Kalau nak berjaya. . .
korang kena berusaha, usaha + main-main = Gagal
Usaha + Tawakal = berjaya
ni ada satu kisah yang aku nak cerita kan ,
kisah aku sendiri. .
dulu aku seorang murid tingkatan Lima yang biasa sahaja dan bersekolah di sekolah harian, lepas dapat result exam aku di tawarkan ke UiTM dalam kos Teknologi Pejabat . . Rasa bersyukur tak terhingga masa tuh , So maka tidak berfikir panjang aku pun terima masuk. . mak ayah rasa bangga masa tuh , al-maklumlah ..anak dia masuk U, siapa tak bangga wehh!
*lepas dah sem 1-4 , aku rasa aku tak boleh study . . sebab!
*aku rasa kos ni memang x sesuai dengan aku
*aku rasa tak de perasaan belajar
*maybe sebab aku muda lagi tanpa fikir panjang terus applly masuk U
*rasa diri macam boleh berdikari
Then , masa semester 4 aku minta borang kat Hep Uitm tersebut. .so rasminya aku keluar dari Uitm , ramai yang pandang rendah kat aku , ''asal ko keluar Uitm '' kau gagal ehh ?
Yaa! memang aku gagal . .
aku ingat aku pandai , tapi aku Bodoh! banyak subjek aku main-main sebab aku tak minat kos ni, aku takut nak bagitau mak aku yang aku tak suka kos ni , aku ingat mak aku paksa rupanya tak...
banyak blanja yang mak ayah aku habiskan untuk anak dia masuk U
, aku malu . . ! aku malu ! in-fact ! aku tak keluar rumah langsung !
*suatu malam aku berfikir, kalau aku siapa lagi yang nak banggakan mak ayah aku ?? aku kena dapatkan juga dip ni untuk mak ayah aku tgk aku graduate. . mak ayah aku nak tgk aku pakai jubah konvo. . aku tenangkan diri aku dan dekatkan diri dgn Allah dan aku berfikir AKU KENA UBAH !
Then , ada kemasukan ke Politeknik !
cepat-cepat aku apply , Alhamdulillah setelah 2 bulan setengah aku tunggu. . aku dapat masuk ke Politeknik. . Kos yang aku minat , Pelancongan . . sesuai dengan diri aku YANG
*suka berjalan-jalan
*suka bergambar
*suka pergi ke tempat orang
*tak suasana pejabat sangat
So , mula-mula mak ayah aku tak bagi pergi . . dia suh fikir dua tiga kali sebelum masuk . bukan apa takut taknak pisang berbuah dua kali , so aku buat solat istikarah.. aku minta tolong Allah apa yang harus aku buat . .?
Dengan IzinNya , aku dapat petunjuk yang aku harus pergi . . aku harus dapatkan Dip tu !
Mak dah cakap , untuk membuktikan yang betul2 aku serius kali ni dan tak main-main dia nak tengok result sem aku yang pertama . . .
Alhamdulillah , walaupun tak dekan . . aku berjaya 3.00 ke atas , dan mak ayah bangga dengan aku . .
aku bersyukur sangat2 dengan apa yang aku buat dekat diri aku sekarang,
YA , MEMANG AKU GAGAL DULU . . sekarang ALHAMDULILLAH aku bersyukur sangat-sangat.
Pesanan untuk diri ini
*kepada adik-adik yang spm sekarang , fikir betul-betul . . apa yang adik semua minat dan rancang dari sekarang.
*bincang dengan mak ayah masa depan dan rancangan adik-adik .Contoh Jika tak nak belajar dan mahu kerja . . teruskan , Jangan paksa untuk bekajar jika tak mampu.
*fikir , mampu tak kita belajar ? boleh tak diri kita hadap dengan semua assignment-assignment dan cabaran yang ada di IPTA . Jika boleh TERUSKAN!
Cara aku belajar
*baca nota sambil dengar muzik ! sebab aku lebih ke arah pendengaran..
* aku suka baca last minute time nak final dan sambil ngunyah makanan..
*call ibu atau ayah setiap hari sebelum pergi kelas..
*tanya lecture jika ada persoalan ..
*baca al-Quran sebagai pedoman untuk diri dan juga ketengan..
*bersedekah
*jangan kedekut ilmu, (aku anggapkan begini, jika kita share 1 ilmu .ilmu yang kita ada akan bertambah lagi 5 kali ganda )
*solat jangan tinggal
*buat nota-nota kecik.
walaupun aku tak dekan dan tak sepandai orang lain , Namun aku harap perubahan aku ni kekal sampai bila-bila! dan doakan aku straight 3.oo pointer ke atas okeyh!
Wish me Luck !
baca boleh Copy jangan sekali !'
^_^
No comments:
Post a Comment