Monday, 26 August 2013

Berkongsi pengalaman

Assalamualaikum . .

Kalau nak berjaya. . . 
korang kena berusaha, usaha + main-main = Gagal
Usaha + Tawakal = berjaya

ni ada satu kisah yang aku nak cerita kan , 
kisah aku sendiri. . 

dulu aku seorang murid tingkatan Lima yang biasa sahaja dan bersekolah di sekolah harian, lepas dapat result exam aku di tawarkan ke UiTM dalam kos Teknologi Pejabat . . Rasa bersyukur tak terhingga masa tuh , So maka tidak berfikir panjang aku pun terima masuk. . mak ayah rasa bangga masa tuh , al-maklumlah ..anak dia masuk U, siapa tak bangga wehh! 

*lepas dah sem 1-4 , aku rasa aku tak boleh study . . sebab! 

*aku rasa kos ni memang x sesuai dengan aku 
*aku rasa tak de perasaan belajar 
*maybe sebab aku muda lagi tanpa fikir panjang terus applly masuk U
*rasa diri macam boleh berdikari 

Then , masa semester 4 aku minta borang kat Hep Uitm tersebut. .so rasminya aku keluar dari Uitm , ramai yang pandang rendah kat aku , ''asal ko keluar Uitm '' kau gagal ehh ?
Yaa! memang aku gagal . . 

aku ingat aku pandai , tapi aku Bodoh! banyak subjek aku main-main sebab aku tak minat kos ni, aku takut nak bagitau mak aku yang aku tak suka kos ni , aku ingat mak aku paksa rupanya tak...

banyak blanja yang mak ayah aku habiskan untuk anak dia masuk U
, aku malu . . ! aku malu ! in-fact ! aku tak keluar rumah langsung ! 

*suatu malam aku berfikir, kalau aku siapa lagi yang nak banggakan mak ayah aku ?? aku kena dapatkan juga dip ni untuk mak ayah aku tgk aku graduate. . mak ayah aku nak tgk aku pakai jubah konvo. . aku tenangkan diri aku dan dekatkan diri dgn Allah dan aku berfikir AKU KENA UBAH ! 

Then , ada kemasukan ke Politeknik ! 
cepat-cepat aku apply , Alhamdulillah setelah 2 bulan setengah aku tunggu. . aku dapat masuk ke Politeknik. . Kos yang aku minat , Pelancongan . . sesuai dengan diri aku YANG 

*suka berjalan-jalan
*suka bergambar
*suka pergi ke tempat orang
*tak suasana pejabat sangat 


So  , mula-mula mak ayah aku tak bagi pergi . . dia suh fikir dua tiga kali sebelum masuk . bukan apa takut taknak pisang berbuah dua kali , so aku buat solat istikarah.. aku minta tolong Allah apa yang harus aku buat . .?
Dengan IzinNya , aku dapat petunjuk yang aku harus pergi . . aku harus dapatkan Dip tu ! 
Mak dah cakap , untuk membuktikan yang betul2 aku serius kali ni dan tak main-main dia nak tengok result sem aku yang pertama . . . 



Alhamdulillah , walaupun tak dekan . . aku berjaya 3.00 ke atas , dan mak ayah bangga dengan aku . .
aku bersyukur sangat2 dengan apa yang aku buat dekat diri aku sekarang, 
YA , MEMANG AKU GAGAL DULU . . sekarang ALHAMDULILLAH aku bersyukur sangat-sangat.

Pesanan untuk diri ini 

*kepada adik-adik yang spm sekarang , fikir betul-betul . . apa yang adik semua minat dan rancang dari sekarang.

*bincang dengan mak ayah masa depan dan rancangan adik-adik .Contoh Jika tak nak belajar dan mahu kerja . . teruskan , Jangan paksa untuk bekajar jika tak mampu.

*fikir , mampu tak kita belajar ? boleh tak diri kita hadap dengan semua assignment-assignment dan cabaran yang ada di IPTA . Jika boleh TERUSKAN!



Cara aku belajar 

*baca nota sambil dengar muzik ! sebab aku lebih ke arah pendengaran..
* aku suka baca last minute time nak final dan sambil ngunyah makanan..
*call ibu atau ayah setiap hari sebelum pergi kelas..
*tanya lecture jika ada persoalan ..
*baca al-Quran sebagai pedoman untuk diri dan juga ketengan..
*bersedekah
*jangan kedekut ilmu, (aku anggapkan begini, jika kita share 1 ilmu .ilmu yang kita ada akan bertambah lagi 5 kali ganda ) 
*solat jangan tinggal
*buat nota-nota kecik.

walaupun aku tak dekan dan tak sepandai orang lain , Namun aku harap perubahan aku ni kekal sampai bila-bila! dan doakan aku straight 3.oo pointer ke atas okeyh! 

Wish me Luck !

baca boleh Copy jangan sekali !'

^_^







Event Semester 3


Assalamualaikum , 

event semester 3 , untuk pengetahuan korang bila akak kepochi korang sem 3 nanty akan ada subjek softskill, so kenalah buat event untuk menunjukkan skill masing2. . hahaha. . 
So, sama jugak dengan sem 3 sekarang, dorang buat event yang diberi nama ''. . . . . . .'' tak ingat peliks sgt. . so tak ingat lahh ! ^_^ event ni dorang buat selepas kitaorang pergi Wall Climbing . . memang semua jalan mcm penguin dah , sakit habis segala punggung kaki semua . .  :] 

then macam-macam aktiviti yang ada pada hari tu , Anak Harimau , Galah Panjang , Baling Selipar , Jalan atas kelapa , futsal and wajib yang ada tarik tali . . mula-mula nak join event ni , mmg rasa tak best langsung nauzubillah . . mati-mati semua tak nak join...


cuba scrool ke bawah , akan nampak muka keeksaitedkan kitaorang semua :) 
kalau aku lecture aku kasi A- kat semua bebudak sem 3 nieh . . kenapa A- ? sebab makanan xde, Hahaha.  .untuk spesis manusia herbivor macam aku memang memerlukan makanan . . hahaha. . 

















Naib Johan Baling Selipar ;) 

lupa lak nak g tau , aku just masuk satu je pertandingan . . disebabkan semua wajib masuk satu jer, kalau diikutkan nak masuk semua *muka bajet . . 
so aku masuk baling selipar, aku pilih main ni sebab dia lah diantara sukan paling susah sekali , AHHAHAHA. . 


dengan Ira :) 


dengan Syu 


dee and ella

so bila dah petang cam tuh , kitaorang balik . . then ella ajak pergi usha bebudak lelaki main futsal jap ,. . tak sampai lima minit dee ajak balik , so balik lah. . :)  
terserempak dengan miss el, dia ajak pergi beli topup and makan sekali kat bandar . . so order lah nsi goreng tomyam tapi tapau makan dalam bilik, sebab tak rasa nak makan kat kedai. . :) 

baca boleh copy jangan sekali 




Terresterial 1 : Wall Climbing

Assalamualaikum. . hoolla. . 

Akak kepochi nak habaq ni. . 
sem dua ni akak kepochi hang pa ada subjek teresterial , iaitu subjek yang kena buat macam-macam aktiviti yang mencabar . . then di ambil markah jugak lah . . =,=

hari senin minggu lepaih , 19 hari bulan 8 . . kitaorng DUP 2 ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang iaitu di Kuantan. . so pepagi dah gerak dalam pukul 7.30 , punctual betul bak hanq tau dak . . siapa yg kena tinggal tu memang kena cari teksi lah suh hantarkan , nasib baik tak de sesiapa yg kena tinggal . . hihih. . 

So dalam pkul 9 dah sampai ke Kuantan , then Abah (lecture terestrial) dah decide yg DUP 2A yg mulakan dulu wall climbing tu, then dup2B boleh pergi cari breakfast dulu , so kitaorang decide nak pergi makan dekat Mamak Stall je , sebab bebudak ni nak makan roti canai , al-maklum lah dekat poli mana ada nak breakfast roti canai #sedihsungguh. . 

dee n ella tak turun pun , sebab dorang berdua tu exsaited sangat nak wall climbing , hihi. . so akak kepochi and bebudak class yg lain je p mamak stall, BUT akak kepochi korang x berapa gemar makanan mamak ni , bukan mengada okeyh, tapi kurang makan je. . just cubit sikit-sikit je dari roti canai su. . Hahaha. . 



roti canai mamak stall - not bad lah rasanya


Ira and Nad 


makan ngan bebudak laki sekali 


pak cik syafiq yg kuat cakap perak 


tengah-tengah bandar kuantan pun leyh posing :) 


Sampai dah ! 



nampak tak ? apa yg kt belakang tu ? 



Haaa, tu la dia Wall Climbing 


Instructor yang jaga keselamatan  kitaorang semua 


Mula dah ! 



Ehh! Jatuh :) 


Our Lecture ABAH a.k.a Encik Hazman Rashidi


Akak kepochi korang ^_^


Suhana 


Abah pun penat dah 


Sebelum balik ! 


sempat lagi 









Last not least lah . last not last lah , hahaha. .semua penat gila , ada yang sakit kaki , ada yg dah terpeleot . . but semua happy, kalau tak masuk poli  bila lagi nak buat semua aktiviti ni , yer dok. . ^_^ . . 

disebabkan semua kelakuan kitaorang di sana baik dan memuaskan , abah decide nak bawa kitaorang ke Taman Gelora Kuantan just for makan2 , relax , tgk pantai . . Pantai ? surut :(
so decide dengan dee , nak makan dgn abah .  .but sampai sana abah dah dgn driver bas, malas nak ganggu so makan lah berlima dengan su , ira and mas sekali. . 



rojak ayam

Sumpah sedap benau rojak ni , even semuanya besar-besar cara potongan . . but sedap gila. . rasa menyesal tak tapau bawa balik. . ntah apa kuah yg dicampur sampai sedap mcm tu sekali. . :) *nak resepi boleh ? nak bukak gerai gak ''/

Then , 5.30 shark sharp tepat naik bas . . balik poli, limaminit lepaih tu semua tido dalam bas , dan turun bas looks like peguin , semua sakit kaki. . Hahaha. . comel lah korang ! 


So , ini cerita saya :) 

baca boleh copy jangan sekali :) 

Thursday, 22 August 2013

Cerita Raya belum habis !

Assalamualaikum. . 

rasanya dah dua minggu lebih kita menyambut syawal kan , ? korang je la sambut syawal, aku dah start kuliah dah , beraya dengan esemen , kuiz, labwork2 sume tu bagai  . Yang korang sedap je makan almond london kat umah jiran korang . #takaci

cerita raya aku belum habis, that's mean ak beraya lagi ! 
kali ni di Rumah mak angkat aku di Sungai Lembing, Haa! mesty korang ingat kan dulu aku ada update pasal sungai lembing , ! sampai 3 entry sekali aku letak . . 

so bergerak lah ke Kuantan pada jumaat minggu lepas , kitaorg gerak time tu dah petang dalam pukul 3-4 cam tu, sampai dalam pukul 5 lebih cam tu gak laa.. tak lah jauh sangat pun dari poli aku ni. . 

sampai je di sambut dengan senyuman dari mak . . (mak angkat aku ) 
terus dia hidangkan kuih raya , aku tak makan pun time tu , sebab puasa 6 kan . . so lihat pndang dengan air liur meleleh je laa. . #sedih *over lak . . Hahaha

sebelah malamnya, xde aktiviti ape pun . . aku pulak time tu rasa sakit kepala so, rehat je la dalam bilik sambil bebudak ni tgk citer 'the Conjuring'. . then dengarlah suara dorang menjerit-jerit. . agak2 nya kalau patung tu keluar dari laptop mau pengsan sekali aku walaupun tak tgk . . 

esok tu , aku request kat mak yg aku nak breakfast nasi lemak ayam , so mak buatkan . . hehe, siap bawa balik lagi bekal makan sampai malam . .  

malas la nak citer lagi .. sebab time nk otw balik poli kereta yg kitaorg  sewa kehabisan minyak, mulalah buat muka seposen minta bantuan kat tgh2 highway tu. .sumpah aku serik nak booking keta kat situ lagi . . 









*sign out 









Saturday, 17 August 2013

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum ,

‘menjelang hari raya , berakhirnya puasa. . blaa blaa. . ohh! Dah raya ke berapa kau baru nak terkedek-kedek update blog pasal raya . . Huhuhu. .
Tengok orang lain dah lama update pasal raya , aku je blom . . SEDIH!
Raya kali ni tak semeriah raya tahun-tahun lepas , sebab arwah opah dah xde kan , so dah takde org nak sibuk-sibuk masak rendang lemang , bebel pasal buluh sume. . Huhuhu. .
Kalau diikutkan ,

1 syawal

Bangun pepagi dengan muka yang sememeh , siapkan diri tolong mak susun kuih raya dengan muka yang sangat teruk, memang aku rasa down sangat , bukan mud raya , tapi memikirkan keadaan aku yang nak kena balik awal iaitu pada 2 syawal ! sumpah sedih giler wehh ! aku rasa macam ak seorang tentera dah yang nak kena berjuang demi negara , ! *dasat feeling kau aida xoxo , pergi beraya pun dengan muka yang tak rela baq hang ! raya pertama mak ajak pergi 6 buah rumah , so sesiapa yang pergi umah aku pada raya pertama tu sorry la yer, aku tak de kat umah . .

2 syawal

Bangun pagi sikit, tak pagi sangat . . muka ya ampun lagi tak rela nak bangun , rasa macam nak menjerit je rasa , bayangkan kau pergi umah orang nak beraya tapi muka kau feeling nak nanges macam kau putus cinta jer, hakhak. . tetiba makan almond London umah kak tijah menangis sebab sedih tak mo balik lagi .  .sob sob.  .Bas pukul 1 pagi , so dah decide nak pergi umah su dulu sebelum naik bas . . so gerak sekali dengan dia nanti. . tetiba tengah feel lagu raya sambil menitis air mata kemas beg nak balik poli . . dapat call cenggini. .

Su : akak

Aku : iyer

Su : su tak jadi balik lah , mak su nak tolong hantarkan su balik nanti

Aku : hah ! ? dah tu akak cm ne ? tak kan sesorang ?

Su : akak sekali lah , mak su kata

Aku : senyum kambing , *nak ngan taknak je melompat !

Su : nak tak ?

Aku : nak nak ! tak kesah lah tiket burn , ! yeayyy!!

Su : suka lah tu

Aku : mestylah


Korang tau tak rasa macam mana bila raya disambungkan lagi , bagai nak menggila aku suka time tuh , mulalah tengok tv makan kuih raya bagai dengan muka yang senyum ! J
Suka sangat sampai tak tido . .


3 syawal

Bangun 5 pagi , teman my unty beraya di kedah . . nun jauh disana aku beraya punya seronok tak balik poli lagi , penat je update kat status fb kata aku balik awal . . kikiki. .  .

4,5,6 syawal aku dah penat nak citer, yang penting aku bersyukur dapat raya lama sikit dengan family , Alhamdulillah .  .so macam mana raya korang ??

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI J



 P/S : gagah kan jugak update walaupun assignment berlambak , thanks to bb celcom sebab laju sayang awok ! :) 





Monday, 5 August 2013

Raya dah dekat !

Assalamualaikum. .

Korang kalau nak marah aku memang patut pun kan ? Dah duapuluhtujuh Ramadhan baru nak hupdated blog pasal Ramadhan dan Raya. . *aku bagi izin marah aku cepat2 . . :D

padahal banyak jugak aku beriftar di luar , dekat Hotel Zenith , Kuantan. . iftar dengan geng blogger, iftar dengan bebudak kelas. . langsung aku tak updated kan ? Ya Ampun..
sorry sangat-sangat-sangat *ha kau sampai 3 kali say sorry. .

bukan tak nak update, cuma pencawang berukband celcom dekat Poli aku kena curik ! Musibat mana ntah yang curik sampai mengganggu aku nak buat esemen pakai cidos tahu !
terheggeh-heggeh bangun tengah-tengah malam, raba-raba papan kunci lappy send esemen guna tenet! terasa begitu rupanya tak de internet, so internet dan student tak boleh dipisahkan.  .Ok ! aku dah merapu, ! hehe. .

So macam mana raya korang ?? everything ok ? mesty cantek2 semua baju korang kan!
untuk pengetahuan korang, akak korang tahun ni beraya cuma dua hari je di rumah , dua hari ! tak sempat nak kutip duit raya kat belakang umah jiran gua, tak sempat nak jenjalan kutip duit raya , untung makcik2 tu sebab aku tak datang umah dorang...kalau tak aku yang paling beratur awal.  .kekeke . . *yang aku beratur tu semua yang aku kenal k. . kalau umah yang aku tak kenal, tak la aku beratur . . bersopan bersila gadis ayu lagi u ollz. . hehe.  .
Raya tahun ni aku beraya di perak , tak beraya kat kedah. . kesian jugak kat tok aku, hmmm. . Tapi nak buat cam ne, next year kedah pulak yer. . hehehe. .
Raya tahun ni tak de la semeriah tahun –tahun sudah,sebab arwah opah dah tak de, memang sunyi , even walaupun aku tak rapat sangat dengan dia, tapi opah yang akan masak lemang dan juga kuih Loyang. . aishhh…ape la citer sesedih ni. .

Actually dah tak tau nak bebel ape, so tu je la. . next entry lak yer. .

Xoxo

Aida