Sunday, 23 September 2018

Trip to Melaka with BFF ( below RM300) Part I


Assalamualaikum , 

lama nya tak update blog , bukan bersawang lagi dah . Punya la lama tak update siap ada lumut daki semua cukup . ** lawak tu gelak k 

okay , since ada yang suruh sis buat blog untuk travel trip kali ni . Maka ku gigihkan jua pilih gambar daripada 1340 keping kepada beberapa sahaja okeyh . Trip Melaka kali ni dipilih sebab perantaraan tengah tengah kot antara kitaorang bertiga . Ingat senang ke nak plan ?  dua orang kawan kau dua dua dari selatan , and me sorang-sorang  dari utagha =_= tu la belajar lagi jauh jauh ( ayat puan ibu) . Mula mula dulu planning nak ke Pulau Mutiara tapi kancel  cancel tak jadi . So trip kali ni siap mesti jadi ! sebab dah 3 tahun tak jumpa since graduation hari tu . Berbekalkan keiizinan dari Ayahanda dan Bonda maka sis dapat greenlight ! wehuuu . 

siap buat group whatsapp untuk counting days ! selalu orang buat untuk kawen , kita buat untuk travel -_- '' . ehh why not ! selagi belum kawen kita kena travel dengan BFF itu wishlist before kawen taw ! 

Untuk trip kali ni kita kutip duit seorang RM300 so x dengan 3 orang = RM900.00 
( itu pun ada lebih lagi rasanya ) . Untuk korang nak travel dengan kengkawan tu better buat kutipan duit camni , yela korang nak tido sekali , makan sekali , spend time sekali , takkan masa tu jugak nak kutip duit , mau berterabur syiling syiling yang ado . Lantik bendahari untuk trip tu . biaq muka dia ja pegang duit ( ala ala ceti camtu) , asingkanlah letak dalam beg lain ( warna merah ) hihihih **ni farah baca habis aku . 

Kenapa Melaka

Melaka sebab ada makanan yang best-best . Ada tempat yang best untuk terokai . Ada bangunan bersejarah . And entah la . 


14.09.2018 ( JUMAAT )

Aku gerak ke KL dengan menaiki pengangkutan awam yakni yang paling laju (ETS). Gerak ke Stesen Kereta Api Taiping pukul 1.30 Tengahari dihantar oleh Puan Ibu . Sampai KL dalam pukul 5.30 camtu . Turun di KL Sentral and sis naik komuter untuk ke Stesen Kajang ( Pickup with my unty ) Then tido di rumah makcik dulu .

15.09.2018 ( SABTU ) 

Bangun pukul 9.00 pagi sebab nak ikut makcik sis ke Temerloh , Pahang untuk pergi kenduri kawan beliau . Sampai Temerloh dalam pukul 3.00 camtu . 




Then terus check-in hotel . Kitaorang check-in Hotel Jelai which is Hotel yang sis tido masa suatu dahulu . Then , sis jumpa kawan sis yang masa study dulu jugak cuma berlainan kos tapi dibawah Jabatan yang sama . Jumpa tak sampai satu jam pun . Okey la kan 
jumpa syu

Then, lepas jumpa syue kejap . Balik ke hotel sebab makcik dah tunggu untuk terus ke rumah kenduri . Then, all settle sampai pukul 11.30 malam . Alhamdulillah . Balik hotel untuk rest and sleep. 

16.09.2018 ( AHAD )

Bangun awal pagi sebab nak kejar bas di TBS untuk ke Kluang . Gigih tau Pakteh and Ateh i siapkan anak anak dorang untuk hantar sis ke TBS . ( Thanks taw) . Sampai TBS awal dalam pukul 12.00 camtu and bas ke Kluang pukul 1.30 tengahari . and sampai Kluang dalam pukul 4.30 camtu kot . ( agak agak je la eh ) . So , Farah amik kat Terminal Kluang and bawa balik sis ke teratak beliau then keluar balik untuk sis g dobi basuh baju . Then , malam tu bawa sis pergi makan . Hajat nak makan Char Kuew Tiaw tapi hampa . Fish n Chip's yang dapat . 


setelah 3 tahun tak jumpa 

Fish n Chip's 
Okay . Lepas makan balik tido ! Dasar sangat . Boleh pulak malam tu sis tido awal
( before 12 am) . Farah tu tido sebab esok tu dia kerja lagi . 

17.09.2018 ( ISNIN ) 

Bangun pagi . Then tengok si farah dah siap-siap nak ke tempat kerja. Time aku solat subuh time tu dia pergi kerja , tak sempat nak bye -bye . So, aku sambung tido sebab segan nokk rumah orang tapi tengok dalam rumah takda sesiapa =_= guwe ditinggalin kok. Sedih banget :( 

Muka guwa jangan cakap lah , segan malu semua cukup . Tebal muka nih ! 

Then pukul 3 petang farah balik , and i was so happy :)  kahkahkah . Pukul 6.30 camtu kitaorang pergi ambik dee pulak but before that pergi beli tiket wayang cerita munafik 
( untuk kali 4 )  . and time tu pickup dee ! maigaddd ! was so happy . feel like reunion camtu . 




our dinner 


Then lepas tengok wayang ada incident yang berlaku sikit ( taknak la story) . Terus balik rumah sebab malam tu nak pack barang untuk ke melaka esok . 


18.09.2019 ( SELASA ) 

Bangun pukul 7 ( tu pun liat nau nau nak bangun ) . Aku la bangun and mandi dulu **subuh gajah gak la . Lambat bangun ** hope puan ibu tak baca blog aku . Then baru lah si farah and dee bangun mandi siap siap tu pun satu jam nak menunggu nak tunggu dorang siap . Actually kitaorang nak breakfast sesama dengan classmate masa study dulu . and satu kelas . which is Nuek ( Anuar Fedden ) . 

Kitaorang breakfast dekat tempat famous which is Kluang Railway Coffee  . Asyik tengok orang post je , kita pun teringin jugak . =_=






thanks belanja nuek !
Lepas makan sarapan kat tempat famous tu kitaorang gerak ke Melaka ! 



Buat kali pertama aku dalam kereta and taktido langsung ! Punya la perjalanan jauh tapi langsung taktido cheq ! **tepuk tangan . Dee tido ! hmmm =_= 

Masuk Melaka terus buka waze ! itu la sahabat kitaorang kat sana . 

MINI MALAYSIAN AND ASEAN HOUSE 

Mula-mula lalu je dekat Mini Malaysian ni . And Farah tanya nak masuk tak ? and why not masuk sebab tak pernah masuk pun . Lepas U-Turn balik . Kitaorang beli tiket masuk 



RM12.00 x 3 = RM36.00

lepas beli tiket , korang akan ada dua 'option' sama ada nak naik basikal atau jalan kaki. memandangkan kitaorang bertiga menyahut seruan kerajaan yang mahu rakyat dia sihat cergas . Maka berjalan kaki pilihan kami . 













kat sini korang akan dapat tengok semua rumah tradisional lama bagi setiap negeri which is semua negeri ada keunikkan tersendiri . Cuma bagi rumah asean je kitaorang tak sempat nak pergi . 

Not bad la kat sini bagi 1st time yang nak datang . banyak rumah yang dapat diterokai . Cuma fasilititi boleh dinaik taraf lagi kot rasanya. 



Lepas ni ke mana ??

sambung next entry oke! =) 



No comments:

Post a Comment