aku suka chef tu antara yang chef yang lagi dua orang tu, Chef aku mempunyai suara yang husky, lembut,senyuman dia manis. . aduhhh terpikat pulak aku. . wakawaka. . tak silap aku, dia dari Johor ntah ceruk mana aku pun tak pasti. . .
Chef Adu Amran
ni trivia chef amran, aku amik dekat article masterchef selebriti
Chef Amran mendapat latihan sebagai chef di Stamford College di Kuala Lumpur, Chef Amran mendalami bidang masakan klasik Perancis. Kemudian, beliau melanjutkan latihannya sebagai chef di Carcosa Seri Negara, salah satu hotel bertaraf lima bintang di kota Kuala Lumpur.
Pencapaiannya dalam bidang masakan bermula dengan pembukaan dua buah restoran miliknya iaitu Champor-Champor di Langkawi pada tahun 1994 dan sebuah lagi restoran Champor-Champor London Bridge di kota London pada tahun 2000. Kedua-dua restoran ini telah mendapat beberapa pengiktirafan, anugerah serta ulasan yang menakjubkan. Ketika restoran Champor-Champor London Bridge beroperasi, Chef Amran juga menjalankan kelas masakan yang popular setiap hari Sabtu. Kelas masakan ini menumpukan masakan Melayu, Malaysia dan juga hidangan-hidangan "Champor-Champor"
Selain itu, Chef Amran terlibat dalam beberapa demonstrafi masakan memperkenalkan masakan Malaysia seperti di Selfridges, Oxford Street di London, Masterchef Live di Olympia, London dan di International Food Exhibition (IFE) di Excel.
Selama lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang masakan, Chef Amran menjelajah hampir kesemua negara Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Burma, Cambodia, Laos, Vietnam, China, India dan Sri Lanka. Ketika pengembaraan ini, Chef Amran banyak belajar tentang keindahan masakan tempatan dan juga resepi-resepi rahsia mereka.
No comments:
Post a Comment