Tuesday, 25 September 2018

Trip to Melaka with BFF ( Part III )

Assalamualaikum 

Hari kedua 

Memandangkan bangun pun pukul 10 lebih dah,  faktor tido pun sejuk kemain nyenyak tido engko. Maka decide terus nak p makan . Fikir . Think . Fikir . Think Think ! Haaa why not kita try Ei Ji Ban Chicken Rice - HALAL . 

EI JI BAN CHICKEN RICE BALL - HALAL

Aku yang suggest entah sedap ke idok . Start dah masuk kereta terus suruh dee bukakan waze , waze aku since kat melaka ni ting tong sikit. Dah buka waze maka ikut lah panduan yang beliau bagi . Kawasan macam dekat Ei Ji Ban tu aku rasa macam susah nak dapat parking . Tapi sedang elok kitaorang sampai terus park betul betul depan Ikram Dinzly ! pucuk dicita ulam pun tiba . Kitaorang disambut baik oleh beliau . Time aku pergi hari rabu so takda orang pun , memang takda pun sampai pun pukul 11 pagi ( 1st customer engko) . Datang je terus dilayan macam YB , pilih je nak duduk kat mana . 


tu disambut baik oleh beliau 
Banyak je area Melaka ni yang jual Rice Ball . Yang Ei Ji Ban ni ada logo Halal so aku try lah , tengok feedback blogger pun semua suggest makan kat sini . Pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan , rancangan Med Market Hanis Zalikha . So why not kita try . 





Boleh makan dengan Nasi Ayam biasa tu atau yang bulat-bulat tu ( seketul RM0.40) . Dah nama pun percutian bajet dan cuma nak rasa sedap ke idok jangan la bantai p order Sambal udang pulak . Order setakat yang nak makan and depends bajet kita . Haa cam tu . 

Kitaorang bertiga order Nasi ayam biasa 3 pinggan dengan Nasi yang bulat -bulat tu 5 ketul. Jadi lah janji dapat rasa sedap ke idok . 






Bagi aku tak la sedap mana tapi boleh la bagi yang datang dari jauh tu semata-mata nak lunch kat sini why not datang  . 1 portion nasi ayam yang biasa tu pun dah kenyang . Sambal cili dia pedas ! and sedap . Ayam tu kitaorang pilih yang roasted . Ada dua jenis sama ada Roasted / Steam . 

dalam buku menu ada macam macam lagi lauk udang sambal petai , sotong , asam pedas , sayur kailan . tapi kitaorang tak order . Alang alang dah sampai Melaka ni boleh la korang try , aku pun terpengaruh so kemain ajak si dee and farah datang . awal awal aku dah pesan kat dorang

'' aku tak tau kedai ni sedap ke tak , sebab aku pun 1st time '' Hahaha 


Cara makan rice ball tu ? aku main belasah amik sebiji aku potong kepada 4 , letak sos cili dia dengan kicap letak sup sikit and ngap! service dia memang laju , efisien . Yela aku datang sebagai 1st customer . Nak tanya alamat dia aku memang tak ingat , korang waze je sebab aku pun dee yang waze kan , alah taip je lah EI JI BAN CHICKEN RICE BALL . Benda yang tak selalu korang makan , why not datang makan . =) 

nah tepek muka aku . kang kata aku tak makan pulak 

PERIGI HANG TUAH DAN PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Ok , lepas dah kenyang makan nasi ayam . Terus check list ! why not kita ke Perigi Hang Tuah dengan Perkampungan Hang Tuah . Perigi dengan Perkampungan tu lain tempat taw ! korang kena waze cari . Tapi tak jauh mana pun cuma belakang bangunan tu jugak je . 

Perigi Hang Tuah tu tidak dikenakan bayaran , cuma semata mata perigi je . Boleh la nak layan tengok perigi dia . 

Next , kita ke Perkampungan beliau bersama lima saudara nya ( Hang Tuah , Hang Jebat , Hang Lekir , Hang Kasturi dan Hang Lekiu ) . Kalau aku la kan , dapat perkampungan macam ni berjiran pulak dengan Farah dengan Dee , riuh tiap tiap tiap hari gamaknyaa . Tapi yang ruginya aku sebab time makan dorang datang umah aku T_T . 

Kat sini dikenakan bayaran jika korang nak masuk . Alah tak mahal pun, bayaran pun dikenakan mungkin sebab service fasiliti nak bersihkan tempat tempat disekitarnya bagi aku . 
Rm5.00 sorang . Okay la tu . Tak mahal mana pun. Time kitaorang datang takda pelawat lain pun , yekah hari bekerja siapa nak datang perkampungan ni . Cuma kitaorang je yang datang sebab nak tengok dorang ni kemas umah ke tak . 



Kat sini diceritakan tentang sejarah Hang Tuah dan kawan kawan beliau masa zaman pemertintahan beliau di zaman dahulu kala . hampa kena la p muzium tengok , kang jenuh aku nak taip satu satu pulak sejarah dia . 


Rumah Hang Jebat 

Rumah Hang Lekiu 

Rumah Hang Kasturi

Rumah Hang Tuah 

Rumah Hang Lekir


THE SHORE SKY TOWER MELAKA 

Lepas dah melawat dorang semua ni , kitaorang punya plan terus ke The Shore Sky Tower Melaka . Actually menara ni baru lagi . Ia terletak di The Shore Shopping Gallery . Dengan bantuan waze maka dijumpai lah bangunan tersebut . Sampai je dekat bangunan tu terus tanya guard yang kat situ nak park kereta kat mana . Ya ampun parking kereta dia! siapa pernah pergi Aman Sentral Mall , macam tu lah parking dia cuma yang ni tak la condong sangat , sedang sedang macam tu . Dah jumpa tempat parking untuk pelawat terus snap lot parking no berapa . Kang nak balik jenuh cari tak jumpa . 

Nak ke bangunan Sky Tower ni korang kena naik Lift untuk ke level 42 bersamaan dengan 163 meter dari paras laut , Tapi untuk sampai ke Sky Tower ni korang kena Transit di level 3A  . Ringan sikit mulut tu , tak bertanya sesat jalan. Okay dah jumpa Tower nya then tanya sorang staff tu dia pun cakap '' saya yang kerja kat sini pun kadang kadang sesat '' . Masa kitaorang sampai kat tempat beli tiket tu staff kat situ cakap takboleh masuk sebab hujan . Hati berbelah bagi masa tu, nak balik terus je ke or nak tunggu sampai hujan reda . Yelah dah datang jauh jauh kot takkan nak balik macam tu je . 

Then guard kat situ cakap dah boleh naik. So bendahari kitaorang cik farah beli tiket . 



harga tiket 

Dah beli tiket dan  dapat masuk pun kitaorang kena tunggu lagi sekali sebab cuaca masih tak okey , hujan renyai renyai lagi masa tu. Jangan risau kat situ dorang sediakan tempat duduk. Masa kitaorang naik tu ada tourist dari indon kot tak silap aku ( 4 orang perempuan ) dorang fed up sebab tengok hujan terus blah cam tu je . Eleh tak tak nyabar langsung , nasib lah kitaorang ni istiqamah dan penyabar orangnya . Dapat bergambar kat kerusi pun 
seronok dah . 








Kat atas ni korang dapat lah tengok permandangan di sekitar melaka dan boleh berjalan di atas jambatan pada tingkat 42 ni . Oh ya masa korang beli tiket tu nanti akan nampak ada makanan ikan jugak dijual , kat atas tu menara tu nanti ada sebuah kolam ikan koi . So , boleh la kirang feeling feeling bagi makan ikan  . Tapi kitaorang tak beli pun sebab tau dah korang dah puas bagi beliau makan .  Ok la tu kan boleh lepak lama lama sambil ambil gambar cecantik . Tak puas hati gambar tu snap lagi snap lagi . Tapi ada satu spot yang korang takboleh ambil gambar which is yang dekat menara tinjau lantai kaca tu !! Boleh nak ambil gambar tapi kena guna camera yang disediakan dan berharga RM45 !! Mahal ehhhh. Masa kitaorang datang tu dorang offer 3 keping gambar beserta soft copy harga dia RM100 . hmmm takpelah . tak beli . 






kat sini saja ada la dalam 50 lebih gambar . Mana mungkin aku masukkan semua , nanti tak suprise la korang nak datang sini . Haa cenggitu . Lepas dah puas hati gambar semua and tengok gambar kitaorang yang dekat lantai kaca tu . Hati kitaorang pun berkaca-kaca nak beli . End last takbeli pun . Mahal sangat nya pun . =.=

Masa untuk cari balik tingkat berapa kitaorang park kereta . Alhamdulillah nasib jumpa . End up terus buka waze untuk ke Pantai Klebang tapi tak turun pun . Niat asal nak cari Pantai berpasir yang cantik selalu orang dok shoot ambik gambar tu . Kitaorang dah jumpa tempatnta tapi kena jalan sejauh mana aku tak tahu . Kalau bawa masuk kereta takut kereta yang masuk kitaorang jalan kaki keluar . T_T . 


COCONUT SHAKE KLEBANG MELAKA

Farah yang teringin nak minum Coconut Shake ni since hari pertama lagi . dapat jugak beliau minum tak lama lagi dapat anak sedara kot aku . **gurau 
Buka waze and jumpa kedainya . Aku dengan dee yang turun p beli . kitaorang order 1 coconut shake biasa and dua special ( tambah eskrim vanilla ) . aku la yang biasa tu .




Jangan tanya aku mana gambar kitaorang minum . Cara minum dia korang sedut je lah , sedar sedar dah habis T_T . Harga coconut shake ni aku lupa . tapi rasa dia sedap . yang special campuq vanilla tu manis sikit . but nice lah . Ada yang cakap kat Batu Berendam pun sedap gak . maybe next time aku try . 


COQ KERIA ( KUIH KERIA ) KG LIMBONGAN 

Sesudah lega tekak kitaorng dengan minum coconut shake tu . Ni part aku , aku la yang teringin nak makan Kuih Keria ni . Dok viral sangat . Hampa p dok kena beratur , aku p terus dapat beli . Hahaha dah nama pun datang hari biasa memang la tak ramai orang . 

Isi ubi dalam keria ni padat . Aku suka and MENYESAL beli sikit . harga dia not bad . Masa daku beli 10 biji (RM6.00) . Ok aku beli 10 biji . Aku makan tiga and dee tiga . Siapa makan 4 ?? haaaaa fikir cepat . HAHAHA . 


ENCORE MELAKA

dah kenyang makan coq keria . Tetiba teringat encore melaka , tarikan terbaru di Melaka . Which is setahu aku dia merupakan bangunan teater. Nak masuk untuk tengok pertunjukkan teater tu pun dalam RM100 - 200 lebih kot rate dia . Tarikan yang menarik orang datang sini pun sebab bangunan dia cantik . Hahaha . Nasib lah nak bergambar luar tu tak dikenakan caj untuk bergambar . T_T 

sebelum dia caj untuk bergambar lebih baik kita datang dulu . 








Time kitaorang datang tu pun dalam pukul 6 petang lebih dah . Sejam gak lah kat situ . Ramai orang yang datang untuk port bergambar kat sini . Cuma nak masuk tengok teater tu tak la kot  melainkan kalau rate harga dia RM40-RM60 cam tu boleh la gagah nak masuk . 





dah dekat nak maghrib around 7 lebih macam tu decide balik hotel sebab dah terlampau penat dah nak g jalan jalan lagi . Rehat kejap dekat hotel . Mandi and tunaikan apa yang wajib . settle semua kita keluar balik untuk makan malam . Plan asal nak makan la yang jauh sikit and sedap . Buka waze untuk ke Clayport Asam Pedas tapi tutup kedainya ( sebab isu air sirap dorang cas harga tinggi ) Then nak ke Ujang Asam Pedas pun tak jumpa , waze punya waze dia tunjuk jalan salah and bangunan tu macam gelap semacam . Tu lah siang tadi dah seronok sangat . Tak jumpa pun kedainya , sudah la hujan lebat . Sejam lebih ada la ronda nak cari kedai nya . 

Nak makan asam pedas terpaksa ditukarkan kepada Mcdonald Pedas T_T








Lepas dah melepak around sejam cmtu kat mcd , kitaorang singgah seven e kejab sebab aku nak beli koyok tampal kat bahu sebab dah sakit and lenguh gila . Masuk seven e pun boleh terjebak beli memacam , nak beli koyok je . Sekali bayar RM20 lebih  , mau taknya si dee diangkutnya sekali biskut lah , jajan lah . 

Malam tu buat ramen challenge dengan si farah . Hahaha . nanti aku masuk kat instagram . adehh , memulas perut masa tu . 

then masuk tido , memasing dah letih nau . Esok last day for us together 

next entry okay ! 

xoxo 

aida 

















Monday, 24 September 2018

Trip to Melaka with BFF ( below RM300) Part II

- sambungan - 

Lepas keluar dari Mini Asean House tu around pukul 2 camtu kitaorang decide nak pergi Mydin Air Keroh kejap . Ada barang dan keperluan yang hendak dibeli . Sebab Mydin Murah kan . Murah pun aku macam tertipu beli something tu . Sekali sampai kaunter amik kau RM40 lebih . Hahaha ( Farah and Dee know that ) . 

Elok nak pintu keluar Mydin tu ada Restoran Subway ( my favourite ) ** Iqbal yang ajar T_T
So, ajar farah cara-cara order subway . 


All Sauce is my choice

Lepas dah kenyang makan subway . Kitaorang decide nak Check In terus 
( Venus Boutique Hotel ) . So buka Waze dalam setengah jam gak la, Nasib hotel tu strategic which is senang je nak jalan kaki tengok tempat - tempat yang best . 

Venus Boutique Hotel 

Hotel dia dah memang best ! cuma yang spoile mood kitaorang adalah Reception dia !! takda nak Greeting Customer ! Muka Ketat ! dah kawan aku pulak yang cakap Terima Kasih kat dia ! pehal .........


bilik deluxe 





Pasal harga jangan tanya aku sebab aku lupa T_T 


Lepas dah letak beg segala semua harta benda ismet ulam raja . Tak sempat kau nak landing atas katil pun ! zap ! terus keluar . nampakkk jangan membazir waktu yang ada untuk travel ! Beria la nak cari Taming Sari . Sekali tengok , belakang hotel je pun menara tu . Nasib tak guna data aku nak waze . hahaha

MENARA TAMING SARI

Actually menara ni aku dah naik sebelum ni dengan keluarga dan sahabat handai . Tapi dah lama pun trip sesama , takkan tak nak naik . Kang makan hati pulak takda gambar engko kat atas . hah ! ahjumm naik sesama . Acah acah la gayat padahal rasa biasa je . ehekk! buat buat p la jakun tak pernah naik walaupun ada budak sebelah kau asyik pandang je 
'' pehal akak ni kemain beria nau selfie patbelas kali '' . Kau tunggu dik bila kau besar nanti T_T . 


satu selfie cukup 


KOTA A' FAMOSA 

Sesudah pantau line kat melaka ni okay ke dak dengan mengunakan menara tadi kita jalan jalan dengan berjalan kaki untuk ke Kota A'Famosa . Melaka ni ada yang tempat yang aku dah pernah pergi. Masa subjek guiding aku dulu pun buat kat melaka gak . T_T 







MUZIUM SAMUDERA 


Muzium ni actually boleh masuk . Memandang kan dah lebih pukul 5 maka cuma kitaorang selfie luar muzium je . 






MELAKA RIVER CRUISE 

Melaka River Cruise ni au pernah naik tapi pada waktu siang . So, kitaorang nak naik waktu malam . Rasa macam eksaited semacam sebab aku tak pernah naik waktu malam. 




resit 





Kg Morten kitaorang cuma lalu masa naik cruise tu je tak sempat nak pergi tengok lebih dekat sebab tak sempat . Jonker Walk Street Art pun kitaorang tak sempat nak pergi T_T. Maybe next time kot . 

Malam tu kitaorang makan dekat Ruhana Asam Pedas . Takda gambar lupa nak snap . 
Then terus balik hotel . Sambung esok pulak berjalan ok ! 


-sambungan -



Sunday, 23 September 2018

Trip to Melaka with BFF ( below RM300) Part I


Assalamualaikum , 

lama nya tak update blog , bukan bersawang lagi dah . Punya la lama tak update siap ada lumut daki semua cukup . ** lawak tu gelak k 

okay , since ada yang suruh sis buat blog untuk travel trip kali ni . Maka ku gigihkan jua pilih gambar daripada 1340 keping kepada beberapa sahaja okeyh . Trip Melaka kali ni dipilih sebab perantaraan tengah tengah kot antara kitaorang bertiga . Ingat senang ke nak plan ?  dua orang kawan kau dua dua dari selatan , and me sorang-sorang  dari utagha =_= tu la belajar lagi jauh jauh ( ayat puan ibu) . Mula mula dulu planning nak ke Pulau Mutiara tapi kancel  cancel tak jadi . So trip kali ni siap mesti jadi ! sebab dah 3 tahun tak jumpa since graduation hari tu . Berbekalkan keiizinan dari Ayahanda dan Bonda maka sis dapat greenlight ! wehuuu . 

siap buat group whatsapp untuk counting days ! selalu orang buat untuk kawen , kita buat untuk travel -_- '' . ehh why not ! selagi belum kawen kita kena travel dengan BFF itu wishlist before kawen taw ! 

Untuk trip kali ni kita kutip duit seorang RM300 so x dengan 3 orang = RM900.00 
( itu pun ada lebih lagi rasanya ) . Untuk korang nak travel dengan kengkawan tu better buat kutipan duit camni , yela korang nak tido sekali , makan sekali , spend time sekali , takkan masa tu jugak nak kutip duit , mau berterabur syiling syiling yang ado . Lantik bendahari untuk trip tu . biaq muka dia ja pegang duit ( ala ala ceti camtu) , asingkanlah letak dalam beg lain ( warna merah ) hihihih **ni farah baca habis aku . 

Kenapa Melaka

Melaka sebab ada makanan yang best-best . Ada tempat yang best untuk terokai . Ada bangunan bersejarah . And entah la . 


14.09.2018 ( JUMAAT )

Aku gerak ke KL dengan menaiki pengangkutan awam yakni yang paling laju (ETS). Gerak ke Stesen Kereta Api Taiping pukul 1.30 Tengahari dihantar oleh Puan Ibu . Sampai KL dalam pukul 5.30 camtu . Turun di KL Sentral and sis naik komuter untuk ke Stesen Kajang ( Pickup with my unty ) Then tido di rumah makcik dulu .

15.09.2018 ( SABTU ) 

Bangun pukul 9.00 pagi sebab nak ikut makcik sis ke Temerloh , Pahang untuk pergi kenduri kawan beliau . Sampai Temerloh dalam pukul 3.00 camtu . 




Then terus check-in hotel . Kitaorang check-in Hotel Jelai which is Hotel yang sis tido masa suatu dahulu . Then , sis jumpa kawan sis yang masa study dulu jugak cuma berlainan kos tapi dibawah Jabatan yang sama . Jumpa tak sampai satu jam pun . Okey la kan 
jumpa syu

Then, lepas jumpa syue kejap . Balik ke hotel sebab makcik dah tunggu untuk terus ke rumah kenduri . Then, all settle sampai pukul 11.30 malam . Alhamdulillah . Balik hotel untuk rest and sleep. 

16.09.2018 ( AHAD )

Bangun awal pagi sebab nak kejar bas di TBS untuk ke Kluang . Gigih tau Pakteh and Ateh i siapkan anak anak dorang untuk hantar sis ke TBS . ( Thanks taw) . Sampai TBS awal dalam pukul 12.00 camtu and bas ke Kluang pukul 1.30 tengahari . and sampai Kluang dalam pukul 4.30 camtu kot . ( agak agak je la eh ) . So , Farah amik kat Terminal Kluang and bawa balik sis ke teratak beliau then keluar balik untuk sis g dobi basuh baju . Then , malam tu bawa sis pergi makan . Hajat nak makan Char Kuew Tiaw tapi hampa . Fish n Chip's yang dapat . 


setelah 3 tahun tak jumpa 

Fish n Chip's 
Okay . Lepas makan balik tido ! Dasar sangat . Boleh pulak malam tu sis tido awal
( before 12 am) . Farah tu tido sebab esok tu dia kerja lagi . 

17.09.2018 ( ISNIN ) 

Bangun pagi . Then tengok si farah dah siap-siap nak ke tempat kerja. Time aku solat subuh time tu dia pergi kerja , tak sempat nak bye -bye . So, aku sambung tido sebab segan nokk rumah orang tapi tengok dalam rumah takda sesiapa =_= guwe ditinggalin kok. Sedih banget :( 

Muka guwa jangan cakap lah , segan malu semua cukup . Tebal muka nih ! 

Then pukul 3 petang farah balik , and i was so happy :)  kahkahkah . Pukul 6.30 camtu kitaorang pergi ambik dee pulak but before that pergi beli tiket wayang cerita munafik 
( untuk kali 4 )  . and time tu pickup dee ! maigaddd ! was so happy . feel like reunion camtu . 




our dinner 


Then lepas tengok wayang ada incident yang berlaku sikit ( taknak la story) . Terus balik rumah sebab malam tu nak pack barang untuk ke melaka esok . 


18.09.2019 ( SELASA ) 

Bangun pukul 7 ( tu pun liat nau nau nak bangun ) . Aku la bangun and mandi dulu **subuh gajah gak la . Lambat bangun ** hope puan ibu tak baca blog aku . Then baru lah si farah and dee bangun mandi siap siap tu pun satu jam nak menunggu nak tunggu dorang siap . Actually kitaorang nak breakfast sesama dengan classmate masa study dulu . and satu kelas . which is Nuek ( Anuar Fedden ) . 

Kitaorang breakfast dekat tempat famous which is Kluang Railway Coffee  . Asyik tengok orang post je , kita pun teringin jugak . =_=






thanks belanja nuek !
Lepas makan sarapan kat tempat famous tu kitaorang gerak ke Melaka ! 



Buat kali pertama aku dalam kereta and taktido langsung ! Punya la perjalanan jauh tapi langsung taktido cheq ! **tepuk tangan . Dee tido ! hmmm =_= 

Masuk Melaka terus buka waze ! itu la sahabat kitaorang kat sana . 

MINI MALAYSIAN AND ASEAN HOUSE 

Mula-mula lalu je dekat Mini Malaysian ni . And Farah tanya nak masuk tak ? and why not masuk sebab tak pernah masuk pun . Lepas U-Turn balik . Kitaorang beli tiket masuk 



RM12.00 x 3 = RM36.00

lepas beli tiket , korang akan ada dua 'option' sama ada nak naik basikal atau jalan kaki. memandangkan kitaorang bertiga menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat dia sihat cergas . Maka berjalan kaki pilihan kami . 













kat sini korang akan dapat tengok semua rumah tradisional lama bagi setiap negeri which is semua negeri ada keunikkan tersendiri . Cuma bagi rumah asean je kitaorang tak sempat nak pergi . 

Not bad la kat sini bagi 1st time yang nak datang . banyak rumah yang dapat diterokai . Cuma fasilititi boleh dinaik taraf lagi kot rasanya. 



Lepas ni ke mana ??

sambung next entry oke! =)