini jugak kalau korang lapa , ada disediakan mini cafe dan tempat lepak yang best malah tenang .

1. Entrace free ecopark 
2. tempat lepak yang boleh relax-relax sementara tunggu ibu ibu korang shopping 
3. kedai cenderahati
3. pintu masuk ecopark 









so untuk hampa yang datang ke taiping boleh la singgah ke sini , laluan dia ke dalam sikit yea .  


 Located at Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak.
Spritzer Ecopark
Operating Hour: 9am – 9pm Daily

Visit to Spritzer Natural Mineral Water Bottling Plant

Operating Time : Mon – Fri (11am & 4pm) , Sat (11am)

Email: info_ecopark@spritzer.com.my



happy birthday 24th (II)

assalamualaikum 

tak plan pun nak update blog entry birthday sampai kuasa dua gittuw , selalu aku buat ''prank'' kat family sendiri but now kena kat aku balik . Jumaat lepas masa nak makan malam , puan ibu beria masak macam macam sudah tu siap bekas kemain beno lawa . And masa tu bengang dengan along aku dgn bini dia sebab sampai rumah lambat , aku dah la lapar benau nya pun . so aku dok dendiam dalam bilik tengok muzik muzik and along pun masa tu dah sampai . 

bila puan ibu suruh aku keluar , aku taknak keluar >,< sebab protes dah la lambat nak makan , perut masa tu amboi . Then , aku pun keluar bilik . Pusing belakang abang aku tengah sengih sengih pegang kek warna pink T_T  *terharu i olz . 


mentang la aku photographer >,<



Cantik kan , sumpah sampai sekarang rasa sayang nak makan . why so nice :D 


perancang yang baik 



my supporters 

Terharu gak la aku pun , dah lebih seminggu baru nak celebrate . hmmmm


nampak (sayang kot nak makan ) 


tu je la entry kali ni , 

and stay tune for entry Spritzer Eco- Park soon ! 






Saturday, 29 October 2016

happy birthday 24th

Assalamualaikum 

29 October 1992 // 11: 55 pm 

Lahirnya seorang budak perempuan yang mukanya iras iras seperti anak cina sebab beliau bermata sepet dan mata kecik macam tak bukak mata . Seringkali aku dikatakan oleh abang dan adik yang aku anak angkat sebab mata sepet and keding T_T . Mereka tidak duga bila aku dah besar bakal comel dan ayu sebegini rupa . Ngeh Ngeh 

29 October 2016 // 00:05 am

umur budak tu sekarang sudah menjangkau duapuluhempat tahun , semoga hatinya tabah untuk masa akan datang , semoga rezekinya ada untuk masa depan , semoga hati dan dirinya dijaga oleh seseorang yang mampu menjaga hatinya . semoga dirinya terus Istiqamah sebagai seorang muslimah yang mampu manjaga nama baik ibu dan ayahnya , semoga beliau terus taat pada sang pencipta-Nya . Doa yang baik-baik insyaAllah yang datang pun baik-baik . Masa lepas '' terima kasih untuk pengalaman yang baik serta yang kurang baik '' . Yang mana aku tersinggung hati , aku minta maaf . bertambah umur maka bertambah dekat aku dengan kematian . Dan usah tanya aku pasal jodoh , aku jadi trauma benda ni , sebelah ibu aku ada dua orang menanti giliran nak kahwin . so lek lu , hahaha . ( yang mana rasa dia jodoh aku , datang la dengan meminang terus ) atau pergi ke IPD Taiping buat appointment jumpa sarjan rahman . *kalau berani laaa :P


Masa depan '' InsyaAllah dipermudahkan '' . Aku percaya ada sesuatu menanti aku dihadapan sana .Sekarang aku umpama seperti berada di dalam gua yang gelap dan sedang mencari arah untuk mencari cahaya yang tersembunyi . Walaupun bunyi cliche . Hahahaha 

okay dah la nak sesedih ni , hari tu masa birthday aku. Ramai la yang wish dekat Facebook , Instagram , Twitter, Whats app , Wechat  . 



yang ni wish dari whats app 



from twitter 

from awin 

mesti korang ingat macam apa lah sangat setakat wish then copy letak dalam blog kan ? rasa macam benda sia sia aku buat . but for me not , benda ni yang aku buat untuk hargai orang dalam hidup aku , yang stay dalam dalam kehidupan seharian aku . Tak kisah lah walaupun reminder calendar facebook tu mengingatkan and keluar setiap facebook korang. tanpa effort korang tak wish gak kan . so i'm happy :) 

yang ni pulak aku copy status all my friends dekat fb , nak screenshoot semua banyak sangat . Maaf , ini yang diantara wish 


Happy Birthday
happy bufday
selamat ulang tahun kelahiran sahabatku
Selamat hari lahir
hb
happy bornday
Happy birthday kakak ku syayang... :)
Happy Birthday 🎈🎂🎁
happy birthday nenek
slmt hari kelahiran
Happy bufday may Allah swt bless u
Epy besday awakkk
Sannah helwah ya ukhti...
Fil barakatillah dunya wal akhirah...

Selamat hari lahir :)



and the last thing , thanks for all wish . Aku hargai sangat , semoga aku lebih matang dan gedik sikit tu takpe kot noh :D 


si penulis yang malas menaip tapi suka menulis 
Happy Birthday to dear self . 
I hope you can be more stronger and you will be happy forever .



Instagram : nhaleedarayman (boleh follow ) aku suka update resepi yang aku masak 
facebook : Nur Aida' Khaleeda Rahman 
Twitter : AidaIeyda

Friday, 28 October 2016

the last day in Krabi


Assalamualaikum 

Akhirnya , entry di krabi sampai juga pengakhiran . So lepas dah kemas beg-beg malam tu terus tido sebab penat sangat kekdahnya . Letih pergi pulau , jalan-jalan pekan ao nang sampai lewat malam . hihihi >,< 

Bangun pagi tu set jam pukul 6.30 tak silap. Then dah siap pakai T-shirt event di krabi ni so kitaorang tunggu di Lobi and sementara tu ''Tourist Guide '' kitaorang uruskan check-out. And sempat la bergambar di depan hotel , tapi tak ingat dah pagi tu aku breakfast bubur ayam sebelah hotel ke tak . hahaha . 


Gerai bubur sarapan pagi - Sedap 

Sementara tunggu nak masuk van

Cozy Place Hotel
( betul betul dekat dengan pekan Ao Nang ) 

Dah settle urusan check-out . Then bergerak pulang , sedih jugak lah terpaksa tinggalkan krabi . nice food nice place nice island . Tiba -tiba van berhenti di satu kawasan macam RnR but not really RnR , singgah makan ais krim kelapa . Sumpah sedap *actually i'm not person yang makan buah nyior ( kelapa ) but entah bila campuq jadi ais krim macam sedap pulak . 

tangan siapa pun aku tak tau >,<
( ni la ais krim tu )
ni la kedai dia

Okay , dah dapat ais krim tiba-tiba 

''ehhhh , macam kesian pulak gerai tu takda orang datang , jom tengok dia jual apo ''


Westar ( Fried Chicken )
hahahaha , nak patah balik malu . So beli la sebab nak rasa *nasib baik sedap . 
And menyesal sebab pulak sebab beli sedikit, masa tu dah naik van T_T 

De Crab Van Krabi 


Pemandu pelancong berhenti untuk singgah di De Crab Van Krabi , yang otak aku fikir '' ohh maybe ada makan ketam , bestnyaaa '' . Sekali ketam yang datang boleh makan kau . T_T


pesisiran laut 

tak ke beso ketam tu 

pencarian model 1956

our trip classmate 

1 van bersamaan 12 orang
and our van include seorang lec >,<
yang topi merah tu '' Tour Guide '' 

Dah sakan posing sana sini . Bergerak ke tempat kedua which is Hatyai . sebab sambil lalu nak balik tu jumpa tempat tu . 


Pasar Terapung Klong Hae (Floating Market) 

Singgah kejap sebab nak shopping soucaniour  souvenir untuk family . Dekat sini pasar boleh tahan murah harga dia . Banyak jugak la kitaorang shopping sebab nak habiskan duit Baht . Nanti dah balik Malaysia duit tu dah tak guna. Beli baju sama dengan dee and rara . Beli makanan makanan makanan and makanan . Hahaha 

Gerai gerai makanan dekat pasar ni comel sebab mereka jual barangan mereka di dalam boat , cute taw dengan berpayung and murah >,<

rambang mata nak pilih 

boat boat kecil 
Actually banyak gambar tapi aku terpaksa ambik dua tiga empat je , sebab banyak sangat nak upload nya pun . tapi aku share jugak sikit -sikit . sorry . 

tu model aku 



This cute girl sangat menyentuh aku . i don't know apa hubungan dorang ni samaada adik dengan kakak atau pun sahabat baik . Aku doakan mereka ni kekal happy bahagia sampai ke besar . Suka sangat tengok . *dorang tak perasan aku ambik gambar . 


Hampir sejam macam tu berkumpul balik dekat van and bergerak untuk ke pintu masuk utama Thai- Bukit Kayu hitam . Sedih dah masa ni , dengan nak nak tinggal encik driver . hahaha , sporting kot . Tak kedekut wifi . pasang lagu kuat kuat . pasang aircond . Layan karenah kitaorang berdua belas dalam van . Nangis gak la sikit (farah nangis banyak ) jangan bagitau dia . :P 

Muka aku >,<

rindu 

Maka dengan itu , dah sampai di border pass and berpisah sudah dengan Thailand . One day aku akan datang balik dengan sesiapa yang aku suka . Hahaha 

and naik bas poli sebab masa tu Encik Din and Abang Madi dah tunggu , singgah makan di mana tak ingat and sampai poli pagi tak silap . 

The best trip ever .



- Al-Fatihah untuk Allahyarham Abang Madi -