Tuesday, 25 December 2018

FAMILY DAY 2018

ASSALAMUALAIKUM

Since dah masuk bulan Disember . Maka ....... *** aku takda idea nak taip ni .

kita mula lagi sekali okay . 

ASSALAMUALAIKUM 

Hi Korang . Dah lama aku tak update blog kan . Since dah masuk bulan Disember (2 tahun sekali) . Maka Planning untuk Family Day bermula untuk tahun 2018 . Macam biasa la tugas tugas telah dibahagikan , but as usual last minute punya plan lagi best kot kan . 


Tempat 
Actually this year punya family day . Memula tu planning nak buat di pantai lah , taman lah , themepark lah but last last we decide untuk buat family day di Rumah Daku sahaja ( bukan rumah kuartes , rumah kat kampung ok )  T_T . 
Untuk kebaikkan semua orang jugak , sebab ayah tak berapa sihat , are-teh baru lepas bersalin , and angah pun tak berapa sihat . itu pun sebenarnya sebab before Family Day tu kitaorang dah ada event dekat rumah . ( nanti aku ceghita kan nah)  . Buat dekat rumah ni banyak kebaikkan dia . Senang nak jemur kain , senang ambik barang . Jangan sangka buat family day kat rumah tak best tau ! serius best . 


T-Shirt 
Memandangkan setiap family day kena ada baju sama , why not this year we make it happen too !  untuk bahagian baju , my unty laili yang sediakan untuk semua orang . We just give idea , name , and colour of what we want . Tahun ni tema warna merah hitam.


Hadiah
Hadiah setiap tahun adalah berlainan tapi kedai yang sama . Alah alah untuk seronokkan bebudak tu je sebenarnya . Janji memasing happy . Pergi cari dekat kedai sakan dan kedai RM2 and make it hamper ourself .


Makanan
benda paling penting nak decide pun jenuh gak ni pun. At last, we decide to make a 
'' lauk kampung ''. nak buat katering tak berbaloi sebab kuantiti orangnya sikit je but air sirap wajib ada . Hahaha . 




*******************************************************

16 Dec 2018 / Ahad 

Sebenarnya, hari sabtu sebelum tu kitaorang ada buat Majlis Doa Selamat dan Tahlil untuk semua arwah-arwah nenek-nenek , tokwan-tokwan semua . Alhamdulillah , ramai jugak orang masjid dan sedara yang datang . Jumaat malam tu buat godies beg untuk para jemaah. Kalau diikutkan mmg penat , tapi nak jayakan jugak family day . We decide buat jugak keesokkan harinya . Bila lagi nak kumpul ramai-ramai macam ni . 

Pagi-pagi tu semua bangun agak awal lah, siap siap mandi semua semangat pakai baju family day . Tapi apa apa pun sebelum tu kita kena ''Family Photo"  first . 




tak cukup orang


Keluarga Anjang 




keluarga ateh 

keluarga acik

angah with anak buah

keluarga aku / keluarga awe


Banyak jugak game yang dipertandingkan pada hari itu. Antaranya : 

1. Tarik daun upih
2. amik kacang dengan mengunakan chopstick
3. pass getah dengan guna straw 
4. baling belon dalam baldi
5. baling belon dengan pasangan ( yang dah berkahwin ) 
6. masukkan air dalam botol 
7. baling bola pada tin
8. pass gaya pada ahli kumpulan 
9. jalan diatas surat khabar 
10. berebut gula-gula ( kanak-kanak) 



































macam entry bergambar pulak , but itsokey lah . Lepas kesemua acara selesai , masa untuk penyampaian hadiah pada peserta . 















end up last tu , sambutan untuk anniversary bagi yang dah berkahwin . and Jamuan makan tengahari and settle ! Meriah Sederhana dan jimat . 



xoxo

nanti aku update entry MAPS , IPOH okay ! 

stay tune =) 






No comments:

Post a Comment