Tuesday 25 September 2018

Trip to Melaka with BFF ( Part III )

Assalamualaikum 

Hari kedua 

Memandangkan bangun pun pukul 10 lebih dah,  faktor tido pun sejuk kemain nyenyak tido engko. Maka decide terus nak p makan . Fikir . Think . Fikir . Think Think ! Haaa why not kita try Ei Ji Ban Chicken Rice - HALAL . 

EI JI BAN CHICKEN RICE BALL - HALAL

Aku yang suggest entah sedap ke idok . Start dah masuk kereta terus suruh dee bukakan waze , waze aku since kat melaka ni ting tong sikit. Dah buka waze maka ikut lah panduan yang beliau bagi . Kawasan macam dekat Ei Ji Ban tu aku rasa macam susah nak dapat parking . Tapi sedang elok kitaorang sampai terus park betul betul depan Ikram Dinzly ! pucuk dicita ulam pun tiba . Kitaorang disambut baik oleh beliau . Time aku pergi hari rabu so takda orang pun , memang takda pun sampai pun pukul 11 pagi ( 1st customer engko) . Datang je terus dilayan macam YB , pilih je nak duduk kat mana . 


tu disambut baik oleh beliau 
Banyak je area Melaka ni yang jual Rice Ball . Yang Ei Ji Ban ni ada logo Halal so aku try lah , tengok feedback blogger pun semua suggest makan kat sini . Pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan , rancangan Med Market Hanis Zalikha . So why not kita try . 





Boleh makan dengan Nasi Ayam biasa tu atau yang bulat-bulat tu ( seketul RM0.40) . Dah nama pun percutian bajet dan cuma nak rasa sedap ke idok jangan la bantai p order Sambal udang pulak . Order setakat yang nak makan and depends bajet kita . Haa cam tu . 

Kitaorang bertiga order Nasi ayam biasa 3 pinggan dengan Nasi yang bulat -bulat tu 5 ketul. Jadi lah janji dapat rasa sedap ke idok . 






Bagi aku tak la sedap mana tapi boleh la bagi yang datang dari jauh tu semata-mata nak lunch kat sini why not datang  . 1 portion nasi ayam yang biasa tu pun dah kenyang . Sambal cili dia pedas ! and sedap . Ayam tu kitaorang pilih yang roasted . Ada dua jenis sama ada Roasted / Steam . 

dalam buku menu ada macam macam lagi lauk udang sambal petai , sotong , asam pedas , sayur kailan . tapi kitaorang tak order . Alang alang dah sampai Melaka ni boleh la korang try , aku pun terpengaruh so kemain ajak si dee and farah datang . awal awal aku dah pesan kat dorang

'' aku tak tau kedai ni sedap ke tak , sebab aku pun 1st time '' Hahaha 


Cara makan rice ball tu ? aku main belasah amik sebiji aku potong kepada 4 , letak sos cili dia dengan kicap letak sup sikit and ngap! service dia memang laju , efisien . Yela aku datang sebagai 1st customer . Nak tanya alamat dia aku memang tak ingat , korang waze je sebab aku pun dee yang waze kan , alah taip je lah EI JI BAN CHICKEN RICE BALL . Benda yang tak selalu korang makan , why not datang makan . =) 

nah tepek muka aku . kang kata aku tak makan pulak 

PERIGI HANG TUAH DAN PERKAMPUNGAN HANG TUAH

Ok , lepas dah kenyang makan nasi ayam . Terus check list ! why not kita ke Perigi Hang Tuah dengan Perkampungan Hang Tuah . Perigi dengan Perkampungan tu lain tempat taw ! korang kena waze cari . Tapi tak jauh mana pun cuma belakang bangunan tu jugak je . 

Perigi Hang Tuah tu tidak dikenakan bayaran , cuma semata mata perigi je . Boleh la nak layan tengok perigi dia . 

Next , kita ke Perkampungan beliau bersama lima saudara nya ( Hang Tuah , Hang Jebat , Hang Lekir , Hang Kasturi dan Hang Lekiu ) . Kalau aku la kan , dapat perkampungan macam ni berjiran pulak dengan Farah dengan Dee , riuh tiap tiap tiap hari gamaknyaa . Tapi yang ruginya aku sebab time makan dorang datang umah aku T_T . 

Kat sini dikenakan bayaran jika korang nak masuk . Alah tak mahal pun, bayaran pun dikenakan mungkin sebab service fasiliti nak bersihkan tempat tempat disekitarnya bagi aku . 
Rm5.00 sorang . Okay la tu . Tak mahal mana pun. Time kitaorang datang takda pelawat lain pun , yekah hari bekerja siapa nak datang perkampungan ni . Cuma kitaorang je yang datang sebab nak tengok dorang ni kemas umah ke tak . 



Kat sini diceritakan tentang sejarah Hang Tuah dan kawan kawan beliau masa zaman pemertintahan beliau di zaman dahulu kala . hampa kena la p muzium tengok , kang jenuh aku nak taip satu satu pulak sejarah dia . 


Rumah Hang Jebat 

Rumah Hang Lekiu 

Rumah Hang Kasturi

Rumah Hang Tuah 

Rumah Hang Lekir


THE SHORE SKY TOWER MELAKA 

Lepas dah melawat dorang semua ni , kitaorang punya plan terus ke The Shore Sky Tower Melaka . Actually menara ni baru lagi . Ia terletak di The Shore Shopping Gallery . Dengan bantuan waze maka dijumpai lah bangunan tersebut . Sampai je dekat bangunan tu terus tanya guard yang kat situ nak park kereta kat mana . Ya ampun parking kereta dia! siapa pernah pergi Aman Sentral Mall , macam tu lah parking dia cuma yang ni tak la condong sangat , sedang sedang macam tu . Dah jumpa tempat parking untuk pelawat terus snap lot parking no berapa . Kang nak balik jenuh cari tak jumpa . 

Nak ke bangunan Sky Tower ni korang kena naik Lift untuk ke level 42 bersamaan dengan 163 meter dari paras laut , Tapi untuk sampai ke Sky Tower ni korang kena Transit di level 3A  . Ringan sikit mulut tu , tak bertanya sesat jalan. Okay dah jumpa Tower nya then tanya sorang staff tu dia pun cakap '' saya yang kerja kat sini pun kadang kadang sesat '' . Masa kitaorang sampai kat tempat beli tiket tu staff kat situ cakap takboleh masuk sebab hujan . Hati berbelah bagi masa tu, nak balik terus je ke or nak tunggu sampai hujan reda . Yelah dah datang jauh jauh kot takkan nak balik macam tu je . 

Then guard kat situ cakap dah boleh naik. So bendahari kitaorang cik farah beli tiket . 



harga tiket 

Dah beli tiket dan  dapat masuk pun kitaorang kena tunggu lagi sekali sebab cuaca masih tak okey , hujan renyai renyai lagi masa tu. Jangan risau kat situ dorang sediakan tempat duduk. Masa kitaorang naik tu ada tourist dari indon kot tak silap aku ( 4 orang perempuan ) dorang fed up sebab tengok hujan terus blah cam tu je . Eleh tak tak nyabar langsung , nasib lah kitaorang ni istiqamah dan penyabar orangnya . Dapat bergambar kat kerusi pun 
seronok dah . 








Kat atas ni korang dapat lah tengok permandangan di sekitar melaka dan boleh berjalan di atas jambatan pada tingkat 42 ni . Oh ya masa korang beli tiket tu nanti akan nampak ada makanan ikan jugak dijual , kat atas tu menara tu nanti ada sebuah kolam ikan koi . So , boleh la kirang feeling feeling bagi makan ikan  . Tapi kitaorang tak beli pun sebab tau dah korang dah puas bagi beliau makan .  Ok la tu kan boleh lepak lama lama sambil ambil gambar cecantik . Tak puas hati gambar tu snap lagi snap lagi . Tapi ada satu spot yang korang takboleh ambil gambar which is yang dekat menara tinjau lantai kaca tu !! Boleh nak ambil gambar tapi kena guna camera yang disediakan dan berharga RM45 !! Mahal ehhhh. Masa kitaorang datang tu dorang offer 3 keping gambar beserta soft copy harga dia RM100 . hmmm takpelah . tak beli . 






kat sini saja ada la dalam 50 lebih gambar . Mana mungkin aku masukkan semua , nanti tak suprise la korang nak datang sini . Haa cenggitu . Lepas dah puas hati gambar semua and tengok gambar kitaorang yang dekat lantai kaca tu . Hati kitaorang pun berkaca-kaca nak beli . End last takbeli pun . Mahal sangat nya pun . =.=

Masa untuk cari balik tingkat berapa kitaorang park kereta . Alhamdulillah nasib jumpa . End up terus buka waze untuk ke Pantai Klebang tapi tak turun pun . Niat asal nak cari Pantai berpasir yang cantik selalu orang dok shoot ambik gambar tu . Kitaorang dah jumpa tempatnta tapi kena jalan sejauh mana aku tak tahu . Kalau bawa masuk kereta takut kereta yang masuk kitaorang jalan kaki keluar . T_T . 


COCONUT SHAKE KLEBANG MELAKA

Farah yang teringin nak minum Coconut Shake ni since hari pertama lagi . dapat jugak beliau minum tak lama lagi dapat anak sedara kot aku . **gurau 
Buka waze and jumpa kedainya . Aku dengan dee yang turun p beli . kitaorang order 1 coconut shake biasa and dua special ( tambah eskrim vanilla ) . aku la yang biasa tu .




Jangan tanya aku mana gambar kitaorang minum . Cara minum dia korang sedut je lah , sedar sedar dah habis T_T . Harga coconut shake ni aku lupa . tapi rasa dia sedap . yang special campuq vanilla tu manis sikit . but nice lah . Ada yang cakap kat Batu Berendam pun sedap gak . maybe next time aku try . 


COQ KERIA ( KUIH KERIA ) KG LIMBONGAN 

Sesudah lega tekak kitaorng dengan minum coconut shake tu . Ni part aku , aku la yang teringin nak makan Kuih Keria ni . Dok viral sangat . Hampa p dok kena beratur , aku p terus dapat beli . Hahaha dah nama pun datang hari biasa memang la tak ramai orang . 

Isi ubi dalam keria ni padat . Aku suka and MENYESAL beli sikit . harga dia not bad . Masa daku beli 10 biji (RM6.00) . Ok aku beli 10 biji . Aku makan tiga and dee tiga . Siapa makan 4 ?? haaaaa fikir cepat . HAHAHA . 


ENCORE MELAKA

dah kenyang makan coq keria . Tetiba teringat encore melaka , tarikan terbaru di Melaka . Which is setahu aku dia merupakan bangunan teater. Nak masuk untuk tengok pertunjukkan teater tu pun dalam RM100 - 200 lebih kot rate dia . Tarikan yang menarik orang datang sini pun sebab bangunan dia cantik . Hahaha . Nasib lah nak bergambar luar tu tak dikenakan caj untuk bergambar . T_T 

sebelum dia caj untuk bergambar lebih baik kita datang dulu . 








Time kitaorang datang tu pun dalam pukul 6 petang lebih dah . Sejam gak lah kat situ . Ramai orang yang datang untuk port bergambar kat sini . Cuma nak masuk tengok teater tu tak la kot  melainkan kalau rate harga dia RM40-RM60 cam tu boleh la gagah nak masuk . 





dah dekat nak maghrib around 7 lebih macam tu decide balik hotel sebab dah terlampau penat dah nak g jalan jalan lagi . Rehat kejap dekat hotel . Mandi and tunaikan apa yang wajib . settle semua kita keluar balik untuk makan malam . Plan asal nak makan la yang jauh sikit and sedap . Buka waze untuk ke Clayport Asam Pedas tapi tutup kedainya ( sebab isu air sirap dorang cas harga tinggi ) Then nak ke Ujang Asam Pedas pun tak jumpa , waze punya waze dia tunjuk jalan salah and bangunan tu macam gelap semacam . Tu lah siang tadi dah seronok sangat . Tak jumpa pun kedainya , sudah la hujan lebat . Sejam lebih ada la ronda nak cari kedai nya . 

Nak makan asam pedas terpaksa ditukarkan kepada Mcdonald Pedas T_T








Lepas dah melepak around sejam cmtu kat mcd , kitaorang singgah seven e kejab sebab aku nak beli koyok tampal kat bahu sebab dah sakit and lenguh gila . Masuk seven e pun boleh terjebak beli memacam , nak beli koyok je . Sekali bayar RM20 lebih  , mau taknya si dee diangkutnya sekali biskut lah , jajan lah . 

Malam tu buat ramen challenge dengan si farah . Hahaha . nanti aku masuk kat instagram . adehh , memulas perut masa tu . 

then masuk tido , memasing dah letih nau . Esok last day for us together 

next entry okay ! 

xoxo 

aida 

















No comments:

Post a Comment