Thursday, 27 December 2018

Movie Animation Park Studio ( MAPS ) , Ipoh Perak


ASSALAMUALAIKUM 


Lepas family day hari tu , keesokkannya kitaorang bergerak ke Ipoh untuk cuti-cuti di sana pulak . Stay umah anjang , bergerak 4 buah kereta . Berhenti lunch di Restoran Teringat Lenggong kejap . 


satu talam + nasi + air 1 jug = RM20 




muka kenyang 


sebelum tu singgah rumah kawan makcik kejap untuk ambik tiket masuk ke MAPS . Kitaorang beli tiket lebih awal . 



18 December 2018 

Memula decide nak pergi themepark tu pepagi hari . But last decide , kita masak lunch awal dulu , makan bagi kenyang baru masuk sana . Sebelum masuk makan nasi lauk ayam kurma dua pinggan , mau tak kenyang T_T . haha . Around pukul 2 lebih macam tu baru gerak ke sana , tak la jauh mana . kitaorang stay area tambun so nak ke MAPS tu dalam setengah jam . 


Waktu Operasi
ISNIN hingga JUMAAT
10:00 pagi - 6:00 petang

SABTU, AHAD , CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
10:00 pagi - 10:00 malam 

** food outside not allowed 



orang dewasa yang eksaited lebih 


tiket masuk
actually rasa lega sangat sebab cuaca cerah + mendung tapi alhamdulillah tak hujan. just nice . 










yang membezakan gambar dua tu , aku dengan adik je . tengok je lah 



my mum 

akan ada jambatan panjang , and korang kena berjalan before sampai ke themepark . 



Park Map 

so disini ada 6 theme zone dalam MAPS : Animation Square, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone, Fantasy Forest Zone . Pepandai la korang bahagi kan masa . and kesemua permainan dalam ni adalah free but roller coaster and rumah hantu kena bayar RM15 per person . Dua tu je kena bayaq . 



show schedule 
ada pamphlet yang disediakan untuk jadual ni , but time kitaorang pergi tu dorang cakap habis. just snap guna fone je la . 

sampai dalam ni terus dorang nak naik roller coaster ( bedal je la eja ) . Dorang naik , aku support kat bawah . T_T . 




memang takkan naik natang nih 

dah dorang lama sangat nak tunggu turn naik benda alah tu aku ajak sepupu aku , Alya jalan-jalan berdua . Kemain lah, dapat kakngah yang kaki bergambar . Nasib dia je lah melayan . 












tak larat nak OOTD dah









MAPS juga ada menyediakan perkhidmatan sewa stroller , rain cover dan electric vehicle . Harga seperti berikut : 


STROLLER 
SINGLE : RM30
DOUBLE : RM50

RAIN COVER

RAIN COVER (S) : RM10 

RAIN COVER (D) : RM25


ELECTRIC VEHICLE (ECV) : 
PER-DAY : RM70 


but we decide to jalan kaki sajo . boleh ambil gambar . Tempat untuk OOTD bersepah dalam nih ! kena pandai amik gambar . 

dah jalan jalan dengan alya tadi , terserempak dengan adik and sedara aku yang lain . Dorang ajak masuk 4D adventure boboiboy ( betul ke aku eja ?  ) 



4D ADVENTURE THEATRE

pintu masuk boboiboy 4D 

before masuk korang akan kena beratur dulu , staff akan jaga pintu masuk bagi mencukupkan bilangan kerusi untuk tayangan tu nanti baru boleh masuk . untuk kanak-kanak bawah 6 tahun tak digalakkan masuk and ibu mengandung juga takboleh ! 

dah masuk , korang akan dapat cermin mata untuk tayangan tu nanti . even kanak-kanak pun akan dapat kerusi sorang satu . So takda istilah anak anak korang duduk atas korang . 




cermin mata 4D





amacam ?


nak berlepas dah , jaga jaga hampa 

memula korang akan nampak si boboiboy tu pandang ke depan macam tu . kononnya kita dalam pesawat beliau lah . Dia akan bagi arahan . 

masa tayangan ni akan ada semburan air , akan ada effect ribut , angin . best ! wajib masuk. Dah nama pun free , bedal je lah masuk . Aku pun muka selamba , tu pun nasib baik kenal Yaya dengan Gopal kalau dak tak pernah tengok pun ceghita ni . tayangan ni dalam setengah jam ada kot . 

dah abis , staff akan bagitau mana arah keluar korang and akan ada kafe and jual barang cenderahati boboiboy . 


dah keluar dari sini, kitaorang cari family members yang lain . Haha . 



ada show di pentas utama masa ni



WORMHOLE TECHNOLOGIES 

Pintu masuk 











dalam ni ada dunia sains dan technology . korang masuk akan nampak semua warna biru je dalam tu . end last ada , macam port untuk bergambar yang mcm diatas tu . actually banyak lagi dinding 4d yang lain cuma tak sempat nak snap . 

tak boring dalam ni . 


STARPORT RETAIL 





Jangan ingat kapal starship pulak , berhadapan dengan wormhole technology tadi ada kapal sebesar alam ni . Ni kapal tiga tingkat yang merupakan restoran . But aku minta maaf tak sempat nak masuk sbb sibuk berjalan ke tempat lain . 



RUMAH HANTU RIANA 



Ni rumah hantu . bayaran dikenakan RM15 per person . Aku tak masuk pun cuma tunggu depan bangunan ni je . sebab mmg taknak masuk . bebudak ni semua masuk . Masuk kemain yakin gagah berani , end up lepas keluar semua teriak ! nangis ! HAHAHAH 

keputusan tepat aku buat untuk tidak masuk . Macam macam la dorang cerita . hantu tu buat apa kat dorang . =P 



berhadapan rumah hantu 


ZUGOS CRYSTAL GUEST






Zuqos crystal guest ni aku tak naik pun . Budak budak jugak yang naik . Adalah dalam 3 round dia pusing natang kereta tu . buat dapat pening sat , dah nama budak budak naik memang la syiok . tanya aku yang tua ni . Just HUHUHU je . 

dalam ni korang jangan risau , dorang sediakan banyak tempat duduk . Kerusi bersepah . Jalan jalan ada kerusi . Jalan jalan ada kerusi . 



CORAL KINGDOM 




ni kafe . untuk korang nak rest kejap why not dalam ni . Tapi harga bagi aku agak mahal and tak berbaloi . haih! MAPS ! kurangkan harga sikit please . 

kalau dah betul betul haus , barulah korang boleh beli . 

jangan pandang ibu aku sebelah mata taw . Kemain ibu pun masuk and join perkampungan Si Smurf ! nasib ibu aku kenal Smurf . 



THE SMURF VILLAGE RETAIL 






Nampak siapa eksaited lebih 




okay dalam Smurf village ni tidak seperti yang didalam boboiboy 4D tu . kat sini lebih kepada sesuai kanak-kanak yang bawah 6 tahun kot . Sebab dalam ni akan ada staff yang bercerita tentang Papa Smurf , Smuffet and kawan kawan dia yang lain . 

kalau bagi aku . untuk sekali je boleh la aku masuk . untuk lepas ni , aku tak masuk dah kot. kecuali kot ada anak nanti ! HAHHAHAH..

dah dia dok bercerita . kitaorang yang dewasa ni , nganga je lah ! mujur faham. kakak Staff yang bercerita ni aku suka . pandai tarik perhatian kanak kanak . So, dorang tak boring. 


dah keluar dalam ni . berpecah kitaorang . 

ada yang nak naik Hyperspin ! Last aku naik benda ni masa dekat Lost World ! lepas tu aku rasa taknak naik dahhhh!!! ...



HYPERSPIN 




Bayangkan kau dalam mesin basuh dan tengah spin . Haaaa gitulah ! time ni dah malam dalam pukul 8 macam tu lepas keluar daripada Smurf Village . Dorang ni kalau ajak tido sini pun nak gamaknya . Tu pun ada hati nak naik lagi roller coster lagi satu jenis sebab tak naik. 
cantik pulak ada kepala amar situ 



sementara dorang naik benda tu . Kita yang dewasa ni kena la pandai pandai bawa diri . so kitaorang ke 



STUNT LAGEND ARENA 

Kat sini best bagi yang dewasa and pencinta motor dan kereta aksi lasak . dalam 45 minit gak show dorang . lepas dah abis show tu , semua stuntman akan ke pentas bagi yang ingin bergambar dengan dorang . 


show dorang pukul 8.15 malam 




yang dalam ni aku suka tengok . kisah kereta lama VS kereta baru . So tengok yang mana menang . untuk kanak kanak bagi aku la kan macam tak digalakkan masuk sebab bunyi and effect bunyi bising and berasap penuh kat arena tu . ! berbaloi masuk . 

Dah abis tengok show stunt-man kitaorang ke Stage Utama untuk tengok pertunjukkan 
'' fire-man '' atau orang api . and last show akan ada kesemua maskot . Yaya , boboiboy , Smurf and korang boleh bergambar dengan dorang . Masa ni aku dah surrender duduk kat kerusi and tengok dari jauh sebab kaki memang dah sakit sangat !!! 






yang tak sempat masuk cuma 4 tempat ni je . Yang lain kitaorang dah tawaf . 

The Adventure Bumpers Blast 
The Adventure HQ Tree House 
Asteroid Attack
Space X-plorers

Dalam tu jugak ada disediakan kafe and restoran yang boleh korang makan . memang la harga mahal , but if nama pun dah lapar why not korang makan je .


** Tok Aba KokoTiam 
**Pitstop Cafe
**Startship Restaurant
**Starspot
**Monkey Business Candy 
** La ' Cremeria Cafe
**coral kingdom 

before balik , kitaorang singgah untuk beli fridge magnet and souvenir sikit . Keluar daripada MAPS pukul 9.15 dengan perasaan berbaloi !! 

daripada siang sampai ke malam . why not korang masuk . 


XOXO
thank you for reading!




next entry : pergi mydin sampai 6 jam buat apo ?! 

1 comment: