Assalamulaikum
Hi, seperti yang dijanjikan aku akan update pasal percutian bersama keluarga tercinta pada musim cuti sekolah yang lepas . . kenapa Pulau Langkawi ? kenapa tak redang ? kenapa tak pangkor ? jawapanya , kerana pulau langkawi adalah salah satu pulau yang tercantik di Malaysia dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri. pelbagai tempat yang boleh dilawati di Pulau Langkawi.
So, pergilah aku dengan family gerak ke Kedah pada 24,25,26 hari bulan 5. Bergerak dari Taiping pada pukul 10 pagi lebih dan sampai ke kedah pukul 3 petang cam gituh. Then berehat dulu di rumah tok aku kat kedah, then malam tuh makcik aku dari kuala lumpur sampai lewat malam (3 Pagi) . . . aku belum tido time tu, tapi pura-pura tido sebab penat sangat *padahal bukan aku yang drive seharian ke kedah . .
Pagi-pagi sabtu tu , ayah dan pakcik aku pergi dulu ke Jeti Kuala Perlis untuk membeli tiket feri sebab takut ramai orang yang beratur dan takut habes , dan dalam masa yang sama membeli parking berbumbung for the three cars . .
lepas dah bersalam-salam dengan tok , (my tok tak pergi sebab tak larat ) , pergi lah ke Kuala perlis, dan mashaAllah ramainya orang macam tin sardin, untung ayah dah beli tiket awal-awal pagi dengan pakcik. . so selamat di situ. . sampai-sampai je kat jeti , terus pergi ke feri , seab feri dah tunggu, rasanya kami yang penumpang last yang masuk, VVIP la skit kononnya, *padahal dah terkejar-kejar dengan 4 beg . . aduh! tak sempat nak feeling-feeling macam titanic . . keke. .
muka eksaited nak masuk feri
dah sampai pun!
Then , lepas sampai kat Jeti langkawi. . terus mencari kereta sewa untuk ke tempat penginapan kitaorang Apartment Seri Lagenda Pekan Kuah. .
muka exsaited mak nak beli pinggan Haha. .
sampai je dekat apartment tuh, semua sudah dapat bilik masing-masing (mengikut keluarga) , dan aktiviti pertama kitaorang adalah . .
BERENANG DI KOLAM RENANG!
berenang dengan family aku dengan tak dapat dipisahkan, kalau nak stay kat hotel or apatment di mana-mana sekali pun mesty akan tanya ada kolam renang tak ? memang cam gituh, , hekhek. .
lepas bebudak-bebudak kecik dan tua berenang-renang , kitaorang pun decide nak jenjalan dekat pekan kuah. Just for shopping kecil-kecilan. . hee. . hee
then jenjalan kat pasar malam pekan kuah, Ya Ampun ramai beno orangnya. .
dalam pukul 9 malam cam gitu, terus balik apartment sebab memasing dah penat . .
entry akan bersambung!
No comments:
Post a Comment