Lepas family day hari tu , keesokkannya kitaorang bergerak ke Ipoh untuk cuti-cuti di sana pulak . Stay umah anjang , bergerak 4 buah kereta . Berhenti lunch di Restoran Teringat Lenggong kejap .
satu talam + nasi + air 1 jug = RM20 |
muka kenyang |
sebelum tu singgah rumah kawan makcik kejap untuk ambik tiket masuk ke MAPS . Kitaorang beli tiket lebih awal .
18 December 2018
Memula decide nak pergi themepark tu pepagi hari . But last decide , kita masak lunch awal dulu , makan bagi kenyang baru masuk sana . Sebelum masuk makan nasi lauk ayam kurma dua pinggan , mau tak kenyang T_T . haha . Around pukul 2 lebih macam tu baru gerak ke sana , tak la jauh mana . kitaorang stay area tambun so nak ke MAPS tu dalam setengah jam .
Waktu Operasi
ISNIN hingga JUMAAT
10:00 pagi - 6:00 petang
SABTU, AHAD , CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
10:00 pagi - 10:00 malam
** food outside not allowed
orang dewasa yang eksaited lebih |
tiket masuk |
yang membezakan gambar dua tu , aku dengan adik je . tengok je lah
my mum |
Park Map |
so disini ada 6 theme zone dalam MAPS : Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone, Fantasy Forest Zone . Pepandai la korang bahagi kan masa . and kesemua permainan dalam ni adalah free but roller coaster and rumah hantu kena bayar RM15 per person . Dua tu je kena bayaq .
show schedule |
sampai dalam ni terus dorang nak naik roller coaster ( bedal je la eja ) . Dorang naik , aku support kat bawah . T_T .
memang takkan naik natang nih |
dah dorang lama sangat nak tunggu turn naik benda alah tu aku ajak sepupu aku , Alya jalan-jalan berdua . Kemain lah, dapat kakngah yang kaki bergambar . Nasib dia je lah melayan .
tak larat nak OOTD dah |
MAPS juga ada menyediakan perkhidmatan sewa stroller , rain cover dan electric vehicle . Harga seperti berikut :
STROLLER
SINGLE : RM30
DOUBLE : RM50
RAIN COVER
RAIN COVER (S) : RM10
RAIN COVER (D) : RM25
ELECTRIC VEHICLE (ECV) :
PER-DAY : RM70
dah jalan jalan dengan alya tadi , terserempak dengan adik and sedara aku yang lain . Dorang ajak masuk 4D adventure boboiboy ( betul ke aku eja ? )
4D ADVENTURE THEATRE
pintu masuk boboiboy 4D |
before masuk korang akan kena beratur dulu , staff akan jaga pintu masuk bagi mencukupkan bilangan kerusi untuk tayangan tu nanti baru boleh masuk . untuk kanak-kanak bawah 6 tahun tak digalakkan masuk and ibu mengandung juga takboleh !
dah masuk , korang akan dapat cermin mata untuk tayangan tu nanti . even kanak-kanak pun akan dapat kerusi sorang satu . So takda istilah anak anak korang duduk atas korang .
cermin mata 4D |
amacam ? |
nak berlepas dah , jaga jaga hampa |
memula korang akan nampak si boboiboy tu pandang ke depan macam tu . kononnya kita dalam pesawat beliau lah . Dia akan bagi arahan .
masa tayangan ni akan ada semburan air , akan ada effect ribut , angin . best ! wajib masuk. Dah nama pun free , bedal je lah masuk . Aku pun muka selamba , tu pun nasib baik kenal Yaya dengan Gopal kalau dak tak pernah tengok pun ceghita ni . tayangan ni dalam setengah jam ada kot .
dah abis , staff akan bagitau mana arah keluar korang and akan ada kafe and jual barang cenderahati boboiboy .
dah keluar dari sini, kitaorang cari family members yang lain . Haha .
ada show di pentas utama masa ni |
WORMHOLE TECHNOLOGIES
Pintu masuk |
dalam ni ada dunia sains dan technology . korang masuk akan nampak semua warna biru je dalam tu . end last ada , macam port untuk bergambar yang mcm diatas tu . actually banyak lagi dinding 4d yang lain cuma tak sempat nak snap .
tak boring dalam ni .
STARPORT RETAIL
Jangan ingat kapal starship pulak , berhadapan dengan wormhole technology tadi ada kapal sebesar alam ni . Ni kapal tiga tingkat yang merupakan restoran . But aku minta maaf tak sempat nak masuk sbb sibuk berjalan ke tempat lain .
RUMAH HANTU RIANA
keputusan tepat aku buat untuk tidak masuk . Macam macam la dorang cerita . hantu tu buat apa kat dorang . =P
berhadapan rumah hantu |
ZUGOS CRYSTAL GUEST
Zuqos crystal guest ni aku tak naik pun . Budak budak jugak yang naik . Adalah dalam 3 round dia pusing natang kereta tu . buat dapat pening sat , dah nama budak budak naik memang la syiok . tanya aku yang tua ni . Just HUHUHU je .
dalam ni korang jangan risau , dorang sediakan banyak tempat duduk . Kerusi bersepah . Jalan jalan ada kerusi . Jalan jalan ada kerusi .
CORAL KINGDOM
kalau dah betul betul haus , barulah korang boleh beli .
jangan pandang ibu aku sebelah mata taw . Kemain ibu pun masuk and join perkampungan Si Smurf ! nasib ibu aku kenal Smurf .
THE SMURF VILLAGE RETAIL
Nampak siapa eksaited lebih |
okay dalam Smurf village ni tidak seperti yang didalam boboiboy 4D tu . kat sini lebih kepada sesuai kanak-kanak yang bawah 6 tahun kot . Sebab dalam ni akan ada staff yang bercerita tentang Papa Smurf , Smuffet and kawan kawan dia yang lain .
kalau bagi aku . untuk sekali je boleh la aku masuk . untuk lepas ni , aku tak masuk dah kot. kecuali kot ada anak nanti ! HAHHAHAH..
dah dia dok bercerita . kitaorang yang dewasa ni , nganga je lah ! mujur faham. kakak Staff yang bercerita ni aku suka . pandai tarik perhatian kanak kanak . So, dorang tak boring.
dah keluar dalam ni . berpecah kitaorang .
ada yang nak naik Hyperspin ! Last aku naik benda ni masa dekat Lost World ! lepas tu aku rasa taknak naik dahhhh!!! ...
HYPERSPIN
Bayangkan kau dalam mesin basuh dan tengah spin . Haaaa gitulah ! time ni dah malam dalam pukul 8 macam tu lepas keluar daripada Smurf Village . Dorang ni kalau ajak tido sini pun nak gamaknya . Tu pun ada hati nak naik lagi roller coster lagi satu jenis sebab tak naik.
cantik pulak ada kepala amar situ |
sementara dorang naik benda tu . Kita yang dewasa ni kena la pandai pandai bawa diri . so kitaorang ke
STUNT LAGEND ARENA
Kat sini best bagi yang dewasa and pencinta motor dan kereta aksi lasak . dalam 45 minit gak show dorang . lepas dah abis show tu , semua stuntman akan ke pentas bagi yang ingin bergambar dengan dorang .
show dorang pukul 8.15 malam |
yang dalam ni aku suka tengok . kisah kereta lama VS kereta baru . So tengok yang mana menang . untuk kanak kanak bagi aku la kan macam tak digalakkan masuk sebab bunyi and effect bunyi bising and berasap penuh kat arena tu . ! berbaloi masuk .
Dah abis tengok show stunt-man kitaorang ke Stage Utama untuk tengok pertunjukkan
'' fire-man '' atau orang api . and last show akan ada kesemua maskot . Yaya , boboiboy , Smurf and korang boleh bergambar dengan dorang . Masa ni aku dah surrender duduk kat kerusi and tengok dari jauh sebab kaki memang dah sakit sangat !!!
yang tak sempat masuk cuma 4 tempat ni je . Yang lain kitaorang dah tawaf .
The Adventure HQ Tree House
Asteroid Attack
Space X-plorers
Dalam tu jugak ada disediakan kafe and restoran yang boleh korang makan . memang la harga mahal , but if nama pun dah lapar why not korang makan je .
** Tok Aba KokoTiam
**Pitstop Cafe
**Startship Restaurant
**Starspot
**Monkey Business Candy
** La ' Cremeria Cafe
**coral kingdom
before balik , kitaorang singgah untuk beli fridge magnet and souvenir sikit . Keluar daripada MAPS pukul 9.15 dengan perasaan berbaloi !!
daripada siang sampai ke malam . why not korang masuk .
XOXO
thank you for reading!
next entry : pergi mydin sampai 6 jam buat apo ?!