rindu kat korang sebenarnya, that's why dua kali update blog hari ni **ngeee, sambil buat muka duckface, seriuss! sebenarnya, cuaca kat luar umah ak sekarang ujan, so tv x leyh bukak ! takkan nk tercongok dpn tb kosong, xde pa pe..That's why tetiba
sebelum perkahwinan ??? **jeng jeng bunyi deram limabelaskali. . ^_^ , muka comel lagi . .
membuat persiapan perkahwinan harus dimulakan sebaik sahaja anda merancang untuk mendirikan rumah tangga, ini boleh dilakukan sebelum setahun or setengah tahun, jangan dua hari nak kawen baru nak buat tu kawen segera **ok dah tersisir di situ jom sambung atau ketika anda berada di alam pertunangan. **bajet macam ayat buku ilmiah perkahwinan tak ley blaa :D
kat sini ak, nak bagi korang duapuluhenam perkara yang korang boleh lakukan:
1 . Berbincang dengan tunang serta keluarga kedua-dua belah pihak berkenaan tarikh perkahwinan .
2. membuat bajet untuk tarikh pernikahan dan persandingan serta memilih tema majlis sama ada dilakukan di rumah , hotel, dewan atau taman .
3. pilih sama ada memerlukan perancang perkahwinan atau meminta bantuan ahli keluarga or saudara-mara .
4. membeli belah barangan hantaran seperti, sepatu, tas tangan , gajet, minyak wangi, baju , basikal, lori **okeytipu .
5. membuat senarai pendek tetamu. minta mereka memberi maklum balas supaya anda dapat menentukan kos diperlukan .
6. memilih katering serta merancang menu hidangan sama ada masak sendiri, bufet, atau jamuan berselerak .
7. memilih pengapit dari kalangan rakan karib or saudara-mara .
8. Menyewa busana pengantin, aksesori pilihan, serta jurusolek untuk pernikahan dan persandingan . Korang perlu pastikan mencuba pakaian pengantin sekurang-kurangnya tiga kali, pastikan layah dan selendang sedondon dengan baju .
9. menentukan tema warna untuk semua pengiring pengantin .
10. mulai tempah kad perkahwinan .
11. menghubungi kadi atau jabatan agama islam untuk urusan pernikahan .
12. menjalani saringan ujian darah dan HIV .
13. pilih dan tentukan kesemua kelengkapan perkahwinan seperti undangan, kek perkahwinan, busana, baju, solekan, dan perhiasan diri .
14. menempah cenderahati untuk tetamu atau buat sendiri lebih baik .
15. memilih perhiasan perkahwinan, seperti cincin, gelang, rantai .
16. menyiapkan gubahan hantaran, sama ada buat sendiri or menempah .
17. mengaturkan penginapan hotel bagi saudara mara, dan rakan bagi yg datang dari jauh
18. mencuba pakaian perkahwinan bersama pasangan dan mencuba menu hidangan tetamu.
19. berbincang dengan jurugambar tentang konsep gambar dan lokasi pengambaraan .
20. menulis dan mengutuskan kad perkahwinan kepada tetamu .
21. melakuakn rawatan spa sebelum menjalang hari bahagia ( sauna,lulur, mandi susu or whateverr )
22. pastikan segala tempahan pelamin , jurusolek , bilik , keperluan perkahwinan berjalan lancar .
23. bertemu dengan urus setia agar semua perancangan dilakukan dengan lancar .
24. meneliti perancangan yg dilakukan dan makluman urus setia jika terdapat sebarang perubahan .
25. menyelesaikan kesemua urusan kerja sebelum bercuti untuk menghindari daripada stress. .
26. hindari konflik dan cuba menenangkan hati supaya wajah ceria ketika bersanding. .
~Sharing is caring, Caring is Loving, Loving is marrying **okeytambah!